Pengguna:Tofeiku/ESEAP Conference 2018 Report

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wikimedia Indonesia sebagai tuan rumah bagi Persidangan ESEAP buat julung-julung kali pertamanya kerana berjaya mengadakan acara ini dengan teratur. Saya juga ingin menzahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menghadiri persidangan ini dengan memperoleh biasiswa daripada Persidangan ESEAP tahun ini. Ini merupakan perjumpaan serantau/antarabangsa pertama saya mengenai Wikimedia. Saya amat menanti-nantikan peluang keemasan ini untuk mempelajari sebanyak yang mungkin daripada para ahli Wikimedia di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan benua Pasifik yang sungguh berbakat dan penuh berpengalaman. Walaupun saya tidak pernah menghadiri sebarang perjumpaan Wikimedia di negara saya Malaysia atas sebab lokasi, saya berharap dengan maklumat dan pendedahan yang telah saya dapat peroleh daripada persidangan yang amat berguna ini, saya dapat menyumbang bakti kepada masyarakat saya terutamanya di negeri saya Sabah. Sebelum menghadiri persidangan ini, perkara yang saya ingin tekankan dan peroleh ialah mengenai cara-cara para ahli Wikimedia rantau ini dapat menarik masyarakat mereka masing-masing untuk menyumbang bersukarela dalam projek Wikimedia.

Jelajah[sunting | sunting sumber]

Saya giat dalam Wikipedia serta Wikikamus. Saya mula menyunting dalam projek Wikimedia pada hujung tahun 2013 iaitu di Wikikamus bahasa Melayu. Saya mengambil keputusan untuk menyunting di sana kerana kurangnya maklumat tentang perkataan-perkataan bahasa Melayu di Wikikamus. Saya juga berminat untuk mendapatkan Wikipedia sendiri bagi bahasa-bahasa di Sabah seperti bahasa Kadazandusun dan bahasa Bajau. Memandangkan kebanyakan peserta persidangan ini daripada negara Indonesia, saya berpeluang untuk mendengar kemelut dan sumbangan mereka kepada masyarakat masing-masing. Indonesia yang mempunyai bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi negara terdapat banyak bahasa daerah yang dijumpai di kepulauan Nusantara ini. Contohnya, bahasa Jawa, bahasa Minangkabau, bahasa Sunda dan sebagainya. Apa yang menariknya adalah bahasa-bahasa ini memiliki projek Wikimedia masing-masing seperti Wikipedia. Apabila saya mula-mula menyunting dalam projek-projek Wikimedia, saya menemukan Wikipedia bahasa Kadazandusun dalam Incubator namun projek itu telah lama tidak aktif. Dengan sifat keinginan saya untuk menyambungsemulakan projek ini, saya telah memperoleh beberapa maklumat dan pendapat yang berguna daripada para peserta.

Ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para ahli Wikimedia yang berpengalaman dan berjaya dalam rantau ini amatlah bermanfaat bagi saya untuk menjadikan mereka sebagai pedoman untuk mendekatkan masyarakat saya dengan Wikimedia. Antara ceramah yang menarik perhatian saya ialah ceramah yang telah disampaikan oleh saudara Takashi daripada ahli Wikimedia di Kansai. Beliau menyampaikan ceramah mengenai 'Bandar Wikipedia' yang telah menarik ramai penyunting baru di negaranya. Selain itu, ceramah mengenai proses mengadakan aktiviti edit-a-thon di masyarakat sendiri amatlah berguna bagi saya dan saya berharap saya dapat mengadakan satu edit-a-thon di kawasan saya apabila masyarakat saya sudah mula aktif dalam projek Wikimedia.

Pedoman[sunting | sunting sumber]

Salah satu pengajaran saya peroleh daripada persidangan ini ialah ilmu sebagai perkhidmatan. Kita sebagai sukarelawan dalam projek Wikimedia ini bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat kita sendiri. Kita di sini untuk berkhidmat kepada khalayak ramai yang pelbagai dan bukannya fokus kepada masyarakat kita sahaja. Saya telah berkongsi kepada para peserta di persidangan ini tentang perkara yang saya telah buat. Sebagai seorang ahli Wikikamus, ia tugas saya untuk memberikan maklumat tentang perkataan-perkataan dan takrifannya dalam pelbagai bahasa. Misalnya, perkataan bahasa Melayu ada maklumatnya dalam pelbagai bahasa. Selain Wikikamus bahasa Melayu, saya telah menyunting tentang perkataan bahasa Melayu di Wikikamus bahasa Perancis, bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain walaupun saya tidak memahami sepatah perkataan pun dalam bahasa itu. Ia tidak mustahil untuk menyunting di Wikikamus malahan lebih senang dan mudah daripada menyunting di Wikipedia. Dengan memberi sumbangan dalam pelbagai bahasa, budaya kita sendiri dapat dikenali oleh masyarakat lain di luar sana dan tidaklah hanya diketahui dalam kalangan masyarakat kita sahaja.

