Pengguna:2001:E68:5425:2593:8053:C1CF:2F3D:4866/sandbox

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Naufal Hatta[sunting | sunting sumber]

Naufal Hatta (نوفل حتى) atau nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Naufal Bin Mohd Hatta juga dikenali sebagai Imam Muda Naufal adalah merupakan seorang finalis dan pemenang tempat ke-3 program realiti televisyen Imam Muda Musim Ke-3 (2012) daripada saluran Astro Oasis di bawah stesen televisyen Astro All Asia Berhad. Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor Darul Takzim pada 8 April 1991. Beliau aktif menyampaikan dakwah di institusi-institusi swasta mahupun kerajaan termasuk sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan NGO, badan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain sejak tahun 2012 hingga kini. Di samping itu, beliau juga merupakan seorang Penerbit sebuah Syarikat Produksi Swasta Open Echo Communications Sdn Bhd yang membekalkan rancangan-rancangan tempatan dan rancangan luar negara kepada stesen-stesen televisyen tempatan di Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Latar belakang pendidikan beliau adalah bermula di Tadika Iman, Kota Bharu Kelantan pada tahun 1997. Beliau kemudian memulakan pendidikan awal sekolah rendahnya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi (Kini Sri Al-Amin Bangi) sejak tahun 1998 hingga 2003. Beliau kemudian meneruskan pengajian sekolah menengahnya di sebuah institusi Al-Quran iaitu Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Hira Jeram, Kuala Selangor Selangor Darul Ehsan. Beliau berjaya menghabiskan pengajian Al-Quran beliau termasuk menghafal 30 Juzu' Al-Quran di institusi tersebut. Seterusnya beliau menyambung pendidikan formal sekolah menengah beliau selama 4 tahun dari 2006-2009 di Sekolah Menengah Islam Al Amin Bangi (Kini Sri Al-Amin Bangi). Beliau telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah beliau juga Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau juga telah menjadi Ketua Pelajar / Ketua Pengawas (Majlis Perwakilan Pelajar) merangkap Ketua Biro Disiplin selama 2 penggal semasa beliau di tingkatan 5. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian tinggi di Pusat Tamhidi (Asasi Sains), Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2010-2011 dan seterusnya melanjutkan pengajian beliau dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko juga di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai Negeri Sembilan.


Beliau juga seorang yang aktif dalam kokurikulum sejak kecil. Beliau adalah pemegang Tali Pinggang Hitam seni pertahankan diri Taekwondo juga pemegang pangkat Staf Sarjan dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah. Beliau kemudian telah mengikuti kursus dan kejurulatihan seterusnya sebagai Pegawai dalam Kadet Remaja Sekolah dan kini memegang pangkat sebagai Leftenan Muda, Kadet Remaja Sekolah. Dari situ, beliau cuba memahirkan diri dengan kepimpinan dan pendidikan jati diri yang baik.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah melibatkan diri secara tak langsung dalam industri perfileman Malaysia. Antara karya-karya yang pernah beliau ikuti adalah;

Drama Bersiri Tempatan
Bil Tahun Drama Watak
1 2013 Nana Nini Nunu Ustaz
2 2014 Ana Aku Aiman Aiman Bukhari @ 'Wali'
3 2015 Tarbiah Cinta Dr. Umar Mokhtar
4 2017 Ustazah Pencen Bilal
5 2017 Skrin Sentuh Hati Eryna Ustaz Fattah
6 2019 Arjuna Cinta Keisha Ustaz Tahfiz
Telemovie / Filem Pawagam
Bil Tahun Telemovie / Filem Pawagam Watak
1 2014 Telemovie Insaf Ustaz Amir
2 2014 Jin (filem) Ustaz Perubatan Ruqyah

Penglibatan Televisyen[sunting | sunting sumber]

Beliau telah melibatkan diri dalam dunia pengacaraan dan penyampaian berita di televisyen. Beliau mula berjinak dengan rancangan-rancangan seperti ini sebelum melibatkan diri secara sepenuh masa dalam produksi penerbitan beliau sendiri.

Penglibatan Program Siaran Langsung Televisyen
Bil Tahun Stesen Televisyen Program
1 2017-2019 TV AlHijrah Berita Jam 8 Malam
2 2018-2019 TV AlHijrah Bual Bicara "Assalamualaikum"
3 2019-2020 Astro Prima, Astro All Asia Bual Bicara "Mingguan Wanita"
4 2021- Kini TV AlHijrah Bual Bicara "Assalamualaikum"

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. Tempat ke-3 Imam Muda Musim Ke-3
  2. Filem Jin
  3. Telemovie Insaf
  4. Drama Nana Nini Nunu.
  5. Drama Tarbiah Cinta.
  6. Drama Ustazah Pencen
  7. Drama Skrin Sentuh Hati Eryna