Penerbangan 19
Penerbangan 19 ialah designasi lima buah pesawat pengebom torpedo TBM Avenger yang hilang semasa terbang sekitar Segi Tiga Bermuda pada 5 Disember 1945. Peristiwa ini berlaku semasa latihan pandu arah yang dilakukan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) dari stesen udara NAS Fort Lauderdale, Florida. Kesemua 14 juru udara penerbangan tersebut hilang, sama dengan nasib 13 orang anak kapal bot terbang PBM Mariner yang dianggap oleh para penyiasat meletup di udara semasa bot terbang itu sedang menjalankan misi mencari Penerbangan 19. Para penyiasat tentera laut tidak dapat menentukan punca kehilangan Penerbangan 19, akan tetapi menyatakan bahawa berkemungkinan juruterbang-juruterbang pesawat menjadi keliru dan jatuh ke laut selepas kehabisan minyak.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.