Pengguna:Jentayu/Manga Bible (siri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Manga Bible
Fail:MangaMessiah.jpg
Sampul jilid pertama, Manga Messiah
新約聖書
(Shinyaku Seisho)
GenreKesusasteraan Kristian
Manga
PengarangHidenori Kumai (熊井秀憲)
IlustrasiKozumi Shinozawa, Ryō Azumi
PenerbitNext, Japan Bible Society
Penerbit LainTyndale House
Tarikh PengeluaranJanuari 2006Oktober 2019
Jilid6 (Senarai jilid)
Portal Anime dan Manga

Manga Bible ( Jepun: みんなの聖書 マンガシリーズ = Minna no Seisho - Manga shiriizu, yang bermaksud "Siri Manga - Alkitab untuk Semua" [1] ) adalah siri manga enam jilid berdasarkan Alkitab Kristian yang diterbitkan di bawah pemantauan organisasi bukan berkeuntungan Next, sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh orang perseorangan dari industri manga. Walaupun diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada mulanya, buku-buku tersebut ditulis terlebih dahulu dalam bahasa Jepun dan setiap jilidnya dilukiskan oleh seorang pelukis manga Jepun. [2] Setiap buku telah diadaptasi dari Alkitab oleh Hidenori Kumai. Dua buku pertama diilustrasikan oleh pelukis manga Kozumi Shinozawa, sementara empat buku selebihnya adalah karya Ryō Azumi .

Buku pertama dalam siri ini, Manga Messiah (Masih) diterbitkan pada tahun 2006 dan merangkumi empat bahagian Alkitab: Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes . Manga Metamorfosis (Perubahan) (2008) pula merangkumi peristiwa dalam Kisah Para Rasul dan beberapa surat Paulus . Manga Mutiny (Pemberontakan) (2008, 2009) bermula dari fasal Kejadian dan berakhir pada Keluaran . Manga Melech (Kerajaan) (2010) bersambung dari Manga Mutiny dan diteruskan sehingga pemerintahan David. Manga Messengers (Utusan) (2011) membahas peristiwa-peristiwa yang dimulakan dengan pemerintahan Raja Sulaiman dan mengambil kisah dari beberapa utusan besar dan utusan kecil, dan Kitab Ester yang diakhiri dengan jangkaan tentang kedatangan Masih. Buku keenam dan terakhir, Manga Majesty (Keagungan) (2019) menyimpulkan kisah wahyu rasul Yohannes di pulau Patmos dan wahyu yang menandakan petanda akhir zaman. [3]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Siri Manga Bible adalah hasil terbitan Next, sebuah organisasi bukan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menghasilkan dan mengedarkan siri manga berdasarkan alkitab untuk diedarkan dalam pelbagai bahasa ke seluruh dunia. Next dibentuk oleh Roald Lidal, pengarah umum New Life League Japan (Liga Hidup Baru Jepun), yang menyatukan entiti pakar dalam penerbitan dan percetakan manga dari Jepun, termasuklah seniman manga Jepun dan pakar lain dalam industri manga. [4] [5]

Lidal membuat siri Manga Bible untuk "menjejaki hati anak-anak yang mungkin enggan menerima terjemahan Alkitab secara tradisional dan tidak pernah pergi ke gereja." Semasa beliau mengumumkan buah fikirannya kepada semua, terdapat ramai orang Kristian yang bersuara menentang buah fikirannya kerana merasakan buku-buku itu mungkin menghina Alkitab. [4] Lidal yang tetap gigih dengan usahanya, terus berjaya meneruskan visinya untuk menghasilkan enam siri buku, tiga buah jilid merangkumi Perjanjian Lama dan tiga lagi buah jilid meliputi bahagian Perjanjian Baru dari Alkitab Kristian .

