Penyesuaian klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah patung Ivan Pavlov dan salah seekor daripada anjingnya.

Penyesuaian atau pelaziman klasik (juga pelaziman Pavlov atau pelaziman responden) merupakan kaedah pembelajaran yang berlaku apabila suatu “rangsangan terlazim” (RL) digandingkan dengan suatu “rangsangan tak terlazim” (RXL) yang menyebabkan suatu organisma untuk memperlihatkan "gerak balas tak terlazim" (GBXL) yang automatik terhadap RXL. Setelah diulangi pelaziman ini (sedikit pembelajaran mungkin sudah berlaku selepas hanya satu gandingan), organisma itu memperlihatkan GBXL sebagai gerak balas terhadap RL apabila disampaikan secara bersendirian. Pada ketika ini, GBXL itu menjadi "gerak balas terlazim" (GBL) terhadap RL. Biasanya, RL merupakan ransangan neutral (cth. nada garpu tala), RXL itu manjur (cth. makanan yang kelihatan) dan GBXL kepada RXL (yang menjadi GBL kepada RL) merupakan gerak balas refleks (cth. pengecuran air liur). GBL inilah gerak balas yang dipelajari terhadap RL yang dahulunya neutral.[1]

Pelaziman klasik berbeza dengan penyesuaian operan atau instrumental iaitu yang mana suatu kelakuan yang disampaikan oleh organsima sebagai gerak balas terhadap sesebahagian persekitaran (cth. tuil dalam kotak Skinner) dikuatkan atau dilemahkan mengikut natijahnya (iaitu ganjaran atau hukuman).[2]

Terdapat banyak contoh gerak balas tak terlazim (refleks kornea, batuk, telan, undur dsb.) ataupun yang terpelajar (terlazim).[3]:p. 82

"Dalam mana-mana haiwan, tanpa mengira sejarah terdahulunya, ransangan yang menyakiti kaki menyebabkan kaki itu diundurkan dengan melenturkan semua sendinya. Refleks fleksor ini adalah satu contoh refleks tak terlazim, iaitu gerak balas yang sejadi berasaskan persambungan tetap dalam rantaian neuron dari reseptor (penderia) ke efektor. Yang masih lebih dipentingkan dalam kehidupan seharian adalah rekleks perolehan atau terlazim, yang mana hubung kait fungsi antara penderia yang dirangsang dan pola kegiatan dalam organ efektor dimantapkan menerusi proses pembelajaran."[4]:p. 155

Untuk menjalankan pelaziman, penguji kaji mesti menggandingkan dua rangsangan, seperti dalam ujikaji-ujikaji klasik Pavlov.[5] Mula-mula, Pavlov memerhati lalu bermula mencatatkan semua rangsangan luaran yang kena pada seseekor haiwan pada ketika tindak balas refleksnya menjadi, tetapi sambil mencatatkan segala perubahan dalam tindak balas haiwan itu. Pada mulanya satu-satunya tindak balas adalah refleks kecuran air liur. Apabila penguji kaji meletakkan makanan ke dalam mulut seekor anjing, maka anjing itu mengecurkan air liur. Selepasseketika mengulang-ulang tindakan yang sama, haiwan itu akan mengecurkan air liur sebelum menerima makanan. Dengan memerhatikan rangsangan luar yang kena pada haiwan itu, Pavlov dapat melihat apa yang mencetuskan rembesan tersebut. Dalam uji kaji itu, ransangan tak terlazimnya adalah makanan anjing, kerana ia menimbulkan gerak balas takterlazim, iaitu pengecuran air liur. Rangsangan terlazimnya adalah bunyi dentingan loceng yang menimbulkan pengecuran air liur oleh si anjing sebagai gerak balas terlazim.

Tidak seperti gerak balas tak terlazim, jenis refleks yang kedua ini tidak terdapat ketika kelahiran. Refleks ini mesti diperoleh menerusi pengalaman, malah agak kurang berkekalan. Gerak balas terlazim biasanya agak berbeza dengan gerak belas tak terlazim. Umumnya, ahli-ahli teori pembelajaran mengusulkan bahawa RL timbul untuk mengisyaratkan atau meramal RXL. Dalam hal anjing mengecurkan air liur dalam uji kaji Pavlov, nama loceng menandakan dan menduga kedatangan makanan anjing, maka menyebabkan anjing mengecurkan air liur.[6] Robert A. Rescorla menyediakan ringkasan yang jelas mengenai perubahan dalam pemikiran ini dan kesan-kesannya dalam rencananya "Pavlovian conditioning: It's not what you think it is" (Pelaziman Pavlov: Tidak seperti yang anda sangka)pada tahun 1988.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota
  1. Cherry, Kendra. "What Is a Conditioned Response?". About.com Guide. About.com. http://psychology.about.com/od/cindex/g/condresp.htm. Capaian 2013-02-10. 
  2. Bouton, M. E. (2007) Learning and Behavior: A Contemporary Synthesis, Sunderland, MA: Sinauer
  3. Schmidt, Robert F.; Weisendanger, Mario (1989). "Motor Systems". In Schmidt, Robert F.; Thews, Gerhard. Human Physiology. Translated by Marguerite A. Biederman-Thorson (edisi Second, completely revised). Berlin etc.: Springer-Verlag. ISBN 3-540-19432-0. 
  4. Schmidt, R. F. (1989). "Behavior Memory (Learning by Conditioning)". In Schmidt, Robert F.; Thews, Gerhard. Human Physiology. Translated by Marguerite A. Biederman-Thorson (edisi Second, completely revised). Berlin etc.: Springer-Verlag. ISBN 3-540-19432-0. 
  5. Pavlov, I. P. (1927/1960). Conditional Reflexes. New York: Dover Publications (the 1960 edition is not an unaltered republication of the 1927 translation by Oxford University Press http://psychclassics.yorku.ca/Pavlov/).
  6. Shettleworth, Sara J.(2010) ‘’Cognition, Evolution, and Behavior (2nd edn)’’ Oxford Univ. Press
  7. Rescorla, Robert A. (1988) American Psychologist, 43, 151-160.
Bacaan lanjut

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.