Perang Transfermium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perang Transfermium ialah nama yang diberikan oleh sesetengah ahli kimia nuklear kepada kontroversi utama yang melibatkan penamaan unsur kimia 104 hingga 106.[1][2] Nama ini diberikan kerana ia berkenaan unsur-unsur selepas fermium (unsur 100) dalam jadual berkala.

Kontroversi ini tercetus kerana pertikaian antara saintis Amerika dan saintis Soviet berkenaan pihak mana yang mengasingkan unsur-unsur ini dahulu. Resolusi akhir bagi kontroversi ini pada tahun 1997 juga menetapkan nama-nama unsur 107 hingga 109.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menurut adat kebiasaan, hak penamaan bagi unsur kimia yang baru ditemui diberikan kepada penemu unsur tersebut. Namun, bagi unsur 104, 105 dan 106, terdapat satu kontroversi antara sebuah makmal Kesatuan Soviet dan makmal Amerika berkenaan pihak mana yang telah menemui unsur-unsur tersebut dahulu. Kedua-dua belah pihak mencadangkan nama-nama mereka sendiri bagi unsur 104 dan 105 dan tidak mengiktiraf nama pihak lain.

Nama Amerika untuk unsur 106, seaborgium juga dibangkang oleh sesetengah pihak kerana ia merujuk kepada saintis Amerika Glenn T. Seaborg yang masih hidup ketika nama ini dicadangkan.[3] (Einsteinium dan fermium juga dicadangkan sebagai nama unsur-unsur baru ketika Einstein dan Fermi masih hidup, tetapi nama-nama ini hanya didedahkan kepada umum setelah kematian mereka kerana kerahsiaan sewaktu Perang Dingin.)

Kesatuan Soviet Rusia mahu menamakan unsur 104 sempena Igor Kurchatov, bapa bom atom Soviet, dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa nama ini tidak diterima oleh pihak Amerika.

Penentang[sunting | sunting sumber]

Dua kumpulan utama yang terlibat dalam konflik penamaan unsur ini ialah:

dan, sebagai penentu:

  • Suruhanjaya Tatanama Kimia Tak Organik IUPAC yang mengusulkan cadangan mereka sendiri kepada Perhimpunan Agung IUPAC.

Kumpulan Jerman di Gesselschaft für Schwerionenforschung (GSI) di Darmstadt, yang telah (tanpa pertikaian) menemui unsur 107 hingga 109, telah dibawa ke dalam kancah kontroversi ini apabila Suruhanjaya telah mencadangkan nama "hahnium" yang pada asalnya dicadangkan untuk unsur 105 oleh kumpulan Amerika digunakan untuk unsur 108 yang GSI telah temui.

Nama-nama pilihan
Kumpulan Nombor atom Nama Eponim
Amerika 104 rutherfordium Ernest Rutherford
105 hahnium Otto Hahn
106 seaborgium Glenn T. Seaborg
Rusia 104 kurchatovium Igor Kurchatov
105 nielsbohrium Niels Bohr

Cadangan[sunting | sunting sumber]

Darmstadt[sunting | sunting sumber]

Nama-nama yang dicadangkan untuk unsur 107 hingga 109 oleh kumpulan Jerman ialah:[4]

Nombor atom Nama Eponim
107 nielsbohrium Niels Bohr
108 hassium Hesse, Jerman
109 meitnerium Lise Meitner

IUPAC[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Suruhanjaya Tatanama Kimia Tak Organik IUPAC telah mencadangkan nama-nama berikut:

Nombor atom Nama Eponim
104 dubnium Dubna, Rusia
105 joliotium Frédéric Joliot-Curie
106 rutherfordium Ernest Rutherford
107 bohrium Niels Bohr
108 hahnium Otto Hahn
109 meitnerium Lise Meitner

Cadangan ini telah mencuba untuk meleraikan pertikaian dengan berkongsi nama unsur-unsur yang dipertikaikan antara Rusia dan Amerika, menggantikan nama unsur 104 dengan nama yang menghargai pusat kajian Dubna, dan tidak menamakan unsur 106 bersempena Seaborg.

Bantahan terhadap cadangan IUPAC 1994[sunting | sunting sumber]

Penyelesaian ini mencetus bantahan daripada Persatuan Kimia Amerika (ACS) dengan alasan hak kumpulan Amerika untuk menamakan unsur 106 tidak dipertimbangkan dan kumpulan tersebut sepatutnya mendapat hak untuk menamakan unsur itu dengan nama pilihan mereka sendiri. Sebenarnya IUPAC memutuskan bahawa penghargaan bagi penemuan unsur 106 sepatutnya dikongsi antara Berkeley dan Dubna, tetapi kumpulan Dubna belum mengusulkan nama mereka sendiri.

Berkaitan dengan yang di atas, kumpulan Jerman membangkang cadangan IUPAC menamakan unsur 108 sebagai "hahnium" berdasarkan cadangan pihak Amerika dan membangkitkan semula adat kebiasaan hak penamaan unsur oleh penemu unsur tersebut.[5]

Tambahan lagi, oleh sebab banyak buku Amerika telah menggunakan nama rutherfordium dan hahnium bagi unsur 104 dan 105, ACS membantah penggunaan nama-nama ini untuk unsur-unsur lain.

Penyelesaian (IUPAC 1997)[sunting | sunting sumber]

Akhirnya, pada 1997, nama-nama berikut telah dipersetujui pada Perhimpunan Agung IUPAC ke-39 di Geneva, Switzerland.

104 - rutherfordium
105 - dubnium
106 - seaborgium
107 - bohrium
108 - hassium
109 - meitnerium

Oleh itu, adat kebiasaan membenarkan penemu unsur menamakan unsur yang ditemui dikekalkan bagi unsur 106 hingga 109,[6] dan dua dakwaan yang dipertikaikan "dikongsi" antara dua belah pihak.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan pelbagai cadangan dan keputusan akhir:

Nombor
atom
Sistematik Amerika Rusia German IUPAC 94 Nama akhir
(IUPAC 97)
104 unnilquadium rutherfordium kurchatovium dubnium rutherfordium
105 unnilpentium hahnium neilsbohrium joliotium dubnium
106 unnilhexium seaborgium rutherfordium seaborgium
107 unnilseptium neilsbohrium bohrium bohrium
108 unniloctium hassium hahnium hassium
109 unnilennium meitnerium meitnerium meitnerium

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Transfermium Wars". Bulletin of the Atomic Scientists. 51 (1): 5. 1995. ISSN 0096-3402.
  2. ^ Fox, Stuart (2009-06-29). "What's It Like to Name An Element on the Periodic Table?". Popular Science.
  3. ^ Seaborg telah memberi komen secara sinis dalam satu perbualan pada tahun 1995 bahawa "Ada sedikit keberatan di sebelah pihak Suruhanjaya bagi Tatanama Kimia Tak Organik Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa untuk menerima nama tersebut kerana saya masih hidup dan mereka boleh buktikan, katanya." (An Early History of LBNL oleh Dr. Glenn T. Seaborg [1] Diarkibkan 2004-10-21 di Wayback Machine)
  4. ^ [2] IUPAC verabschiedet Namen für schwere Elemente
  5. ^ http://www.gsi.de/documents/DOC-2003-Jun-35-5.pdf (dalam bahasa Jerman).
  6. ^ Kecuali penukaran daripada Nielsbohrium ke Bohrium, selari dengan adat kebiasaan unsur dinamakan bersempena nama keluarga saintis sahaja.