Pengiktirafan kesatuan sivil di Albania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada masa ini, kesatuan sesama jantina tidak diiktiraf di Albania.

Perdana Menteri Albania Sali Berisha mengumumkan di dalam mesyuarat kabinet pada 29 Julai 2009 bahawa kerajaan akan mengemukan undang-undang yang memperaku perkahwinan sesama jantina. Beliau berkata undang-undang tersebut telah dimasukkan ke parlimen.[1][2][3]

Pada 5 Februari 2010 Parlimen Albania meluluskan undang-undang anti diskriminasi yang mengharamkan sebarang diskriminasi yang menggunakan alasan orientasi seksual.[4][5] Kumpulan hak asasi golongan homoseksual memuji undang-undang baharu tersebut dan mereka mengharapkan Berisha menunaikan janji untuk membenarkan perkahwinan sesama jantina.[6]

Pada tahun 2013, rang undang-undang perkahwinan sesama jantina tidak diperkenalkan oleh kerajaan. Untuk meluluskan perkahwinan sesama jenis ia memerlukan perubahan dalam Kod Keluarga Albania, dan perubahan kod tersebut memerlukan 84 undian dari perwakilan Dewan. Parti pemerintah, Parti Demokratik, bersama dengan sekutu mereka, hanya memperoleh 71 undian semasa penerimaan undang-undang anti diskriminasi. Parti Sosialis yang mempunyai 63 undian pun bertindak memboikot parlimen atas dakwaan penipuan pemilih dalam pilihan raya parlimen 2009.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Albania To Legalize Gay Marriage
  2. ^ Albania 'to approve gay marriage'
  3. ^ Albania Preparing to Legalize Same-Sex Marriage
  4. ^ "No gay marriage for Albania". Pink News. 5 February 2010. Dicapai pada 5 February 2010.
  5. ^ "Albanian Gay Rights Law, Minus Marriage". The Advocate. 5 February 2010. Dicapai pada 5 February 2010.
  6. ^ "Gays content with rights law". The Straits Times. Reuters. 5 February 2010. Dicapai pada 5 February 2010.
  7. ^ Albania passes anti-discrimination law