Pengguna:Anumengelamun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jika kamu berkata kepada seseorang dengan bahasa yang difahaminya, kata-kata itu masuk ke dalam kepalanya. Jika kamu berkata kepadanya dalam bahasanya sendiri, maka kata-kata itu akan terus masuk ke dalam hatinya.

- Nelson Mandela, Presiden Afrika Selatan pertama dari kalangan warga kulit hitam negara tersebut


Selamat datang ke laman pengguna ini. Saya asalnya melibatkan diri untuk membaiki rencana tempatan (yakni di Malaysia) terutamanya yang tidak bermutu baik dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. Namun, saya perasan rencana-rencana topik yang paling asas di sini pun terasa begitu cincai dan ada yang dibaca tidak sejadi, maka saya pun turut berkhidmat di sini.

Saya akan cuba membantu meningkatkan mutu laman bahasa ini dengan masa terluang yang ada; saya berharap penglibatan saya dalam laman ini sedikit sebanyak dapat memanfaatkan mereka yang menggunakannya, terutamanya yang tidak arif menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu (disebabkan tiadanya peluang pembelajaran dsb).

Seandainya anda perlukan sebarang pertanyaan, silalah hantarkan pesanan di laman perbincangan saya. Terima kasih kerana membaca!


Lihat juga[sunting | sunting sumber]



Translation-Barnstar.png Bintang Penghargaan Penterjemah
Penghargaan daripada saya atas usaha anda menterjemahkan rencana kepada Wikipedia bahasa Melayu. Semoga terus berkhidmat di Wikipedia ini. Azim Melaka (bincang) 14:30, 9 Ogos 2017 (UTC)
Barnstar of Diligence Hires.png Bintang Penghargaan Ketekunan
Anda telah menunjukkan usaha yang luar biasa dalam mengemaskini rencana di Wikipedia sehingga ianya boleh dikira sebagai rencana yang begitu berkualiti. SNN95 Talk to me, beybeh! 01:22, 27 April 2018 (UTC)
Original Barnstar.png Anugerah Barnstar
Dihargai untuk usaha anda mengembangkan rencana berkualiti pelbagai topik di Wikipedia Bahasa Melayu oleh Yosri (bincang) 10:54, 27 Mei 2018 (UTC)