Pengawas sekolah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang, tetapi mempunyai pelajar-pelajar yang juga memikul jawatan secara sukarela. Selain itu, pengawas juga dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.

Pengawas Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pengawas sekolah[sunting | sunting sumber]

Uniform pengawas sekolah adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh setiap sekolah. Lazimnya, uniform mereka berwarna biru terang atau putih, bertali leher, berseluar panjang yang berwarna hitam gelap atau putih, dan berkot. Bagi pelajar sekolah agama pula, selalunya berwarna putih dan bertali leher. Kasut pengawas pula selalunya berwarna hitam dari jenis kanvas atau kulit. Senario pemakaian seragam pengawas berbeza dengan jenis sekolah, negeri dan daerah.

Secara umumnya di Malaysia, pengawas sekolah sentiasa berperanan sebagai:

  • ketua pelajar
  • membantu guru untuk mengawasi pelajar-pelajar
  • sebagai rakan pembimbing (Sekarang diambil alih oleh Pembimbing Rakan Sebaya)

Pengawas Pusat Sumber[sunting | sunting sumber]

Turut digelar pustakawan bagi lelaki dan pustakawati bagi perempuan, yang juga dikenali sebagai singkatannya, PPS. Lazimnya, pengawas pusat sumber memakai uniform yang berlainan seperti berbaju ungu, kuning atau hijau muda, bertali leher, berseluar hitam gelap atau hijau kebiruan dan berkasut hitam. Pemakaian mereka turut bergantung kepada pihak pengurusan sekolah. Selain itu, pengawas pusat sumber di dalam sesetengah sekolah adalah terdiri daripada ahli-ahli persatuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Tugas-Tugas Pengawas Pusat Sumber ialah:

  • menyelia pusat sumber
  • membantu guru penasihat
  • menguruskan pinjaman buku-buku daripada pelajar sekolah

Pengawas Koperasi[sunting | sunting sumber]

Koperasi sekolah menjual pelbagai alat tulis, buku nota, buku latihan, buku-buku kerja yang tertentu, makanan dan minuman serta sebagainya. Pengawas koperasi diperlukan untuk menyerlah kegunaannya. Lazimnya, pengawas koperasi perlu memakai baju uniform berwarna biru terang, bertali leher, memakai seluar panjang yang berwarna biru kehitaman, hitam gelap atau hijau tua, dan berkasut hitam. Cara pemakaian mereka juga ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah secara diri sendiri.

Tanggungjawab pengawas koperasi adalah sebagainya :

  • menyelia koperasi
  • membantu guru penasihat untuk menyelesaikan hal-ehwal koperasi
  • membekalkan perkhidmatan pembelian untuk pelajar sekolah
  • mengelakkan kecurian barang atau wang berlaku di koperasi pada waktu bertugas