Penjaga tapak pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Posisi penjaga tapak pertama.

Penjaga tapak pertama, (bahasa Inggeris: first baseman) dipendekkan kepada 1B, ialah pemain bagi sukan besbol atau sofbol yang mengambil posisi di tapak pertama (first base). Pemukul mesti berlari mendapatkan satu daripada empat tapak untuk mendapatkan mata (run). Penjaga tapak pertama bertanggungjawab untuk tiap-tiap permainan di tapak tersebut.

Dikenali juga sebagai first sacker atau cornerman, penjaga tapak pertama kebiasaannya pemain yang tinggi dan melontarkan bola menggunakan tangan kiri di samping memiliki fleksibiliti yang baik dan refleks pantas. Fleksibiliti diperlukan kerana penjaga tapak pertama akan menerima balingan daripada penjaga kawasan dalam (infielder) lain, catcher dan pelempar (pitcher) sekiranya berlaku permainan ground ball. Bagi mematikan pemukul dari pasukan lawan, penjaga tapak pertama mesti dapat menangkap bola sebelum pemukul dapat memijak tapak pertama.

Dewan Kemahsyuran[sunting | sunting sumber]