Penyakit Marek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penyakit Marek
Pengelasan virus
Group: Kumpulan I (dsDNA)
Order: Herpesvirales
Keluarga: Herpesviridae
Subkeluarga: Alphaherpesvirinae
Genus: Mardivirus
Spesies: Gallid herpesvirus 2 (GaHV-2)

Penyakit Marek merupakan penyakit neoplastik virus yang amat berjangkit kepada ayam. Ia dinamakan sempena seorang veterinarian berbangsa Hungary bernama József Marek. Ada kalanya tersalah diagnosis sebagai patologi abtisu, ia berpunca daripada sejenis alfaherpesvirus yang digelar 'virus penyakit Marek' (Marek's disease virus, MDV) atau Gallid herpesvirus 2 (GaHV-2). Penyakit ini bercirikan kehadiran limfoma sel T dan juga serangan limfosit terhadap saraf dan organ.[1] Virus-virus yang berkaitan dengan MDV mungkin kelihatan benigna (tidak berbahaya) dan boleh digunakan sebagai strain vaksin untuk mencegah penyakit Marek. Contohnya, herpesvirus ayam belanda (HVT) tidak menyebabkan penyakit ketara dalam ayam belanda dan masih digunakan sebagai strain vaksin untuk mencegah penyakit Marek. Unggas yang dijangkiti GaHV-2 boleh membawa dan menyebarkan virus tersebut sepanjang hayat. ANak ayam baru menetas dilindungi oleh antibodi maternal selama beberapa minggu. Sebaik dijangkiti, lesi-lesi halus hadir setelah satu ke dua minggu, dan lesi-lesi ketara pula keluar setelah tiga ke empat minggu. Virusnya tersebar dari epidemis dari folikel bulu lalu disedut masuk dalam pernafasan.[2]

Gejala[sunting | sunting sumber]

Kiri: mata ayam normal. Kanan: mata ayam dengan penyakit Marek

Diketahui terdapat enam jenis gejala yang didatangkan oleh penyakit Marek.

  • Penyakit Marek klasik atau neurolimfomatosis menyebabkan paralisis asimetrik (kelumpuhan tidak sekata) pada paha atau kepak. Melibatkan saraf vagus, mungkin menyebabkan sesak nafas atau tembolok kembang. Selain daripada lesi di saraf periferi, sering terjadi tumor atau infiltrasi limfoma dalam kulit, otot rangka, dan organ-organ visera. Organ-organ yang sering terjejas termasuk ovari, limpa, hati, ginjal, paru-paru, jantung, proventrikulus dan adrenal.
  • Penyakit Marek akut merupakan wabak yang berlaku dalam kawanan ayam yang tidak pernah dijangkiti atau divaksinkan sebelumnya, menyebabkan kemurungan, paralisis, dan kematian berbanyak-banyak (sebanyak 80% kawanan). Juga diperhatikan infiltrasi ke dalam pelbagai organ atau tisu.
  • Limfomatosis mata menyebabkan infiltrasi limfosit terhadap iris (menyebabkan warna iris bertukar kelabu), anak mata tidak sekata, dan kehilangan deria penglihatan.
  • Penyakit Marek jangkitan kulit menyebabkan lesi yang bundar dan pejal pada folikel bulu.[3]
  • Aterosklerosis (pengecilan saluran arteri disebabkan pembentukan plak) terjadi dalam ayam yang dijangkiti untuk tujuan eksperimen.[4]
  • Penindasan sistem imun merupakan penjejasan limfosit T yang menghalang tindak balas imun yang berkesan terhadap ancaman patogen, menyebabkan pesakit lebih terdedah kepada gejala seperti koksidosis dan jangkitan Escherichia coli.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hirai, K, ed. (2001). Current Topics in Microbiology and Immunology: Marek's Disease (Current Topics in Microbiology and Immunology). Springer: Berlin. ISBN 3-540-67798-4. 
  2. ^ Fenner, Frank J.; Gibbs, E. Paul J.; Murphy, Frederick A.; Rott, Rudolph; Studdert, Michael J.; White, David O. (1993). Veterinary Virology (2nd ed.). Academic Press, Inc. ISBN 0-12-253056-X. 
  3. ^ Fenner, Frank J.; Gibbs, E. Paul J.; Murphy, Frederick A.; Rott, Rudolph; Studdert, Michael J.; White, David O. (1993). Veterinary Virology (2nd ed.). Academic Press, Inc. ISBN 0-12-253056-X. 
  4. ^ Fabricant CG, Fabricant J (November 1999). "Atherosclerosis induced by infection with Marek's disease herpesvirus in chickens". Am. Heart J. 138 (5 Pt 2): S465–8. PMID 10539849. doi:10.1016/S0002-8703(99)70276-0. 
  5. ^ Islam AFMF; Wong CW; Walden-Brown SW; Colditz IG; Arzey KE; Groves PJ. "Immunosuppressive effects of Marek's disease virus (MDV) and herpesvirus of turkeys (HVT) in broiler chickens and the protective effect of HVT vaccination against MDV challenge". Avian Pathology. 31: 449–461.