Setiap buku dalam siri ini pada mulanya dituliskan dalam bahasa Jepun oleh seniman manga Jepun beragama Kristian, kemudian buku-buku ini diterjemahkan ke bahasa lain dan diterbitkan oleh penerbit keagamaan wilayah. [4] Setiap edisi bahasa dipantau dan disemak oleh anggota pertubuhan alkitab serantau sebelum diterbitkan, bagi memastikan terjemahan yang tepat dan berkesan.

Media[sunting | sunting sumber]

Buku pertama dalam siri ini, Manga Messiah, telah ditulis oleh Hidenori Kumai dan dilukis oleh Kelly Kozumi Shinozawa serta Ryo Azumi. Walaupun pada mulanya ditulis dalam bahasa Jepun, edisi bahasa Inggeris yang telah diterbitkan secara sulungnya di Inggeris dan Filipina pada tahun 2006. Di Amerika Utara, Tyndale House telah membeli hak bahasa Inggeris untuk semua buku dalam siri ini, dan mula menerbitkan Manga Messiah pada bulan September 2007.[4][6] COMIX35 berfungsi sebagai perunding bahasa Inggeris bagi menterjemahkan edisi Jepun ke dalam bahasa Inggeris.[7] Edisi bahasa Sepanyol pula diterbitkan oleh American Bible Society (Pertubuhan Injil Amerika). Edisi bahasa Jepun diterbitkan di Jepun pada bulan Februari 2008.[2][8]

