Pengebumian negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keranda John Curtin, Perdana Menteri Australia dari 1941 hingga 1945, upacara persemayaman di Dewan Raja, Rumah Parlimen Lama, Canberra pada 6 Julai 1945

Pengebumian negara (pemakaman negara untuk kerabat diraja) ialah upacara pengebumian awam, mematuhi peraturan protokol yang ketat, diadakan untuk menghormati negarawan yang penting. Pengebumian negara biasanya disambut dengan majlis gilang-gemilang serta berunsur agama dan tradisi tentera. Secara umumnya, pengebumian negara diadakan untuk melibatkan orang awam dalam hari berkabung negara selepas keluarga si mati mengizinkannya. Pengebumian negara selalunya akan menimbulkan publisiti awam daripada kedua-dua saluran media negara dan dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Sandburg, Carl (1936). Abraham Lincoln: The War Years IV. Harcourt, Brace & World.
  • Swanson, James (2006). Manhunt: The 12-Day Chase for Lincoln's Killer. Harper Collins. ISBN 978-0-06-051849-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]