Pergi ke kandungan

Penjelajahan bulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Modul qamari Apollo 12 bersedia untuk turun ke permukaan Bulan. Gambar NASA.

Penjelajahan Bulan bermula apabila kuar angkasa lepas Luna 2 yang dilancarkan oleh Kesatuan Soviet, menghentam permukaan Bulan pada 14 September 1959. Sebelum itu, manusia cuma dapat 'menjelajah' Bulan melalui pemerhatian. Penciptaan teleskop optik merupakan lompatan pertama dalam kualiti pemerhatian qamari. Galileo Galilei secara umumnya diberi penghargaan sebagai orang pertama menggunakan telskop untuk tujuan astronomi; selepas membina teleskopnya sendiri pada 1609, gunung dan kawah di permukaan qamari merupakan antara pemerhatian awalnya menggunakan teleskop itu.

Pada 1969, Projek Apollo berjaya mendaratkan manusia di permukaan Bulan buat kali pertama. Mereka meninggalkan uji kaji saintifik di sini dan kembali dengan batuan dan data yang menunjukkan bahawa komposisi Bulan ada persamaan dengan Bumi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]