Senarai jilid[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh keluaran original Tarikh keluaran bahasa Inggeris
01Manga Messiah (Manga Masih)
Kyūseishu [Meshia] Jinrui o Sukui Shisha (救世主[メシア]―人類を救いし者)
Februari 2008
ISBN 9784820242666
September 2007
ISBN 9781414316802
  • Bab 1: Kelahiran Yeshuah
  • Bab 2: Zaman kanak-kanak Yeshuah
  • Bab 3: Yohanes Si Pembaptis
  • Bab 4: Persediaan Kementerian
  • Bab 5: Perkahwinan di Cana
  • Bab 6: Bertolak ke Jerusalem
  • Bab 7: Kembali ke Galilee
  • Bab 8: Jalan Tepian Pantai
  • Bab 9: Mukjizat Masih
  • Bab 10: Pengucapan di Bukit
  • Bab 11: Pertelingkahan Tentang Beelzebub
  • Bab 12: Perumpamaan
  • Bab 13: Menghantar Pengikut yang Dua Belas
  • Bab 14: Kematian Yohanes Si Pembaptis
  • Bab 15: Kematian Lazarus
  • Bab 16: Masuk ke Jerusalem
  • Bab 17: Penyiasatan Domba Tuhan
  • Bab 18: Pengkhianat Yudas
  • Bab 19: Hidangan Tuhan
  • Bab 20: Taman Jeseman
  • Bab 21: Perjalanan Menuju Salib
  • Bab 22: Penyaliban
  • Bab 23: Kebangkitan dan Penurunan
  • Peta Kawasan
  • Maklumat Watak
  • Pengikut yang Dua Belas
  • 02Manga Metamorphosis (Manga Perubahan)
    Shito [Aposutorosu] Tsukawasare Shishatachi (使徒[アポストロス]―遣わされし者たち)
    Mei 2008
    ISBN 9784820242673
    September 2008
    ISBN 9781414316826
    • Bab 1: Apa Yang Hendak Dibuat Sekarang?
    • Bab 2: Angin dan Api yang Ghaib
    • Bab 3: Lebih dari yang Dipinta
    • Bab 4: Adakah ini Benar?
    • Bab 5: Kesepakatan Beriman
    • Bab 6: Penahanan Utusan
    • Bab 7: Terpanggil untuk Melayani
    • Bab 8: Kesan Disabitkan
    • Bab 9: Api Kemaraan
    • Bab 10: Terungkainya Catatan Kuno
    • Bab 11: Dibutakan Cahaya
    • Bab 12: Nyah Orang Luar, Nyah Orang Dalam
    • Bab 13: Seorang Utusan Terbaru
    • Bab 14: Malaikat Penjaga
    • Bab 15: Dihantar ke Dunia
    • Bab 16: Berita Baik Tak Terputus
    • Bab 17: Inikah Dewa-Dewi Sembahan?
    • Bab 18: Gelombang Pertama
    • Bab 19: Kesakitan Melarat
    • Bab 20: Gelombang Kedua
    • Bab 21: Perintis
    • Bab 22: Persekutuan Berkembang
  • Bab 23: Pertembungan Kuasa
  • Bab 24: Menggoncangkan Dunia
  • Bab 25: Ahli Kitab
  • Bab 26: Tuhan Tidak Diketahui
  • Bab 27: Berita Baik, Kenyataan Keagungan
  • Bab 28: Memperkasa Pengikut
  • Bab 29: Bijakpandai Terpelajar
  • Bab 30: Gelombang Ketiga dan Seterusnya
  • Bab 31: Mimpi... atau Misi?
  • Bab 32: Kebenaran yang Layak Dikorbankan
  • Bab 33: Pengumpulan Awan
  • Bab 34: Menegak Kebenaran
  • Bab 35: Cubaan Besar, Peluang Besar
  • Bab 36: Harapan di Pusat Empayar
  • Surat kepada umat di Filippi
  • Surat kepada umat di Korintia
  • Surat kepada umat di Efesus
  • Surat kepada umat di Rom
  • Pengenalan Watak
  • Perjalanan Penginjilan Paul (Peta)
  • Kronologi
  • 03Manga Mutiny (Manga Pemberontakan)
    Sōsei [Jyeneshisu] Kō o Uke Shishatachi (創世[ジェネシス]―光を受けし者たち)
    Oktober 2008
    ISBN 9784820242680
    September 2009
    ISBN 9781414316819
    • Bab 1: Permulaan
    • Bab 2: Yang Terbuang
    • Bab 3: Kain and Abel
    • Bab 4: Banjir
    • Bab 5: Menara Babel
    • Bab 6: Perjalanan Abram
    • Bab 7: Tiga Pengembara
    • Bab 8: Kemusnahan Sodom
    • Bab 9: Kelahiran Isaak
    • Bab 10: Pengorbanan
    • Bab 11: Kematian dan Perkahwinan
    • Bab 12: Esau dan Yakob
    • Bab 13: Di Rumah Laban
  • Bab 14: Esau
  • Bab 15: Yosef
  • Bab 16: Yosef Mentafsir Mimpi
  • Bab 17: Bertemu Semula
  • Bab 18: Israel Mengembara ke Mesir
  • Bab 19: Moses
  • Bab 20: Pokok Yang Membakar
  • Bab 21: Menghadapi Firaun
  • Bab 22: Paskah
  • Bab 23: Lari dari Mesir
  • Geografi semasa peristiwa Perjanjian Lama (Peta)
  • Pengenalan Watak
  • 04Manga Melech (Manga Kerajaan)
    Ōkoku [Kingu Damu] Koku o Tate Shishatachi (王国[キングダム]―国を建てし者たち)
    September 2009
    ISBN 9784820242697
    September 2010
    ISBN 9781414316833
    • Bab 1: Perjalanan ke Sinai
    • Bab 2: Batu Arahan
    • Bab 3: Pemberontakan di Padang Pasir
    • Bab 4: Tahun-tahun di Padang Pasir
    • Bab 5: Jeriko
    • Bab 6: Kemaraan Israel
    • Bab 7: Lagu Deborah
    • Bab 8: Gideon Si Pahlawan
    • Bab 9: Samson Yang Perkasa
    • Bab 10: Anak Gadis Moab
    • Bab 11: Samuel
    • Bab 12: Raja Israel Yang Pertama
  • Bab 13: David Si Pengembala Kambing
  • Bab 14: Golias Si Gergasi
  • Bab 15: Pelarian
  • Bab 16: Semasa Dalam Pelarian
  • Bab 17: Pertempuran di Gunung Gilbua
  • Bab 18: Perang Dalaman
  • Bab 19: Jerusalem
  • Bab 20: Raja Israel
  • Bab 21: Pemberontakan Absalum
  • Bab 22: Lagu Kesyukuran
  • Peta
  • Pengenalan Watak & Pokok Keluarga
  • 05Manga Messengers (Manga Utusan)
    Yogensha [Purofyettsu] Kibō o Tsuge Shishatachi (預言者[プロフェッツ]―希望を告げし者たち)
    Disember 2010
    ISBN 9784820242703
    September 2011
    ISBN 9781414316840
    • Bab 1: Pembinaan Kuil
    • Bab 2: Kekayaan dan Kebijaksanaan Solomon
    • Bab 3: Kerajaan Yang Terbahagi
    • Bab 4: Eliyah
    • Bab 5: Di Puncak Gunung Karmel
    • Bab 6: Keberangkatan Eliyah
    • Bab 7: Kekuasaan Elisha
    • Bab 8: Pemberontakan Jehu
    • Bab 9: Pekerjaan Yonah
    • Bab 10: Amos dan Hosea
    • Bab 11: Isaiah
  • Bab 12: Kebangkitan Semula Yosia
  • Bab 13: Yeremia
  • Bab 14: Jalan Pemberontakan
  • Bab 15: Kejatuhan Yerusalem
  • Bab 16: Pandangan Ezekiel
  • Bab 17: Kembali ke Jerusalem
  • Bab 18: Ratu Ester
  • Bab 19: Rasul Terakhir
  • Bab 20: Umat Yang Menantikan Tuhan
  • Kronologi Zaman Perutusan Yang Dipermudahkan
  • Peta Usia Utusan
  • 06Manga Majesty (Manga Keagungan)Oktober 2019
    ISBN 9781496420107
    • Bab 1: Daripada Kematian Menuju Kepada Cahaya
    • Bab 2: Wahyu Kebangkitan Semula
    • Bab 3: Cahaya Menyinari Kegelapan
    • Bab 4: Jemputan Menuju kepada Yang Agung
    • Bab 5: Persoalan dari Kekacauan
    • Bab 6: Para Malaikat dan Jawapannya
    • Bab 7: Pengakhiran adalah Permulaan
    • Bab 8: Santapan, Pesanan, dan Muzik Tak Dapat Ditahankan
    • Bab 9: Perang Perjanjian
    • Bab 10: Trisakti Tercemar
  • Bab 11: Pengurniaan Berbatu Jauhnya
  • Bab 12: Panggilan Perang
  • Bab 13: Pelacur Yang Dikhianati
  • Bab 14: Upacara Kematian Bagi Yang Tersungkur
  • Bab 15: Sambutan di Majlis Perkahwinan
  • Bab 16: Perarakan Kebesaran Tuhan
  • Bab 17: Pemisahan dan Penyatuan
  • Bab 18: Manusia dan Tempatnya: Kembalinya ke Eden
  • Bab 19: Panggilan untuk "Datanglah!"
  • Appendiks
  • Buku kecil[sunting | sunting sumber]

