Pergi ke kandungan

Penempaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jongkong logam panas yang sedang ditempa.

Penempaan ialah suatu proses pemprosesan logam dengan kaedah daya pemampatan. Daya ini dikenakan melalui sebuah tukul (biasanya tukul kuasa) atau acuan. Penempaan dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan suhu penempaan: penempaan sejuk, suam atau panas. Bahagian ditempa boleh seberat sekilogram hingga ratusan tan metrik.[1][2] Penempaan telah diamalkan oleh tukang besi selama beberapa alaf, dengan hasil-hasil tempa tradisional termasuk peralatan dapur, perkakasan rumah, senjata, simbal dan perhiasan. Sejak Revolusi Industri, bahangian ditempa banyak digunakan dalam mekanisme dan jentera yang memerlukan kekuatan tinggi; bahan-bahan ini lazimnya memerlukan pemprosesan lanjutan untuk memperoleh komponen akhir. Kini, penempaan ialah satu industri antarabangsa.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Degarmo, m/s. 389
  2. ^ Heavy Manufacturing of Power Plants World Nuclear Association, September 2010. Retrieved: 25 September 2010.
  3. ^ "Forging: The Early Years". All Metals & Forge Group. 22 January 2013. Dicapai pada 1 Oktober 2013.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Degarmo, E. Paul; Black, J. T.; Kohser, Ronald A. (2011). Materials and Processes in Manufacturing (ed. ke-11). Wiley. ISBN 978-0-470-92467-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Penempaan di Wikimedia Commons