Pensil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan pensel.
Pensil
Pensil.jpg
PengarahM. Subash Abdullah
PenerbitSurenthar
Dibintangi olehM. Subash Abdullah
Ruminah Sidek
Maimon Mutalib
PengedarGrand Brilliance
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Pensil ialah sebuah filem drama kemasyarakatan arahan pengarah baru, M. Subash Abdullah yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 12 Jun 2008. Filem yang dibintangi M. Subash Abdullah, Maimun Mutalib, Ruminah Sidek, Khatijah Tan dan Jalil Hamid ini menunjukkan keperitan hidup golongan kurang upaya.Filem ini merupakan asal daripada filem Tamil berjudul Pensil diarah oleh pengarah yang sama pada tahun 2006 dan merupakan antara filem terbaik Tamil yang dihasilkan di Malaysia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan seorang budak yang cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua. Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya. Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis. Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat di mana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian.

Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid. Junid diasuh dan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat menjadi sahabat baik. Badrul memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid.

Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih saying dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-22:

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik-Ruminah Sidek (pemenang)
  • Anugerah Khas Juri-Mengangkat sifat kemanusiaan & kesedaran masyarakat terhadap orang kurang upaya (pemenang)
  • Filem Terbaik
  • Pengarah Harapan-M Subash Abdullah (pencalonan)
  • Cerita Asal Terbaik-M Subash Abdullah (pencalonan)
  • Lagu Tema Terbaik (pencalonan)
  • Poster Terbaik (pencalonan)
  • Pelakon Harapan Lelaki-M Subash Abdullah (pencalonan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]