Pergi ke kandungan

Penderaan seksual kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penderaan seksual kanak-kanak, juga dikenali sebagai pencabulan kanak-kanak ialah sejenis penderaan seksual kepada kanak-kanak oleh orang dewasa atau remaja yang lebih berusia dengan cara menggunakan kanak-kanak untuk rangsangan seksual.[1] Ini merangkumi sebarang perlakuan memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak bagi tujuan kepuasan nafsu.

Bentuk-bentuk penderaan ini melalui permintaan, desakan, atau cara-cara lain dengan melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti seksual, pendedahan lucah, pengantunan kanak-kanak serta eksploitasi seksual seperti penggunaan kanak-kanak untuk penghasilan pornografi.

Kajian berkenaan kesan penderaan seksual kanak-kanak seringkali ditakrifkan sebagai termasuk mengajak atau meminta sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang interaksi seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk sehingga kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait.[2] Menurut undang-undang (US), "penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur atau mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan nafsu seksual (sexual gratification).[3][4]

Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang,[5] termasuk kemurungan klinikal,[6] kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder),[7] kerisauan,[8] kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa,[9] dan simptom lain.

Professor Sosiologi David Finkelhor, direktor bagi Crimes against Children Research Center, menggambarkan "penderaan seksual kanak-kanak" sebagai memerlukan dua komponen, "(1) aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak dan (2) 'keadaan penderaan' seperti paksaan atau jurang usia yang besar antara peserta yang menunjukkan ketiadaan persetujuan." Finkelhor menulis bahawa di USA pada 1994, sekitar 20% wanita dan 5% hingga 15% lelaki telah mengalami sejenis bentuk penderaan seksual sebagai kanak-kanak; dan dia tidak mendapat bukti mengenai peningkatan dramatik dalam generasi kini, atau keadaan sosial ekonomi merupakan risiko faktor utama.[10][11][12]

Apabila orang dewasa mencari atau terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak, sentimen umum biasanya merumuskan bahawa tindakan ini sebagai manifestasi pedophilia, bagaimanapun sesetengak kajian yang mengkaji psychologi pesalah seks hubungan (contact sex offenders ) menunjukkan bahawa kebanyakan pesalah seks hubungan bukanlah sepenuhnya atau cenderung kepada kanak-kanak.[13][14] Aktivis pro-pedophile menggunakan farsa "seks dewasa-kanak-kanak" dan mengait pertahanan akademik bagi mentakrif "penderaan seksual kanak-kanak" melalui terminologi bebas-nilai (value-neutral) bagi menormalkan dan menganjur idea bahawa kanak-kanak mampu merelakan seks dengan orang dewasa dan tidak semestinya tercedera oleh perlakuan sedemikian.[15][16][17][18][19]

  1. Guidelines for Psychological Evaluations in Child Protection Matters, American Psychological Association, February 1998.
  2. Martin, J., Anderson, J., Romans, S., et al (1993). "Asking about child sexual abuse: methodological implications of a two-stage survey," Child Abuse and Neglect, 17, 383-392.
  3. The Sexual Exploitation of Children Diarkibkan 2009-11-22 di Wayback Machine, Chart 1: Definitions of Terms Associated With the Sexual Exploitation (SEC) and Commercial Sexual Exploitation of Children (CSEC) (p. 4), Pusat Universiti Pennsylvania bagi Kajian Polisi Pemuda, U.S. National Institute of Justice, August 2001.
  4. Child sexual abuse definition from the NSPCC
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "dinw"
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Roosa"
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "widom"
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "levitan"
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Messman-Moore"
  10. David Finkelhor (summer/fall 1994). "Current Information on the Scope and Nature of Child Sexual Abuse" (PDF). The Future of Children. (1994) 4(2): 31-53. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. Crimes against Children Research Center
  12. Family Research Laboratory
  13. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-21. Dicapai pada 2008-01-25.
  14. http://www.paedosexualitaet.de/lib/Okami1992
  15. Dallam, Stephanie J. (2001). "Science or Propaganda? An Examination of Rind, Tromovitch and Bauserman". Journal of Child Sexual Abuse. Haworth Press. Vol 9, No. 3/4, pp. 109-134. |volume= has extra text (bantuan)
  16. Leo, John (11/14/04). "What Kinsey wrought". US News & World Report. Check date values in: |date= (bantuan)
  17. Laws, D. Richard (2008). Sexual Deviance: Theory, Assessment, and Treatment. Guilford Press. m/s. p3. ISBN 1593856059. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  18. Spiegel, Josef (2003). Sexual Abuse of Males: The Sam Model of Theory and Practice. Routledge. m/s. p5, p9. Unknown parameter |contributors= ignored (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  19. "Endorsement of adult-child sex on rise" by the Washington Times assistant national editor Robert Stacy McCain


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]