Pengguna:Abang sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abang sarawak (bincang) 09:37, 27 April 2017 (UTC)Ralat petik: 'Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandunganMADRASATUL QURAN, KUBANG BUJUK,SERADA.

PENGENALAN TEMPAT DAN PERKEMBANGAN PENUBUHAN MADRASATUL QURAN, KUBANG BUJUK,SERADA.

Kampung Kubang Bujuk Kedudukan Kampung Kubang Bujuk dan Sejarah Asal Usul Namanya Kampung Kubang Bujuk merupakan sebuah perkampungan petani yang kecil. Letaknya di dalam mukim Kepung Serada yang terkenal dengan pengeluar duku terbesar di Terengganu, dalam daerah Kuala Terengganu. Jauhnya kira-kira 14 KM dari Bandar Kuala Terengganu, sebuah bandar yang menjadi ibu negeri dan pusat pemerintahan negeri Terengganu.

Kedudukan kampung ini sungguh strategik di mana jaraknya tidak terlalu jauh dari bandar Kuala Terengganu dan boleh dihubungi melalui sebatang jalan raya. Kedudukan sawah yang luas terdapat pokok kelapa sawit yang ditanam walaupun dulunya ditanam padi serta dikelilingi kampung serta jauh dari kesibukan kota menambahkan lagi suasana tenang dan nyaman.

Dari segi kemudahan insfrastruktur ianya seperti kampung-kampung lain yang di kelilingnya iaitu kampung Baru, kampung Beladau, kampung Banggol Katong. Semua kemudahan seperti jalan raya, elektrik, telepon dan bekalan air disediakan. Di sini juga terdapat sebuah masjid dan disinilah juga letaknya madrasatul-Quran. Kemudahan sekolah dan klinik kesihatan juga tidak menjadi masalah kerana tempat-tempat tersebut letaknya berhampiran dengan kampung ini.