J. R. R. Tolkien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari J.R.R. Tolkien)
Jump to navigation Jump to search
J. R. R. Tolkien
Tolkien ketika sebagai askar pada tahun 1916
Info kelahiranJohn Ronald Reuel Tolkien
(1892-01-03)3 Januari 1892
Bloemfontein, Negara Bebas Oranye (kini dalam Afrika Selatan)
Kematian2 September 1973(1973-09-02) (umur 81)
Bournemouth, England
PekerjaanPenulis, cendekiawan, ahli filologi, penyajak
WarganegaraBritish
Pusat pendidikanExeter College, Oxford
GenreFantasi, penterjemahan, kritikan sastera
Pencapaian ketara
PasanganEdith Bratt (k. 1916; d. 1971)
Anak

TandatanganFail:JRR Tolkien signature - from Commons.svg

John Ronald Reuel Tolkien CBE (3 Januari 18922 September 1973) ialah seorang pengarang, pengkaji bahasa serta askar dari United Kingdom. Beliau merupakan seorang profesor mengkhusus dalam bidang Bahasa Inggeris Lama di Universiti Oxford dari 1925 hingga 1945, dan untuk bahasa dan kesusasteraan Inggeris, juga di Oxford, antara 1945 hingga 1959.

Antara karyanya yang paling terkenal ialah The Hobbit dan susulannya, The Lord of the Rings. Selain daripada itu, beliau turut menghasilkan suatu himpunan mitologi cerekanya berjudul Legendarium yang mengisahkan konon-kononnya Bumi pada masa lampau dahulu. Kebanyakan karyanya disusun daripada nota-nota Tolkien oleh anak lelakinya, Christopher Tolkien.

Larisnya karya-karya Tolkien yang terkenal telah menjadikan genre fantasi ini diberi nafas dan minat baharu sehingga banyak karya yang muncul diinspirasikan karya beliau; beliau dianggap sebagai "bapa sastera fantasi moden" atas sebab ini.[1][2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

John Ronald Reuel Tolkien lahir pada 3 Januari 1892 di Bloemfontein, Negara Bebas Oranye (kini dalam Afrika Selatan). Ayahnya, Arthur Reuel Tolkien (1857–1896), merupakan seorang pengurus bank di England yang berpindah bersama isterinya Mabel Suffield (1870–1904) jauh ke negara di selatan Afrika tersebut untuk bekerja di sebuah cawangan sana. Datuk moyang Tolkien merupakan tukang dan saudagar menjual jam tangan, jam besar dan piano di London dan Birmingham. Keluarganya pula berasal dari bandar Kreuzburg berdekatan Königsberg di Prusia Timur.

Ibunya memeluk anutan mazhab Gereja Katolik Rom pada 1900, meskipun ditentang keluarganya yang berlatar belakang Baptis memprotesnya dengan keras. Pada tahun 1904, Mabel meninggal karena diabetes ketika Tolkien baru berusia 12 tahun; pengalaman tersebut sangat memberikan dampak yang sangat mendalam bagi iman Katoliknya sendiri lagi-lagi kerana dia melihat ibunya mati beriman kuat kepada anutannya itu, malah menguatkan lagi iman Tolkien sendiri,

Dalam kehidupannya selanjutnya sebagai seorang anak yatim, beliau dibesarkan oleh Romo Francis Xavier Morgan dari Birmingham Oratory, di daerah Edgbaston, Birmingham.

Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Britain memasuki Perang Dunia Pertama secara rasminya pada bulan Ogos 1914. Tolkien memutuskan tidak mahu menyertai Tentera Darat British sebagai askar dengan segera; keadaan ini begitu mengejutkan banyak saudara-maranya yang melihat penyertaan tersebut sebagai suatu tanda keberanian dan kejantanan pada masa itu.[3]

Beliau hanya menyertai Angkatan Tentera British setelah lulus pengajiannya di Universiti Oxford dengan pangkat kelas pertama dalam pengajian bahasa Inggeris pada 1915. Beliau memasuki Lancashire Fusiliers berpangkat leftenan dua batalion XI. Batalionnya dipindahkan ke Perancis pada 1916 di mana Tolkien ditugaskan sebagai pegawai komunikasi selama Pertempuran Somme meletus, namun beliau menghidap demam parit pada 27 Oktober sehingga terpaksa dihantar pulang ke UK pada 8 November. Banyak rakan-rakannya termasuk teman-temannya terdekat terbunuh dalam perang perang ini.

