Pengguna:MadieAdie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


PENGETAHUAN SEBAGAI PENGGUNA LAMAN Keselamatan WhatsApp Keselamatan dan Privasi terdapat dalam DNA kami Dari hari pertama, kami telah membina WhatsApp bagi membantu anda terus berhubung dengan rakan-rakan, berkongsi maklumat penting semasa bencana alam, menghubungkan semula dengan keluarga terpisah, atau mencari kehidupan yang lebih baik. Beberapa detik peribadi anda dikongsikan dengan WhatsApp, yang mana menyebabkan kami membina penyulitan hujung-ke-hujung dalam aplikasi kami. Apabila disulitkan hujung-ke-hujung, mesej, foto, video, mesej suara, dokumen dan panggilan anda adalah selamat daripada terjatuh ke tangan yang salah.

Keselamatan secara Lalai Penyulitan hujung-ke-hujung WhatsApp tersedia apabila anda dan orang yang anda mesej menggunakan aplikasi kami. Kebanyakan aplikasi permesejan hanya menyulitkan mesej di antara anda dan mereka, tetapi penyulitan hujung-ke-hujung WhatsApp memastikan hanya anda dan orang yang anda berkomunikasi boleh membaca apa yang dihantar, dan tiada sesiapa pengantara, walaupun WhatsApp itu sendiri. Ini kerana mesej anda telah dilindungi dengan kunci, dan hanya anda dan penerima mempunyai kekunci khas untuk menyahkunci dan membacanya. Untuk perlindungan tambahan, setiap mesej yang anda hantar mempunyai kekunci dan kunci unik tersendiri. Semua ini berlaku secara automatik: tidak perlu menghidupkan tetapan atau memasang sembang rahsia khas untuk melindungi mesej anda.

Bercakap dengan Bebas Panggilan WhatsApp membolehkan anda bercakap dengan rakan-rakan dan keluarga, walaupun mereka berada di negara lain. Sama seperti mesej anda, panggilan WhatsApp telah disulitkan hujung-ke-hujung supaya WhatsApp dan pihak ketiga tidak boleh mendengarnya.

Mesej yang Kekal bersama Anda Mesej anda patut berada di tangan anda. Itulah sebabnya WhatsApp tidak menyimpan mesej anda pada pelayan kami sebaik sahaja kami menghantarnya, dan penyulitan hujung-ke-hujung bermakna WhatsApp dan pihak ketiga tidak boleh membacanya.

Lihat dengan Sendiri WhatsApp membolehkan anda menyemak sama ada panggilan yang anda buat dan mesej yang anda hantar adalah disulitkan hujung-ke-hujung. Hanya cari petunjuk dalam info kenalan atau info kumpulan.

Dapatkan secara Terperinci Baca penjelasan teknikal terperinci bagi penyulitan hujung-ke-hujung WhatsApp, dibangunkan dengan kolaborasi bersama Open Whisper Systems.

Buat Sendiri : Enjin Proton SAGA FLX tak boleh start[sunting | sunting sumber]

Kisahnya enjin kereta SAGA FLX tak boleh start. Di bawah ni senarai ringkas apa yang korang kena buat untuk mengenalpasti punca masalah.

Cara Check bateri OK ke tidak

Mula-mula masukkan kunci kat tempat lock tu. Pulas ke kanan satu kali kita akan nampak lampu-lampu kat panel akan menyala dengan macam-macam alarm keluar. Ini adalah normal. Jangan gelabah dan jangan panik.

Pulas ke kanan lagi untuk start enjin. Jika masa ni enjin kereta tak mahu hidup dan ada dengar bunyi macam bunyi cicak " Tik...tik...tik..." berturutan bermakna bateri kereta dah lemah. Kalau kena macam ni korang kena buat jumper pada bateri untuk hidupkan enjin. Bila enjin dah start jangan matikan sebaliknya terus drive ke pusat service untuk beli bateri kereta baru. Kalau korang matikan jugak nanti kena buat jumper lagi sekali. Hayat bateri kereta sel kering biasanya setahun lebih je. Jadi lepas ni pastikan korang tanya mekanik tu bateri kereta ok lagi ke tak setiap kali korang selesai hantar servis kereta. Biasanya kalau tak ditanya dia pun tak cakap.

Bateri OK tapi enjin masih Gagal dihidupkan.

Kalau tak ada dengar bunyi 'tik tik tik' tapi enjin masih tak nak hidup juga bermakna bateri kereta korang sebenarnya ok tak ada masalah. Jadi sekarang cabut keluar kunci kereta dan periksa keadaan kunci tu sendiri jika ada kerosakkan. Contohnya jika plastiknya dah pecah atau skru tertanggal.

Kalau korang nampak kunci kereta tu dah pecah atau casingnya boleh terbukak kemungkinan besar cip immobilizer dalam kunci tu dah terpelanting jatuh. Rupa cip tu kecik je macam dalam gambar ni.

Tanpa cip kecik ini enjin kereta korang memang tak akan dapat dihidupkan . Cubalah cari kat tempat simpan kunci tu kot kot ada. Kalau tak ada juga korang tak dapat buat apa-apalah. Kena towing kereta pergi pusat servis.

Terpaksa Towing kereta.

Untuk towing free je tak payah bayar. Cuma call je pusat insuran kereta korang nanti diaorang yang akan hantar tow truck tarik kereta pergi pusat servis. Pusat servis pula akan gantikan cip yang hilang tu dengan cip yang baru . Harga cip siap programming adalah RM44.85. Kalau nak tukar kunci baru satu set lagi lah mahal boleh jejak RM300