Penyaduran elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penyaduran Elektrik merupakan penyaduran nipis satu logam pada permukaan logam yang lain bertujuan untuk melindungi logam tersadur daripada kakisan atau untuk memperbaiki rupa dan nilainya.

Untuk melakukan proses ini, logam yang hendak disadurkan perlu diletakkan di katod yang direndamkan ke dalam elektrolit yang mengandungi ion logam yang akan menyadurnya. Manakala pada anod digunakan elektrod yang lengai, lazimnya platinum.

Mutu penyaduran yang baik selalunya bergantung kepada pengawalan pengaliran arus yang kecil dan perkadaran masa yang sesuai.