Pendirian kerajaan Malaysia dalam perang Rusia-Ukraine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peperangan Rusia-Ukraine

Pada 24 Februari 2022, tentera Rusia memulakan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine. Laporan berkata konflik yang berpanjangan telah mengakibatkan kesan limpahan ke atas Malaysia, terutamanya kenaikan harga makanan dan bahan api. Laporan itu juga berkata kerajaan Malaysia akan sentiasa melindungi rakyat yang terjejas akibat kenaikan harga komoditi dan makanan global serta memastikan pertumbuhan yang mampan dan seimbang.[1]

Reaksi Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Malaysia ke 9

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia menzahirkan rasa dukacita dengan perkembangan berlaku di Ukraine. Dengan itu, beliau berharap satu jalan penyelesaian damai yang terbaik antara Ukraine dan Russia dapat dicapai dengan segera. Justeru, konflik tercetus antara kedua-dua negara berkenaan boleh berjaya diselesaikan.[2]

Reaksi Menteri Luar[sunting | sunting sumber]

Bekas Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah berkata Malaysia tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap Rusia susulan perang tercetus antara negara itu dengan Ukraine. Beliau juga menegaskan sekatan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat yang tidak berdosa jika tidak dilaksanakan dengan betul walaupun ia dilihat mampu memberi tekanan kepada Rusia. [3]

Reaksi Wisma Putra[sunting | sunting sumber]

Wisma Putra Malaysia

Pada 2 Mac Rabu waktu New York, Malaysia mengundi menyokong Sidang Khas Kecemasan Ke-11 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerima pakai resolusi 'Tindakan keganasan ke atas Ukraine'. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar (Wisma Putra) mengulangi komitmen negara terhadap Piagam PBB, prinsip asas integriti wilayah serta kedaulatan sesebuah negara yang seharusnya tidak dilanggar atau tidak diperkosa oleh mana-mana negara. Walaupun Malaysia tidak bersetuju kandungannya dengan sepenuhnya. katanya Malaysia menyokong resolusi dalam undian malam tadi, menyatakan pendirian berprinsip negara yang menghormati kedaulatan, kemerdekaan serta integriti wilayah sesebuah negara yang amat berharga kepada Malaysia.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azanis Shahila Aman (08 October 2022). "Spillover effects of Russia-Ukraine conflict on Malaysia". New Straits Times. Dicapai pada 17 June 2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/926571/malaysia-dukacita-perkembangan-di-ukraineMohd Nasaruddin Parzi (24 Februari 2022). "Malaysia dukacita perkembangan di Ukraine". Dicapai pada 17 June 2023.
  3. ^ Nora Mahpar (08 Mac 2023). "Malaysia tak cadang adakan sekatan terhadap Rusia, kata menteri". freemalaysiatoday. Dicapai pada 18 Jun 2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Rafidah Mat Ruzki (03 Mac 2022). "Malaysia undi menyokong resolusi tindakan keganasan ke atas Ukraine". Berita Harian. Dicapai pada 17 Jun 2023. Check date values in: |date= (bantuan)