Sewaktu beliau memulihkan diri di sebuah pondok di Great Haywood, Staffordshire, England, Tolkien mula mengkaryakan The Book of Lost Tales dimulai dengan The Fall of Gondolin. Sepanjang tahun 1917 dan 1918, mula penyakitnya kambuh terus, tetapi ia cukup sehat untuk melakukan tugasan di tanah air di banyak pangkalan dan dinaikkan pangkatnya menjadi leftenan. Ketika ditempatkan di Kingston upon Hull, pada suatu ketika ia dan Etidh pergi berjalan-jalan ke hutan di dekat Roos yang tidak berapa jauh, dan Edith mula menari untuknya di sebuah semak hemlock yang lebat. Kejadian ini mengilhami kisah tentang pertemuannya dengan Beren dan Lúthien, dan Tolkien serignkali menyebut Edith sebagai Lúthien-nya.

Semasa di Oxford[sunting | sunting sumber]

Tugas Tolkien yang pertama setelah berakhirnya Perang Dunia Pertama adalah mengarang suatu kamus bahasa Inggeris yang komprehensif iaitu Oxford English Dictionary. Pada 1920, beliau menerima jawatan sebagai dekan bidang Bahasa Inggeris di Universiti Leeds sebelum dinaikkan pangkat kepada profesor pada 1924 diangkat menjadidi sana, tetapi pada 1925 beliau kembali ke Oxford sebagai profesor kajian Anglo-Saxon di Pembroke College.

Tolkien dan Edith mendapatkan empat orang anak: John Francis Reuel (17 November 1917), Michael Hilary Reuel (Oktober 19201984), Christopher John Reuel (1924) dan Priscilla Anne Reuel (1929). Tolkien membantu Sir Mortimer Wheeler dalam menggali Asclepieion Romawi kuno di Lydney Park, Gloucestershire, pada 1928. Ketika berada di Pembroke, Tolkien menulis The Hobbit dan dua jilid pertama dari The Lord of the Rings. Dari terbitan-terbitan akademik Tolkien, kuliahnya pada 1936 yang berjudul "Beowulf: monster-monster dan para kritikusnya" menghasilkan pengaruh yang kuat terhadap penelitian tentang Beowulf.

Pada 1945, beliau pindah ke Merton College, Oxford di mana beliau dilantik sebagai Profesor Bahasa dan Sastera Inggeris, yang dipegangnya hingga pensiunnya pada 1959. Tolkien menyelesaikan The Lord of the Rings pada 1948, hampir sepuluh tahun setelah rancangannya yang pertama. Pada 1950-an, Tolkien menghabiskan sebagian besar dari liburan akademiknya yang panjang di rumah anaknya, John Francis di Stoke-on-Trent.

Tolkien sangat tidak menyukai dampak sampingan dari industrialisasi, yang dianggapnya menelan daerah pedesaan Inggeris. Hampir sepanjang masa dewasanya beliau membenci mobil dan lebih suka bersepeda. Sikap ini dapat dirasakan dalam sebagian dari karya-karyanya, seperti industrialisasi paksa di The Shire dalam The Lord of the Rings.

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Setelah beliau bersara hasil tamat kerjanya di Oxford pada tahun 1959, Tolkien semakin menjadi perhatian publik dan termasyhur di lingkungan dunia sastra. Penjualan buku-bukunya begitu menguntungkan sehingga Tolkien menyesal bahwa beliau tidak pencen lebih awal. Pada mulanya beliau menulis jawaban-jawaban yang antusias terhadap pertanyaan-pertanyaan pembaca, tetapi belakangan beliau semakin curiga akan munculnya kelompok penggembar Tolkien, khususnya di antara gerakan hippie di Amerika Seyaikat.

Edith Tolkien meninggal dunia pada 29 November 1971, pada usia 82 tahun, dan Tolkien meminta agar nama Lúthien diukirkan pada batu nisan di Pemakaman Wolvercote, Oxford. Ketika Tolkien meninggal dunia 21 bulan berikutnya pada 2 September 1973, pada uisa 81, beliau dikuburkan di liang yang sama, dengan nama Beren ditambahkan kepada namanya, sehingga ukirannya kini berbunyi: Edith Mary Tolkien, Lúthien, 1889–1971 John Ronald Reuel Tolkien, Beren, 1892–1973.

Sumbangan utama[sunting | sunting sumber]

Kaji bahasa[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam pembukuan Oxford English Dictionary dari tahun 1918, terutamanya dalam mencatat beberapa perkataan yang sukar ditelusuri asal-usulnya.[4]

Tolkien menganggap bahasa tidak dapat dipisahkan dari mitologi yang terkait dengannya; pemikiran ini membawa kepada rasa pesimis dan sangsinya terhadap bahasa bantuan. Pada 1930, beliau berceramah ketika menghadiri sebuah kongres bahasa Esperanto (seperti yang dicatat pada A Secret Vice) dengan berkata "pembinaan bahasa anda akan melahirkan mitologi". Namun, beliau berubah fikiran berdekad-dekad kemudian pada 1956 menyimpulkan bahawa "Volapük, Esperanto, Ido, Novial, dll., dll., adalah bahasa mati, jauh lebih mati daripada bahasa-bahasa kuno yang tidak dipergunakan, kerana para pengarangnya tidak pernah menciptakan legenda-legenda Esperanto" (Letters, no. 180).

