Pendidikan vokasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Pendidikan vokasional adalah salah satu alternatif melanjutkan pelajaran. Ia lebih menumpukan kepada penguasaan kemahiran tertentu lebih dari menghafal / memahami teori atau kajian akademik / ilmiah. Ia berdasarkan kefahaman bahawa seorang yang berkemahiran dalam sesuatu kerja pada hakikatnya ialah seorang yang berilmu. Mereka layak dihormati dan diberi pengiktirafan seperti juga mereka yang berkelayakan akademik.

Tadbir Urus[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, pengajian vokasional ditadbir urus oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). JPK merupakan badan yang mengeluarkan Standard Kemahiran Kerja Nasional (National Occupational Skills Standards - NOSS) dalam pelbagai bidang kemahiran. NOSS adalah spesifikasi kriteria yang melayakkan seseorang itu dianggap sebagai mahir pada tahap yang tertentu dalam sesuatu bidang.

Jenis dan Tahap[sunting | sunting sumber]

Amnya JPK membahagikan tahap vokasional kepada 5 tahap dari 1 hingga 5 di mana setiap tahap ditetapkan kriteria pencapaian yang tertentu. Seorang pekerja / pelajar vokasional yang lulus setiap tahap berkelayakan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap tersebut. Maka itulah seorang pekerja boleh mencapai SKM Tahap 1, SKM Tahap 2, SKM Tahap 3, SKM Tahap 4 dan SKM Tahap 5.

Kelulusan SKM Tahap 3 diiktiraf sebagai sama taraf dengan Sijil, manakala SKM Tahap 5 diiktiraf sebagai sama tarafnya dengan Diploma dalam bidang berkenaan / berkaitan.

Unit pendidikan penganjur[sunting | sunting sumber]

  • Perguruan tinggi

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

  • Pendidikan umum
  • Pendidikan vokasional
  • Pendidikan akademik
  • Pendidikan profesional
  • Pendidikan keagamaan
  • Pendidikan khusus