Pengesan asap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pengesan asap adalah alat yang bertujuan mengesan asap yang biasanya menunjukkan adanya api.

Pengesan jenis komersial menghantar isyarat sistem penggera kebakaran kepada panel kawalan manakala penggera yang dipasang dalam rumah mengeluarkan isyarat yang boleh dilihat atau didengari dari pengesan itu sendiri.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Pengesan dikenalpasti jenisnya bergantung kepada kaedah yang digunakan untuk mengesan kesan asap yang terbawa di persekitaran sesebuah bilik atau ruang.

Pengesan berpengionan[sunting | sunting sumber]

Pengesan ini menggunakan radioisotop, biasanya amerisium-241, untuk mengion udara; perbezaan yang terhasil akibat asap akan dikesan lalu menghidupkan penggera. Pengesan jenis ini lebih sensitif kepada tahap-tahap kebakaran api.[1]

Pengesan fotoelektrik[sunting | sunting sumber]

Pengesan ini mengandungi sumber cahaya inframerah, cahaya tampak atau ultraungu (misalnya mentol lampu pijar atau diod pemancar cahaya), lensa, dan suatu penerima (biasanya fotodiod). Kekuatan cahaya yang dipancarkan daripada sumber berkurangan apabila diserakkan partikel asap, debu atau bahan lain yang terapung di udara dan melaluinya; litar dalaman alat mengesan pengurangan cahaya ini lalu menghidupkan penggera jika berada di bawah ambang yang ditetapkan hasil asap tersebut. Cahaya sumber mungkin juga tidak dipancarkan langsung kepada penderia yang berada dalam keadaan terlindung dalam sesetengan model - jika udara di ruangan berisi partikel (asap atau debu), cahaya adalah menyerak dan sebahagiannya terkena sensor lalu menghidupkan penggera.

Pengesan karbon monoksida[sunting | sunting sumber]

Pengesan jenis ini mengesan kepekatan karbon monoksida yang terkumpul barangkalinya di tempat berpengudaraan lemah di mana terdapat peralatan yang membakar seperti gas dan pemanas periuk, meskipun tidak ada api liar tidak di luar perkakas.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fleming, Jay. "Smoke Detector Technology Research". Dicapai 7 November 2011. 
  2. ^ New York City Fire Department. "Carbon monoxide alarms" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 31 Januari 2012. Dicapai 28 Mei 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]