Penciptaan dunia rekaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta negara rekaan Aredia yang diguna dalam permainan berperanan berlatar zaman pertengahan.

Penciptaan dunia rekaan ialah proses mencipta dunia rekaan, yang boleh juga merangkumi seluruh alam rekaan.[1]

Istilah "penciptaan dunia rekaan" diguna untuk kali pertama dalam Edinburgh Review pada Disember 1820 dan muncul dalam rencana Space Time and Gravitation (1920) oleh A.S. Eddington untuk menyifatkan proses pemikiran dunia lain yang mempunyai hukum fizik berbeza. Penciptaan dunia rekaan untuk cereka pada awalnya diceburi penulis genre fantasi seperti George MacDonald, J.R.R. Tolkien, Dorothy L. Sayers dan C.S. Lewis. Penciptaan dunia rekaan boleh bermula dengan kaedah atas ke bawah atau bawah ke atas atau gabungan kedua-dua kaedah ini. Dari perspektif rekabentuk permainan, tujuan penciptaan dunia rekaan adalah untuk mencipta latar belakang cerita. Antara contoh dunia rekaan ialah planet Arrakis dalam siri Dune, benua Tamriel dalam siri permainan Elder Scrolls, alam Earthsea oleh Ursula K. Le Guin dan Middle-earth dalam Lord of the Rings oleh J.R.R. Tolkien.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stableford, Brian M. (2004). Historical Dictionary of Science Fiction. Scarecrow Press. ISBN 0-8108-4938-0.