Perairan wilayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perairan wilayah (Bahasa Inggeris: territorial waters), seperti yang ditakrifkan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut tahun 1982[1] ialah suatu belt perairan pantai yang menjangkau sejauh 12 batu nautika (22.2 kilometer) dari garis pangkal (biasanya aras surut air purata) sesebuah negara yang mempunyai pantai. Perairan ini dianggap sebagai suatu kawasan berdaulat sesebuah negara, sungguhpun kapal-kapal (awam) asing dibenarkan melaluinya dalam suatu laluan ikhlas (innocent passage), atau laluan transit ke sesebuah selat; kedaulatan ini turut merangkumi ruang udara di atasnya sera dasar lautnya. Pengolahan terhadap sempadan-sempadan ini dalam konteks undang-undang antarabangsa dijenali sebagai pembatasan maritim (maritime delimitation).

Istilah ini juga digunakan secara informalnya untuk merujuk kepada sebarang kawasan berair yang tertakluk kepada bidang kuasa sesebuah negara termasuk perairan dalaman, zon berdampingan, zon ekonomi eksklusif dan barangkali juga pentas benua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]