Arang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arang kering
Arang menyala

Arang merupakan sisa kehitaman yang terdiri dari karbon tidak tulen yang terhasil dengan penyingkiran air dan bahan mudah terbakar lain dari bahan haiwan dan tumbuhan. Arang biasanya dihasilkan melalui proses pirolisis perlahan, pemanasan kayu, gula, tulang, atau bahan lain tanpa oksigen. Bahan yang terhasil adalah bahan lembut, rapuh, ringan, hitam, poros menyerupai batu arang dan merupakan 85% hingga 98% karbon dengan sisanya terdiri dari bahan kimia mudah terbakar dan abu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Timbunan kayu sebelum ditutup dengan keratan tanah atau pasir, dan dibakar (sekitar 1890)
Relau arang yang ditinggalkan berhampiran Walker, Arizona, USA.
Relau arang batu moden

Dalam sejarah, penghasilan arang batu di kawasan di mana terdapat banyak kayu bermula sejak tempoh silam lagi, dan biasanya dihasilkan dengan menimbun keratan kayu menegak sehingga membentuk timbunan kon, lubang dibiarkan di bawah bagi udara masuk dan lorong tengah sebagai serombong (flue). Keseluruhan timbunan ditutup dengan potongan tanah turf atau tanah liat lembab. Api dinyalakan dibahagian bawah serombong, dan perlahan-lahan merebak ke atas dan sisi. Kejayaan operasi ini bergantung kepada kadar pembakaran. Di bawah keadaan biasa, 100 bahagian kayu menghasilkan sekitar 60 bahagian menurut isipadu, atau 25 bahagian menurut berat arang. Penghasilan kecil-kecilan ditapak seringkali menghasilkan hanya sekitar 50%, skala besar lebih bberkesan dengan 90% walaupun pada abad ketujuhbelas. Operasi ini begitu rumit sehinggakan ia biasanya dibiarkan kepada colliers (pembakar arang profesional).

Mengasap[sunting | sunting sumber]

Sejenis arang khas digunakan bagi mengasap Hookah. Arang menyala diletakkan di atas kerajang, yang diletakkan di atas mangkuk tembakau, dan melalui haba tidak langsung "memasak" tembakau pada suhu yang menghasilkan asap, tetapi tidak membakar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber, rujukan dan pautan luar[sunting | sunting sumber]