Pengawanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pepatung mengawan.

Dalam bidang biologi, pengawanan ialah perpasangan hidupan kedua-dua jantina atau khunsa untuk bersanggama, dan bagi haiwan sosial, juga membesarkan anak. Bagi haiwan, kaedah mengawannya termasuk pengawanan rambang, pengawanan tak berisihan, pengawanan sesama ciri, atau lubuk mengawan.

Contohnya bagi sesetengah burung, pengawanan termasuk mendirikan sarang dan menyuap anak. Amalan manusia mengawankan haiwan jinak dan melakukan permanian beradas terhadapnya berlaku dalam kegiatan penternakan.

Persanggamaan ialah penjalinan organ seks dua haiwan berpembiakan seks untuk bermani lalu menjalani persenyawaan dalaman. Kedua-dua haiwan tersebut mestilah berlainan jantina atau khunsa seperti siput babi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]