Pengguna:EmpAhmadK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipediawan Melayu dari Malaysia.
Penulis, pelukis vektor dan peminat veksilologi.
Penyunting sejak Khamis, 16 Ogos 2018 09:38 (UTC).

"Itulah sumpah,
Sepenuh rela,
Darah dan nyawa."

 Pengenalan     

Salam sejahtera! Nama saya Ahmad, dan saya berasal dari Malaysia. Saya seorang penyunting biasa di Wikipedia yang sangat menghargai ilmu serta gemar mengongsinya dengan orang ramai. Saya juga melakukan ilustrasi vektor dan sering melukis semula sesetengah grafik raster seperti bendera sebagai grafik vektor. Saya juga seorang peminat bendera. Saya telah mendalami bidang veksilologi sejak kecil, dan juga telah memuat naik kepada Commons banyak gambar-gambar bendera bersejarah yang saya telah lukis berdasarkan rujukan yang telah saya jumpai. Saya ada banyak lagi yang belum dilukis, namun dengan kekangan masa akibat pembelajaran saya, saya terpaksa mengenepikan dahulu hal-hal sedemikian buat masa ini. Walaupun begitu, saya masih lagi membuat dan memuatnaiknya dari semasa ke semasa, terutamanya grafik yang lebih mudah atau yang saya telah hampir lengkapkan dahulu.

 Hasil karya saya terdahulu     

Saya membuat ilustrasi vektor sebagai satu hobi dan juga di atas permintaan kadang-kadang. Kebanyakan hasil karya saya adalah lukisan semula logo atau bendera, namun saya juga memuat naik gambar-gambar lain (potret, pemandangan, kejadian, dsb.), serta audio sebutan bahasa Melayu jika saya ada kelapangan masa (lazimnya untuk menyunting, kerana saya sudah mempunyai 54 fail audio yang belum disunting pada masa kini, kesemuanya telah dirakam pada hari yang sama dengan yang telah saya muat naik sebelum ini). Jika anda mahukan saya untuk bantu cipta sama ada lukisan vektor atau rakaman audio sebutan bahasa Melayu, kirimkan saya sepucuk surat melalui laman perbincangan saya dan saya akan lihat jika saya boleh melakukannya.

Ilustrasi bagi Wikipedia Bahasa Melayu

Bendera

Simbol/bendera/logo parti politik

Audio sebutan istilah

Gambar-gambar

 Kerja-kerja saya yang belum selesai     

Saya mempunyai banyak komitmen lain, maksudnya saya perlu mengenepikan kerja-kerja sukarelawan dan hobi seperti ini. Rancangan saya adalah untuk selesai melukis semula semua bendera daerah Johor (kesemuanya sudahpun dalam bentuk vektor, namun mempunyai ukuran yang salah bagi sesetengah elemen), serta bendera-bendera negeri Kelantan yang saya telah selesai melukis semula, namun belum sempat menukarkan formatnya. Saya juga perlu siapkan lukisan vektor Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang diminta oleh pengguna Anumengelamun. Kini, saya mendahulukan permintaan dari pihak penyelia Wikipedia Bahasa Melayu, serta memuat naik ilustrasi yang saya telah selesai cipta satu demi satu. Saya masih mencipta sesetengah ilustrasi lain namun kebanyakannya perlu tunggu sehingga pembelajaran saya tamat.