    Buku kecil yang mengandungi singkatan dari Manga Messiah yang dipanggil Manga Mission (Manga Penginjilan), diikuti oleh The Messiah (Masih), yang dihasilkan pada kos yang lebih rendah untuk edaran besar-besaran telah diterbitkan pada tahun 2016. [9]

    Penerimaan umum[sunting | sunting sumber]

    Sebelum penciptaannya, beberapa orang Kristian telah menyuarakan pendapat mereka bahawa format siri Manga Bible ini akan "mengurangkan nilai alkitab." [4] Buku pertama dalam siri ini, Manga Messiah, mendapat ulasan yang pelbagai dari pelbagai pihak. Matthew J. Brady dari laman web "Manga Life" mendapati Manga Messiah sebagai "manga yang terasa asli" kerana mempunyai latar belakang dan gaya lukisan manga yang asli, akan tetapi terdapat pengaruh Barat dalam penggunaan halaman yang penuh warna dan penerangan teks. Secara keseluruhannya, beliau merasakan buku ini sangat tertib dalam menyesuaikan kandungan alkitab, akan tetapi beliau turut sedia maklum akan sedikit kebebasan yang telah diambil dengan kisah-kisahnya yang "mungkin tidak dipersetujui oleh orang Kristian yang cekal imannya". [10]

