Pemeruman uretra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pemeruman uretra
Intervensi
Radas perum hegar dimasukkan ke dalam uretra lelaki
ICD-9-CM58.6

Pemeruman uretra ialah penggunaan alat duga perubatan yang digelar perum untuk membesarkan diameter dalaman uretra dan menduga sebarang halangan dalamnya. Perum juga digunakan untuk meregangkan uretra untuk menindik alat kelamin. 

Pemeruman uretra dan permainan uretra juga digunakan untuk merujuk kepada perbuatan ini dalam konteks seksual.

Permainan uretra boleh melibatkan pemasukan objek lembut atau tegar ke dalam meatus zakar (dan boleh juga di masukkan ke dalam lagi). Objek dan alat permainan lain, seperti kateter, boleh dimasukkan lebih dalam; kadangkala sehingga ke pundi kencing. Sesetengah objek boleh melengkok atau kembang beberapa kali di dalam pundi kecing tersebut. Perbuatan ini pada lelaki boleh dikaitkan secara langsung atau tidak dengan perangsangan kelenjar prostat dan sesetengah jenis kawalan pundi.

Risiko[sunting | sunting sumber]

Jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, pemeruman boleh mendatangkan risiko kerengsaan, uretra terkoyak, atau juga jangkitan saluran kencing. Jangkitan boleh bertambah serius jika ia mula merebak ke pundi atau buah pinggang, dan pesakit patut dibawa berjumpa doktor.

Pemasukan benda asing ke dalam uretra boleh mendatangkan masalah perubatan serius: rujuk jasad asing uretra.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Hardy Haberman, Fetish Diva Midori. The Family Jewels: A Guide to Male Genital Play and Torment. Greenery Press, 2001. ISBN 1-890159-34-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Pemeruman uretra di Wikimedia Commons