Penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin ialah penyakit berjangkit yang memiliki vaksin pencegahan bermesan. Jika seseorang diserang penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin dan meninggal akibatnya, kematian itu dianggap sebagai kematian yang boleh dicegah dengan vaksin.

Penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin paling umum dan serius yang dicatat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah: difteria, jangkitan serotaip b Haemophilus influenzae, hepatitis B, penyakit campak, meningitis, beguk, pertusis, poliomielitis, rubela, tetanus, tuberkulosis, dan demam kuning.[1] WHO melaporkan vaksin-vaksin berlesen tersedia untuk mencegah, atau menyumbang untuk pencegahan dan pengendalian 27 jangkitan yang boleh dicegah dengan vaksin.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "WHO | Vaccine-preventable diseases".
  2. ^ World Health Organization, Global Vaccine Action Plan 2011-2020. Geneva, 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]