    Kulit buku[sunting | sunting sumber]

    Siri utama[sunting | sunting sumber]

    Terjemahan bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

    1. Manga Messiah (Masih), Adakah baginda datang untuk menyelamatkan dunia ... atau menghancurkannya?, September 2007
    2. Manga Metamorphosis (Perubahan), Adakah ini pengakhiran dunia anda ... atau ianya satu permulaan?, September 2008
    3. Manga Mutiny (Pemberontakan), Para malaikat dan umat manusia sedang memberontak!, September 2009
    4. Manga Melech (Kerajaan), Kebangkitan dan kejatuhan kerajaan dan negara!, September 2010
    5. Manga Messengers (Utusan), Adakah mereka mengutuskan berita tentang kehidupan ... atau kematian?, September 2011
    6. Manga Majesty (Keagungan), Wahyu menyingkap tentang akhir zaman!, Oktober 2019

    Terjemahan bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

    1. 救世主(メシア)―人類を救いし者 新約聖書 1 (Masih - Juruselamat umat manusia, Perjanjian Baru 1), Januari 2008
    2. 使徒(アポストロス)―遣わされし者たち 新約聖書 2 (Utusan - Perutusan yang dihantar, Perjanjian Baru 2), April 2008
    3. 創世(ジェネシス)―光を受けし者たち 旧約聖書 1 (Permulaan - Yang telah diterangi cahaya, Perjanjian Lama 1), September 2008
    4. 王国(キングダム)―国を建てし者たち 旧約聖書 2 (Kerajaan - Pembina negara, Perjanjian Lama 2), September 2009
    5. 預言者(プロフェッツ)―希望を告げし者たち 旧約聖書 3 (Rasul - Penyampai berita baik, Perjanjian Lama 3), Disember 2010

    Buku kecil[sunting | sunting sumber]

    1. Manga Mission (Manga Penginjilan), 2016
    2. The Messiah (Masih), 2016

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ Everybody's Bible - Manga Seies (Japan Bible Society, 2011) (in Japanese)
    2. ^ a b "Manga Bible series". Japan Bible Society. Dicapai pada 2008-08-18.
    3. ^ "The Books - NEXTmanga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-20.
    4. ^ a b c d e Cutshall, Mark (Apr–May 2008). "Manga Messiah". Outcomes. Christian Leadership Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-07.
    5. ^ "About Next" (Flash). Next, Inc. Dicapai pada 2008-08-26.
    6. ^ Aronson, Michael (2007-09-01). "PR: Manga Messiah and Bible". Manga Life. Silver Bullet Comics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-25. Dicapai pada 2008-09-08.
    7. ^ Kumai, Hidenori (September 2007). Manga Messiah. Shinozawa, Kozumi (illus.), Next (ed.). Tyndale House. ISBN 978-1-4143-1680-2.
    8. ^ "NEXTmanga News". NEXT. Dicapai pada 2008-08-18.
    9. ^ "THE MESSIAH and MANGA MISSION Booklets – NEXTmanga". MANGA MISSION is a shorter, lower cost version of MANGA MESSIAH in booklet form, popular for work group or classroom use. THE MESSIAH is another booklet for ministry and educational distribution.
    10. ^ Brady, Matthew. "Manga Messiah". Manga Life. Silver Bullet Comics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 2008-09-08.

    Pautan luaran[sunting | sunting sumber]

    [[Kategori:Sumber bahasa Jepun CS1 (ja)]] [[Kategori:Rencana yang mengandungi teks bahasa Jepun]] [[Kategori:Laman-laman dengan terjemahan-terjemahan yang belum disemak]]