Pengguna:Rahim Hj Matnin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rahim Bin Hj Matnin, berasal dari Kota Kinabalu, Sabahan Borneo - Malaysia - merupakan seorang pemuzik, pencipta / penggubah lagu dan juga ahli seni fotografik.

Zaman Kanak-Kanak[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 6 April 1982 di Kota Kinabalu, Sabah. Berdarah-kacukan keturunan Melayu Brunei & Bajau ini dibesarkan keseorangan dalam keluarga yang sederhana. Bapanya seorang wireman yang bekerja di Sabah Electricity Board manakala ibunya pula adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Zaman kanak-kanak beliau banyak didedahkan dengan muzik lagu-lagu Melayu lama dan beliau amat meminati lagu-lagu dari Allahyarham Tan Sri Dr. P Ramlee. Selain itu juga beliau amat teruja dengan lagu-lagu berentak balada nusantara dari Indonesia. Minatnya cenderung ke arah muzik & nyanyian mula terselah apabila mula menyanyi pada usia seawal 8 tahun.


Pendidikan Awal[sunting | sunting sumber]

  • Memulakan zaman awal pra-sekolah di TADIKA MUIS, Putatan dari 1986-1988.
  • Bersekolah di Petagas Primary School, Kota Kinabalu dari 1989 - 1994.(Disinilah beliau mula menyanyi, seawal 8 tahun).
    • Mula dididik dengan sifat dan asas kepimpinan pada umur 10 tahun dimana beliau dilantik menjadi Pengawas Sekolah School Prefect.
  • Melanjutkan persekolahan diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan, Putatan dari 1995-1999. Disini beliau sudah bergiat separa-serius dalam muzik dengan banyak mengikuti banyak pertandingan nyanyian mahupun disekolah ataupun di luar. Beliau mula mempelajari alat muzik gitar dengan sendirinya pada awal tahun 1996.
    • Beliau juga aktif dalam sukan seni mempertahankan diri, Tae Kwon Do sehingga beliau berjaya memegang tali-pinggang hitam 1st Dan, Black Belt pada tahun 1999.
    • Selain itu juga, beliau aktif dalam bidang kepimpinan Leadership. Beliau diberi kepercayaan memegang tugas sebagai Pengawas selama 6 tahun berturut-turut (bersambung ke sekolah menengah) sehingga memegang jawatan tertinggi dalam badan disiplin sekolah apabila dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah pada 1999.

Melanjutkan Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dalam alam pengajian tinggi, beliau lebih agresif secara serius dalam muziknya apabila menyertai beberapa pertandingan nyanyian & menyertai pertandingan band pancaragam.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Apabila tamat pengajian, beliau mendapat tawaran bertugas di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Construction Industry Development Board - CIDB. Beliau bertugas dari 2003 hingga tamat pada pertengahan 2007 apabila kontraknya berakhir.

Kejutan & Tekanan[sunting | sunting sumber]

  • Apabila kontraknya tamat di CIDB, beliau menghadapi "kejatuhan" dan itu memaksanya bekerja sebagai bouncer selama setahun di salah sebuah kelab malam terkenal di bandar demi menyara keluarga.
  • Berikutan dengan budaya kelab malam yang penuh dengan kehidupan yang penuh sosialis, beliau mengambil keputusan untuk berhenti untuk mencari kerja lain dan akhirnya beliau bertugas sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah agensi pengawal keselamatan milik sebuah syarikat yang bernama Tokojaya Group di bandaraya.
  • Tuah Manusia tiada siapa yang tahu. Berkat dari kesungguhan, beliau mendapat tawaran bekerja sebagai kerani pentadbiran di salah sebuah sekolah muzik di Kota Kinabalu - The Rock School Music Academy - Musical & Theatre, anak syarikat di bawah Music Mart School of Music (hasil dari bantuan salah seorang residen yang tinggal di kawasan yang pernah beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan).

Disinilah bermulanya titik tolaknya perjuangan muzik beliau dengan lebih sempurna.

Muzik & Kehidupan[sunting | sunting sumber]

  • Irama & Lagu Tidak Dapat Dipisahkan, begitulah persepsi yang beliau pegang dalam penerokaannya dalam muzik. Beliau gemar mencuba apa saja yang diminatinya dalam muzik. Beliau mempelajari asas bermain piano pada tahun 1998 dari guru bahasa Inggerisnya, Sir Al-Fitri apabila mereka dalam usaha mencipta & menggubah lagu rasmi sekolah menengah dimana beliau belajar, Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan. Selepas itu, beliau mengapdatasikan apa yang beliau ketahui dalam alat muzik gitar ke piano. Nyata usahanya tidak sia-sia dalam muzik, apabila beliau telah mencipta beberapa siri lagu dari tahun 2000 ke 2008.

The Rock School Music Academy[sunting | sunting sumber]

  • Apabila beliau bekerja sebagai kerani pentadbiran di The Rock School Music Academy, beliau mengambil segala peluang yang ada dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan beliau dalam muzik dan nyanyiannya sehingga beliau pernah ditawarkan biasiswa untuk mempelajari teknik dalam vokal nyanyian.
  • Dalam masa yang sama juga, beliau diberi peluang untuk mula mengajar dalam major beliau iaitu gitar akustik. Pelajar pertama beliau ialah Alexander James Lamb, seorang rakyat England yang berimigran ke Malaysia. Selepas hampir 4 tahun belajar, Alexander telah mula membuat persembahan-persembahan solo dan duet bersama beliau di cafe dan bistro di sekitar Kota Kinabalu. Antaranya adalah termasuk Sully's Bar, Aussie Australian Bar, Fresco's Italian Bar & Restaurant.

Guru Muzik Bebas[sunting | sunting sumber]

  • Pada hujung 2008, beliau ditawarkan bertugas di salah sebuah agensi kerajaan Malaysia - Malaysian Cocoa Board ATAU Lembaga Koko Malaysia. Namun, kerjaya beliau sebagai guru muzik masih diteruskan dengan membuat kelas peribadi ke rumah pelajar pada waktu malam atau hujung minggu.
  • Pada masa yang sama juga, beliau aktif menggubah dan membuat susunan muzik mengikut citarasa sendiri. Selain itu, beliau kerap memenuhi undangan nyanyian, bermain muzik secara solo mahupun bersama rakan-rakan pemuzik yang lain.

FotoGrafik[sunting | sunting sumber]

  • Selain aktif berkarya muzik dan menyanyi, beliau juga secara serius dalam bidang foto grafik. Beliau aktif dalam pengambilan gambar landskap, portret, modelling, perkahwinan dan foto majlis korporat.


Rujukan[sunting | sunting sumber]