Sepanjang persidangan ini, saya telah berkenalan dengan ramai peserta daripada rantau ini. Saya berjumpa dengan ramai peserta daripada Indonesia. Antara yang saya telah berkenalan ialah Mia daripada Wikipedia bahasa Jawa. Saya amat kagum dengannya kerana dapat menarik penutur bahasa Jawa di Indonesia untuk menyumbang memberi maklumat bebas di Internet. Seharusnya adalah suatu platform bagi mengekalkan bahasa dan budaya ini pada zaman moden serba canggih ini sebelum ia ditelan zaman dan dilupai ramai. Masalah perbendaharaan istilah moden dan ejaan juga dihadapi oleh Mia dalam bahasa Jawa. Ini juga dihadapi dalam semua bahasa tuturan sama seperti di Sabah. Saya mengambil iktibar daripada pendekatan dan idea yang Mia telah lakukan untuk memastikan bahasa ibundanya tidak diketepikan oleh penuturnya sendiri. Selain itu, saya juga berkenalan dengan Zulfadli dari Negara Brunei Darussalam. Sama seperti saya (dari segi geografi), beliau merupakan satu-satunya penyumbang dari negaranya. Memandangkan kami ada beberapa persamaan budaya dan keadaan, kami banyak berbincang tentang Wikipedia bahasa Melayu dan rancangan kami untuk mendedahkan masyarakat kami masing-masing dengan projek Wikimedia. Meskipun kami daripada negara yang berbeza namun kami tinggal sepulau dari segi geografi. Mungkin saya dapatlah membantunya jikalau ada kesulitan berlaku. Daniel dari Kumpulan Pengguna Masyarakat Wikimedia amat membantu saya dalam memahamkan saya lebih lanjut tentang Wikimedia. Sebenarnya, saya tidak pernah jumpa dia sebelum persidangan ini. Saya rasa lega dapat berjumpa dengan salah satu Wikimedia tempatan daripada negara saya. Saya menantikan berjumpa dengan ahli-ahli Wikimedia Malaysia September depan. Saya rasa kita semua sama dalam persidangan ini memandangkan kita semua dari rantau yang mempunyai budaya yang hampir serupa. Orang dari Wikimedia Taiwan juga sangat mesra terutamanya Liang. Teman sebilik saya pun Reke dari Taiwan.

Demi masa depan[sunting | sunting sumber]

Memandangkan saya bercuti dari universiti sehinggalah bulan September 2018, saya ingin mengadakan sekurang-kurangnya satu aktivit di kawasan saya sebelum melanjutkan pengajian. Matlamat utama saya untuk rantau saya adalah untuk mengaktifkan semula Wikipedia bahasa Kadazandusun Kadazandusun di Incubator dan melepaskannya. Walaupun saya tidak tergolong dalam budaya berkenaan, saya bercadang untuk memasukkan rakan-rakan sekolah saya yang fasih dalam bahasa itu. Saya rasa amat peliklah di Malaysia yang memiliki banyak bahasa namun hanya ada Wikipedia dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Kalau ditakdirkan untuk menghadiri Persidangan ESEAP yang seterusnya, saya menantikan berjumpa dengan kalian semua lagi sebagai seorang ahli Wikimedia yang baru berpengalaman!

English[sunting | sunting sumber]

First of all, I would like to say thank you to Wikimedia Indonesia as the host for this inaugural ESEAP Conference for succeeding in organising the event with order. I also would like to express my gratitude for giving the chance to attend this conference with the scholarship I obtained from filling up the scholarship form in the second round. This is my first regional/international meetup on Wikimedia. I was looking forward for this golden opportunity in learning as much as I could from Wikimedians in East Asia, Southeast Asia and the Pacific. Despite the fact that I never attended any meetups held in my country Malaysia due to location reason, I hope that with the information and the exposure I obtained from this useful conference, I could give contribute for my community especially in my region Sabah. Before attending this conference, the matters that I would like to focus on and gain is about on how the Wikimedians in this region able to attract their own communities into volunteering contributing to the Wikimedia project.

