Pengepungan Leningrad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengepungan Leningrad (Russia: блокада Ленинграда) adalah sebuah operasi ketenteraan yang terpaksa berlanjutan akibat daripada kegagalan Tentera Jerman Kumpulan Utara untuk menawan Leningrad, kini dikenali sebagai Saint Petersburg, dalam medan Barisan Timur semasa Perang Dunia Kedua. Ia bermula pada 8 September 1941, apabila jalan perhubungan terakhir bandar telah terputus. Walaupun pihak Soviet telah berjaya membuka satu laluan kecil ke bandar 18 Januari 1943, pengunduran sepenuhnya dari pengepungan adalah pada tarikh 27 Januari 1944, iaitu 827 hari semenjak ianya bermula. Ia adalah salah satu daripada peristiwa pengepungan yang paling lama dan paling banyak kemusnahan dari segi kehilangan dan kecederaan jiwa di dalam sejarah.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]