Pengguna:GinormousBuildings/Batu Berlayer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Replika simbolik Long Ya Men di Labrador Park, Singapura. Perekaan semulanya sebahagian sambutan ulang tahun ke-600 Cheng Ho pada 2005

Batu Berlayar (Cina ringkas: 龙牙门Cina tradisional: 龍牙門pinyin: lóngyámén; Inggeris: Long Ya Men atau Dragon's Teeth Gate) ialah singkapan batuan granit ceracak yang dahulu terdapat di pintu masuk ke Pelabuhan Keppel di Singapura. Dalam gambarannya, "Selat ini mengalir di antara dua bukit penduduk tempatan yang kelihatan seperti gigi naga." Dari situ, terwujudlah nama Cina bagi Batu Berlayar iaitu Long Ya Men.

Singkapan batuan itu berfungsi sebagai bantuan pengemudian kepada pelayar lama dahulu yang berlayar melalui perairan deras selat di antara mereka, tapi kemudiannya diruntuhkan oleh British pada 1848 untuk melebarkan selat tersebut untuk membolehkan kapal-kapal lebih besar melaluinya.[1] Pada 2005, sebuah replika simbolik dibangunkan oleh pemerintah Singapura berdekatan tapak asalnya untuk menandakan peranan yang dimainkannya dalam sejarah kelautan Singapura.[2]

Batu Berlayar didokumenkan dalam travelog Wang Dayuan, Daoyi Zhilüe sebagai salah satu antara dua petempatan Temasek. Ia ditandakan di peta navigasi Mao Kun Wubei Zhi yang dikatakan umurnya ke masa pelayaran-pelayaran Laksamana Cheng Ho. Batu Berlayar juga digunakan pada peta tersebut untuk merujuk kepada selat di antara pulau Sentosa dan Titik Labrador.[3] Terdapat satu usulan bahawa nama tersebut merujuk kepada Selat Utama Singapura di selatan Pulau Satumu.[4] Ciri unik Batu Berlayar dikatakan telah membantu Cheng Ho melayari perairan di keliling Singapura semasa ketujuh-tujuh pengembaraan pelayarannya ke barat di antara 1405 dan 1433 masihi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarah, singkapan batuan itu dikenali oleh orang Melayu pada masa awal sebagai Batu Berlayar berdekatan Taman Labrador di Jalan Pasir Panjang. Pernah terdapat lagi satu singkapan batuan di pantai belah bertentangan di Tanjong Rimau di Pulau Sentosa. Dua singkapan batuan ini dahulu membentuk sebuah pintu masuk pada laluan masuk barat Pelabuhan Keppel. Anak kapal British menamakan singkapan batu yang lebih menonjol iaitu Batu Berlayar "Lot's Wife" (Isteri Lut), satu rujukan kepada kisah anak buah Nabi Ibrahim iaitu Nabi Lut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cornelius-Takahama, Vernon (2016). "Labrador Park/Fort Pasir Panjang". Singapore Infopedia. Dicapai pada 2022-07-12.
  2. ^ Sim, Glenys (23 March 2005). "Dragon's tooth replica to mark anniversary of Chinese explorer". The Straits Times.
  3. ^ "Wang Da Yuan". History SG.
  4. ^ John N. Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300_1800. NUS Press. m/s. 197. ISBN 978-9971695743.