Tukang besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Blacksmith
A blacksmith at work.jpg
Seorang tukang besi yang sedang bekerja, dari sekitar 1970
Pekerjaan
Jenis
Sektor kegiatan
Penerangan
Kemahiran
Kekuatan fizikal
Pekerjaan berkaitan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Tukang besi ialah orang yang mencipta barang daripada besi atau keluli dengan menempa logam, iaitu dengan menggunakan alat untuk menukul, membengkok, dan memotong logam. Mereka menghasilkan barang-barang besi tempa seperti pintu, kekisi, susur, lekapan lampu, perabot, arca, alat, perkakas ladang, barang hiasan, barang agama, perkakas masak, ladam, senjata, dan sebagainya.

Dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, mereka yang bekerja menempa barangan besi dikenali sebagai pandai besi.

Proses penukangan besi[sunting | sunting sumber]

Tukang besi mengerjakan besi tempa ataukeluli dengan memanaskannya sehingga logam itu cukup lembut untuk dibentukkan dengan alat tangan seperti penukul, andas, atau pahat. Pemanasan dilaksanakan dengan menggunakan tempa yang dibakar dengan bahan api seperti propana, gas asli, batu arang, arang, atau kok.

Tukang besi moden juga menggunakan oksiasetilena atau penyumpit gas yang serupa untuk mencapai pemanasan yang lebih setempat. Warna adalah penting untuk menunjukkan suhu dan kebolehkerjaan logam. Sewaktu besi dipanaskan pada suhu yang semakin tinggi, ia membara dengan warna merah lalu menjadi jingga, kuning dan akhirnya, putih apabila menjadi lembut. Haba yang ideal untuk kebanyakan penempaan ialah warna jingga-kuning terang yang dikenali sebagai "haba penempaan". Oleh sebab tukang besi perlu melihat warna pembaraan logam, kebanyakan mereka bekerja di dalam keadaan yang malap. Teknik penukangan besi boleh dibahagikan kepada:

  1. penempaan (kekadangnya digelar pengarcaan);
  2. pengimpalan;
  3. pengolahan haba; dan
  4. pengemasan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]