Penyerapan (kimia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Penjerapan.
Penyerap makmal. 1a): salur masuk CO2; 1b): salur masuk H2O; 2): salur keluar; 3): turus penyerapan; 4): pemadatan.

Dalam kimia, penyerapan ialah fenomena fizik atau kimia atau proses yang dalamnya atom, molekul, atau ion memasuki sebarang fasa pukal – bahan gas, cecair atau pepejal. Ini merupakan proses berbeza daripada penjerapan, oleh sebab molekul-molekul yang melalui penyerapan diambil kira dengan isi padu, bukan dengan permukaan (seperti yang dalam penjerapan). Istilah lebih am ialah sorpsi, yang meliputi penyerapan, penjerapan, dan pertukaran ion. Penyerapan ialah keadaan yang dalamnya sesuatu menggantikan suatu bahan lain.[1]

Dalam banyak proses yang penting dalam teknologi, penyerapan kimia digunakan bagi menggantikan proses fizik, contohnya, penyerapan karbon dioksida oleh natriUm hidroksida – proses-proses asid-bes sedemikian tidak mengikuti hukum sekatan Nernst.

Untuk sesetengah contoh bagi kesan ini, lihat penyarian cecair-cecair. Penyarian daripada satu fasa cecair kepada satu lagi zat terlarut adalah mungkin tanpa tindak balas kimia. Contoh bagi zat-zat terlarut demikian ialah gas adi dan osmium tetroksida.[1]

Proses penyerapan bererti bahawa sesuatu bahan menangkap dan mentransformasikan tenaga. Zat penyerap mengagihkan bahan yang ditangkap olehnya secara menyeluruh dan zat penjerap hanya mengagihkannya melalui permukaan. Warna kemerah-merahan tembaga ialah satu contoh bagi proses ini oleh sebab ia disebabkan oleh penyerapan cahaya biru.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b McMurry, John (2003). Fundamentals of Organic Chemistry (edisi ke-5). Agnus McDonald. m/s. 409. ISBN 0-534-39573-2. 
  2. ^ Senese, F. (1997-2010) General Chemistry Online. Diperoleh pada 1 Disember 2012 daripada http://antoine.frostburg.edu/chem/senese/101/glossary/a.shtml