Kemayhuan karya-karya beliau ada mendampak yang kecil namun berjangka lama terhadap penggunaan bahasa dalam sastera fantasi khususnya. Malah, ada cadanganyang tertulis baik dari segi usulan ejaan (misalnya pengejaan dwarves dan elvish menggantikan dwarfs dan elfish) mahupun pemerkenalan istilah baru (seperti legendarium dan eucatastrophe) umumnya dipergunakan dalam kaitan dengan karya-karya Tolkien.

Gaya dan motif penulisan[sunting | sunting sumber]

Tolkien sangat dipengaruhi sastera orang Germanik terutamanya kesusasteraan Inggeris lama seperti Beowulf dan saga-saga orang Norse.[5][6]

Persekitaran huniannya semasa beliau duduk di Birmingham di bawah bayang-bayang Perrott's Folly dan menara dari perusahaan air minum Edgbaston yang dibangun dengan seni bina Victoria memengaruhi Tolkien dengan gambaran mengenai menara-menara gelap dalam karya-karyanya. Pengaruh kuat lainnya adalah lukisan-lukisan abad Romantik pertengahan dari Edward Burne-Jones dan kelompok pelukis pra-Rafaelis.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

Sajak terpilih[sunting | sunting sumber]

  • The Voyage of Eärendel the Evening Star (1914)
  • The Bidding of the Minstrel (1914)
  • Tinfang Warble (1914)
  • A Song of Aryador (1915)
  • The Shores of Elfland (1915)
  • Habbanan beneath the Stars (1916)
  • The Sorrowful City (1916)
  • The Song of Eriol (1917)

Bukan cereka[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan penghormatan diberi[sunting | sunting sumber]

Tolkien dianugerahi CBE oleh Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada 28 Mac 1972.

Tolkien Road di Eastbourne, East Sussex, dan asteroid 2675 Tolkien dinamakan secara anumerta memperingati beliau. Tolkien Way di Stoke-On-Trent diberi nama sesuai dengan nama anak lelaki J. R. R. Pastor John Francis Tolkien, yang pernah menjadi paderi ditugaskan Gereja Katolik Rom yang tidak jauh dari situ iaitu Our Lady of the Angels dan St. Peter in Chains.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan umum[sunting | sunting sumber]

  • Carpenter, Humphrey (1977). Tolkien: A Biography. New York: Ballantine Books. ISBN 978-0-04-928037-3. (Dipetik sebagai Biografi.)
  • Grotta, Daniel (2002). J. R. R. Tolkien: Architect of Middle Earth: A Biography. Running Press. ISBN 978-0-7624-1337-9. - Jumlah muka surat: 197
  • Carpenter, Humphrey; Tolkien, Christopher, para penyunting (1981). The Letters of J. R. R. Tolkien. London: George Allen & Unwin. ISBN 978-0-04-826005-5. (Dipetik sebagai Letters.)

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mitchell, Christopher. "J. R. R. Tolkien: Father of Modern Fantasy Literature". Veritas Forum. Diarkib daripada yang asal pada 20 Jun 2009. Dicapai pada 2 Mac 2009. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ The Oxford companion to English Literature calls him "the greatest influence within the fantasy genre. (Sixth edition, 2000, page 352. Ed. Margaret Drabble.)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Letters, No. 43 tidak disediakan
  4. ^ Winchester, Simon (2003). The Meaning of Everything: The Story of the Oxford English Dictionary. Oxford University Press. ISBN 0-19-860702-4.; Gilliver, Peter; Marshall, Jeremy; Weiner, Edmund (2006). The Ring of Words: Tolkien and the Oxford English Dictionary. Oxford University Press. ISBN 0-19-861069-6..
  5. ^ As described by Christopher Tolkien in Hervarar Saga ok Heidreks Konung (Oxford University, Trinity College). B. Litt. thesis. 1953/4. [Year uncertain], The Battle of the Goths and the Huns, in: Saga-Book (University College, London, for the Viking Society for Northern Research) 14, part 3 (1955–56) "Publications by and about Christopher Tolkien". The Tolkien Society. Diarkib daripada yang asal pada 8 March 2005. Dicapai pada 16 May 2005. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  6. ^ Day, David (1 February 2002). Tolkien's Ring. New York: Barnes and Noble. ISBN 978-1-58663-527-5.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Beberapa pilihan buku mengenai Tolkien dan karya-karyanya:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Beowulf Templat:Tolkien Templat:Tolkien tourism