Garam (kimia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai istilah yang digunakan dalam kimia. Untuk kimia garam biasa, sila lihat natrium klorida.
Garam biru kuprum(II) sulfat dalam bentuk mineral kalkantait.

Dalam kimia, garam adalah sebatian ion yang terbentuk hasil daripada proses peneutralan satu asid dan bes. Ia terdiri daripada kation (ion bercas positif) dan anion (ion bercas negatif) yang sama banyaknya dan ini menyebabkan sebatian ini bercas neutral. Bahagian-bahagian ion ini boleh jadi tidak organik seperti klorida (Cl-) atau organik seperti asetat (C2H3O2-), dan ion monoatom seperti florida (F-) dan ion poliatom seperti sulfat (SO42-).

Ada beberapa jenis garam. Garam yang menghidrolis untuk membentuk ion hidroksida apabila dilarutkan dalam air dikenali sebagai garam bes dan garam yang menghidrolis untuk membentuk ion hidronium di dalam air adalah garam asid. Garam neutral adalah garam yang bukan garam asid dan bukan juga garam bes. Zwitterion mengandungi pusat anion dan kation di dalam molekul yang sama tetapi tidak dianggap sebagai garam. Contohnya, asid amino, pelbagai jenis metabolit, peptida dan protin.

Garam lebur dan larutan yang mengandungi garam terlarut (misalnya, sodium klorida dalam air) dipanggil elektrolit kerana ia boleh mengalirkan elektrik. Seperti yang diperhatikan di dalam sitoplasma sel, di dalam darah, urin, sap tumbuhan dan air mineral, gabungan pelbagai jenis ion di dalam satu larutan biasanya tidak membentuk satu jenis garam tertentu selepas penyejatan air. Oleh itu, kandungan garamnya dinyatakan mengikut ion.

Garam wujud secara semula jadi di sekeliling kita. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh garam mineral yang wujud secara semula jadi :

Garam Formula Sebatian Nama biasa
Natrium klorida NaCl Garam biasa
Kalsium karbonat CaCO3 Batu kapur/Marmar
Plumbum (II) sulfida PbS Galena
Kuprum (II) karbonat CuCO3 Malakit
Ferum (II) sulfida FeS Besi pirit
Magnesium karbonat MgCO3 Magnetit/Dolomit

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Bidang Kegunaan
Pertanian
  • Ammonium fosfat,(NH4)3PO4, digunakan sebagai baja.
  • Kuprum (II) sulfat, CuSO4 dan Ferum (II) sulfat, FeSO4, digunakan sebagai pestisid untuk membunuh perosak.
Perindustrian
  • Argentum bromida, AgBr, digunakan untuk membuat filem dan kertas fotografi.
Perubatan
  • Kalsium sulfat, CaSO4, digunakan sebagai plaster untuk menyokong tulang patah.
  • Kalium manganat (VII), KMnO4 digunakan sebagai antiseptik pada bahagian badan yang luka.
  • Barium sulfat, BaSO4, diambil oleh pesakit yang akan diberi sinar-X pada bahagian tertentu badan.
Makanan
  • Natrium bikarbonat (natrium hidrogen karbonat), NaHCO3, digunakan untuk menaikkan adunan roti dan kek.
  • Mononatrium glutamat (MSG) digunakan sebagai perisa makanan.
  • Natrium klorida, NaCl dan Natrium nitrit, NaNO2, digunakan untuk mengawet makanan seperti ikan dan udang.
  • Sos cili dan sos tomato mengandungi Natrium benzoat, C6H5COONa, sebagai pengawet.

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Analisis Kualitatif Garam[sunting | sunting sumber]