I am active in Wikipedia as well in Wiktionary. I started editing in Wikimedia projects in late 2013 in Malay Wiktionary. I decided to edit there since there is a lack of information on Malay words in Wiktionary. I am interested to have a Wikipedia in one of the languages in Sabah like Kadazandusun and Bajau. Since most of the conference participants are from Indonesia, I had the chance to hear the problems and contributions into their own communities. Indonesia having Indonesian as the official language have many local languages found in the archipelago. For example, Javanese, Minangkabau, Sundanese dan others. What interest me is that these languages have their own Wikimedia projects like Wikipedia. When I started editing in Wikimedia projects, I stumbled upon Kadazandusun Wikipedia in the Incubator however the project has been long inactive. With my determination to resume the project, I obtained some information and valuable opinion from the participants.

A lot to explored[sunting | sunting sumber]

The talks presented by experience and successful Wikimedians in this region are very beneficial for me in order for me to involve my community in volunteering to Wikimedia. Most of the talks I joined was about community development since I need to have an active community first in my region first. Among the talks that caught my attention was the talk by Takashi from Wikimedians in Kansai. He presented his talk about 'Wikipedia Town' that attract new editors in is country. Besides that, the talk about the process in holding edit-a-thon in my own community was useful for me and I hope that one day I would be able to hold my own edit-a-thon in my region when my community becomes active in Wikimedia projects.

Lessons learnt[sunting | sunting sumber]

One of the lessons I received from this conference is knowledge as a service. We, in the spirit of volunteerism in the Wikimedia project is to supply knowledge for our community. We here are to serve the many people out there from various background and not only primarily for our community exclusively. I shard my experience to the participants in the conference regarding the online contributions I made individually. I am a Wiktionarian and as a Wiktionarian, it is my duty to provide information on words and their definition in multiple language. For instance, information on Malay words are available in various languages. Besides Malay Wiktionary, I contribute about Malay words in Wiktionaries like French, Japanese and other languages even though I do not understand a word in that language. It is not possible for one to edit in Wiktionary without knowing the interface language. It is way easier to edit in Wiktionary compare to in Wikipedia. By contributing in various language, my culture could be known by other communities out there and not only known within my community.

Throughout the conference, I became friends and met with the participants from this region. I met a lot of participants from Indonesia. One of the people that I met acquaintance is Mia from Javanese Wikipedia. I am really impressed of her for able to attract Javanese speakers in Indonesia to contribute for the sake of free knowledge in the Internet. Wikimedia should be a platform in conserving and preserving languages and cultures in this modern savy world before being drifted in time. Modern vocabularies and standard spelling are also one of the problems that Mia is facing in Javanese. This is also happening in spoken languages like in Sabah. I take lesson from the approach and idea that she made to ensure that her mother language is not being negloected by their own native speakers. Other than that, I was glad to meet Zulfadli from Brunei Darussalam. Just like me (geography speaking), he is the only known Wikimedian in his country. Since we have cultural and situation similarities, we discussed a lot regarding Malay Wikipedia and our plan in giving exposure to our community about Wikimedia. I am looking forward in helping or collaborate with him one day. Daniel from the Wikimedia Community User Group Malaysia helped me a lot in understanding more about the Wikimedia project. Actually, I never personally met him before this conference. I was glad to meet one of the local Wikimedians in my country. I am looking forward to meeting all Malaysian Wikimedians next September. I felt a sense of belongingness in this conference since we all are from a region with similar culture. The people from Taiwan Wikimedia are really friendly especially Liang. My roommate is Reke which is also from Taiwan.

For the future[sunting | sunting sumber]

Since I am on a break from university until September 2018, I would like to hold at least one activity in my region before continuing my studies. My main goal for my region is to have the Kadazandusun Wikipedia resume active in the Incubator and being released. Even though I am not from that particular culture, I plan to recruit some of my school friends who are well-versed with the language. It is kinda weird in Malaysia that we have a lot of language but we only have Malay, Chinese and Tamil language Wikipedias.

If it is destined for me to attend the next ESEAP Conference, I will look forward in meeting you all again as a newly experienced Wikimedian!

ESEAP Conference 2018 group photo, 6 May 2018.jpg
Hope to see you guys again soon!

--Tofeiku (bincang) 15:46, 12 Mei 2018 (UTC)