Pemetik api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemetik api

Pemetik api adalah alat mudah alih yang digunakan untuk menghasilkan api nyalaan untuk menyalakan pelbagai daripada bahan mudah terbakar seperti cerut, dapur gas, bunga api, lilin atau rokok. Ia terdiri dari bekas logam atau plastik berisi cecair mudah terbakar atau cecair gas bertekanan tinggi, suatu mekanisme penyalaan untuk menghasilkan api, dan komponen memadamkan api. Alat penyala ini juga boleh dijana kuasa elektrik melalui suatu arka elektrik atau unsur pemanasan untuk menyalakan bahan yang diingini.

Mekanisme[sunting | sunting sumber]

Pemetik api yang mengandungi nafta menggunakan sumbu kain dan gentian untuk menyerap cecair bahan api tersebut lalu mengelakkann isinya daripada terbocor keluar, manakala bekas menampung cecair tertutup agar cecair tidak mudah meruap lalu tersejat serta api nyalaan dapat dipadam dengan segera. Pemetik api butana pula mempunyai lubang berinjap yang menyukat gas butana tersebut yang dilepaskan[1] sambil ia dapat dicampur bersama udara sekeliling menggunakan prinsip Bernoulli melalui lubang-lubang yang lebih kecil.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Define lighters | Dictionary and Thesaurus". Lighters.askdefine.com. Dicapai pada 16 Oktober 2013.