Pembunuhan Indira Gandhi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Indira Priyadarshini Gandhi, Perdana Menteri India Ke-3, yang dibunuh oleh pengawal peribadinya

Indira Gandhi, Perdana Menteri India ke-3, dibunuh pada jam 9:20 pagi pada 31 Oktober 1984, di kediaman beliau di No 1, Jalan Safdarjung, New Delhi.[1][2] Beliau dibunuh oleh dua orang pengawal peribadi Sikhnya sendiri,[3] Satwant Singh dan Beant Singh, ekoran Operasi Blue Star, serangan terhadap Harmandir Sahib di Amritsar oleh Tentera Darat India pada bulan Jun 1984, yang mengakibatkan kerosakan teruk pada kuil tersebut.[4]

Para pelaku[sunting | sunting sumber]

Beant Singh merupakan seorang daripada pengawal kesukaan Indira yang dikenali beliau selama 10 tahun.[5] Pelaku seorang lagi, Satwant Singh, berumur 21 tahun semasa kejadian dan baharu ditugaskan sebagai pengawal Indira hanya lima bulan sebelum kejadian.[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Sari dengan tompokan darah Indira Gandhi dan barang kepunyaannya pada waktu pembunuhan, disimpan di Muzium Peringatan Indira Gandhi di New Delhi.

Indira Gandhi di bawa ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS-New Delhi) (Institut Sains Perubatan Seluruh India) pada jam 9.30 pagi, dan menjalani pembedahan. Beliau diisytiharkan maut pada jam 2:20 petang. Post-mortem menyatakan bahawa sebanyak 30 butir peluru terkena Indira, dari dua sumber iaitu Sten-gan dan pistol. Para pelaku telah melepaskan 33 das tembakan terhadapnya dan 30 butir peluru terkena sasaran; 23 butir menembusi tubuhnya sementara tujuh terbenam di dalam badan Indira.

Jenazah Indira Gandhi dibawa dengan pedati meriam terbuka melalui jalan-jalan Delhi pada pagi 1 November kepada Teen Murti Bhawan, rumah kediaman bapanya, untuk upacara penghormatan negara.[1] jenazah dibakar pada 3 November, berdekatan Raj Ghat (tugu peringatan buat Mahatma Gandhi), di sebuah kawasan digelar Shakti Sthal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "25 years after Indira Gandhi's assassination". CNN-IBN. 30 October 2009. 
  2. ^ "Assassination in India: A Leader of Will and Force; Indira Gandhi, Born to Politics, Left Her Own Imprint on India". The New York Times. 1 November 1984. Dicapai 23 January 2009. 
  3. ^ "1984: Assassination and revenge". BBC News. 31 October 1984. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2009. Dicapai 23 January 2009. 
  4. ^ "1984: Indian prime minister shot dead". BBC News. 31 October 1984. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2009. Dicapai 23 January 2009. 
  5. ^ a b Smith, William E. (12 November 1984). "Indira Gandhi's assassination sparks a fearful round of sectarian violence". Time. Dicapai 19 January 2013.