Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat digunakan oleh Dewan Rakyat iaitu dewan rendah bagi Parlimen Malaysia sebagai panduan penting dalam mengendalikan perbahasan, proses meluluskan undang-undang, pertanyaan dan hak ahli majlis mesyuarat. Penentuan dan tindak-tanduk sesebuah parlimen juga berpaut pada isi kandungan peraturan mesyuarat. Walau bagaimanapun, mempunyai peraturan mesyuarat tidak memadai untuk mengukur sesuatu kesempurnaan parlimen yang demokratik, tetapi isi kandungannya memainkan faktor penting untuk mempraktikkan kuasa bagi menyemak dan mengimbangi pihak eksekutif kerajaan. Oleh itu, isi kandungan peraturan mesyuarat mengawal setiap perjalanan parlimen. Sekiranya peraturan tersebut lemah, maka fungsi parlimen itu sendiri tidak berfungsi secara demokratik. Kerajaan telah berjaya mengawal fungsi dan perjalanan Dewan Rakyat dengan mengubah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dari masa ke semasa. Namun, reformasi parlimen di Malaysia masih kurang membincangkan peraturan mesyuarat yang merupakan manual penting dalam menentukan proses dan perjalanan parlimen. Oleh itu, usaha dalam meneliti dan meminda Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat penting dalam merealisasikan agenda reformasi parlimen secara komprehensif.

Isu Peraturan Majlis Mesyuarat:

  1. Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) Mengikut Kementerian / Portfolio Menteri Kabinet
    1. Jawatankuasa Pilihan Mengikut Kementerian / Portfolio Menteri Kabinet diwujudkan bagi membolehkan pelbagai "stakeholders" seperti pegawai kerajaan, golongan profesional, pakar penyelidik, kumpulan pendesak, wakil masyarakat dan ahli parlimen duduk semeja bermesyuarat dan berbahas dalam jawatankuasa mengikut kementerian membincangkan dasar kerajaan atau undang-undang secara terperinci.
  2. Rang Undang-undang Ahli Persendirian
    1. Parlimen memperuntukkan bilangan hari spesifik untuk memberi peluang kepada ahli parlimen "backbencher" dan pembangkang mengemukakan usul Rang Undang-undang Ahli Persendirian.
  3. Soal Jawab dan Pertanyaan
    1. Peraturan mesyuarat tidak mempunyai syarat-syarat spesifik mengenai pertanyaan.
    2. Ahli parlimen yang membuat pertanyaan boleh menetapkan tarikh dan masa untuk menteri menjawab soalan tersebut di kertas yang dihantar kepada speaker.
  4. Pengiktirafan kepada pihak "backbencher" dan pembangkang
    1. Parlimen memberi hak kepada "backbencher" dan pembangkang untuk menentukan agenda dan isu yang ingin dibangkitkan di dalam Parlimen dengan memperuntukkan bilangan hari spesifik kepada "backbencher" dan pembangkang.
  5. Mengesan Kelemahan Peraturan Mesyuarat dalam Proses Meluluskan Rang Undang-undang
    1. Rang Undang-Undang tidak seharusnya dipersetujukan dan diluluskan dalam jumlah yang banyak dalam sehari (Rubber Stamp).
  6. Akta Perkhidmatan Parlimen
    1. Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dimansuhkan oleh kerajaan sewaktu pentadbiran Dr. Mahathir pada tahun 1992 hendaklah dihidupkan semula dan diperbaharui selaras dengan kehendak serta keperluan semasa.
  7. Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia
    1. Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaiktaraf setaraf atau sedarjat seperti bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya (eksekutif) dan Istana Kehakiman (judisiari).
  8. Bilangan penyelidik
    1. Bilangan penyelidik bagi Ahli Parlimen perlulah ditambah supaya undang-undang dapat dikaji dan diselidik secara cekap dan berkesan, tanpa mengharapkan Jabatan Peguam Negara semata-mata.
  9. Peruntukan kewangan di bawah Jawatankuasa Dewan
    1. Peruntukan kewangan seharusnya diletakkan di bawah Jawatankuasa Dewan berbanding sekarang ini yang berada di bawah seliaan Kementerian Kewangan. Jawatankuasa Dewan dapat merancang perbelanjaan secara berkesan untuk menaiktaraf Parlimen.
  10. Bilangan hari persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negaa
    1. Bilangan hari seharusnya ditambah kepada lebih 100 hari setahun supaya lebih banyak usul dapat dibawa dan dibahas di Parlimen dan dapat menyempurnakan agenda perjalanan mesyuarat secara berkesan.

Peraturan Mesyuarat[sunting | sunting sumber]

(Angka-angka itu menunjukkan bilangan Peraturan Mesyuarat yang disusun mengikut susunan menaik)

Urusan Mesyuarat[sunting | sunting sumber]

1. Peraturan Mesyuarat-mesyuarat Pertama selepas Pilihan raya

2. Menetapkan Kerusi Ahli-ahli

3. Memilih Tuan Yang di-Pertua

4. Aturan Memilih Tuan Yang di-Pertua

4A. Ketua Majlis Mesyuarat dan Ketua Pembangkang

5. Mengangkat Sumpah

6. Memilih Timbalan Yang di-Pertua

7. Tuan Yang di-Pertua

8. Bahasa Rasmi

9. Kewajipan-kewajipan Setiausaha

10. Penyata-penyata Rasmi Mesyuarat

11. Penggal Majlis dan Mesyuarat-mesyuarat

12. Persidangan

13. Cukupbilang

14. Aturan Urusan Mesyuarat

15. Susunan Urusan Mesyuarat

16. Menangguhkan Majlis

17. Usul Menangguhkan Mesyuarat Akhir Persidangan

18. Menangguhkan Mesyuarat—Perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan

19. Rayuan-rayuan

20. Risalat-risalat Mesyuarat

21. Pertanyaan-pertanyaan

22. Pemberitahu berkenaan dengan Pertanyaan-pertanyaan

23. Isi-isi pertanyaan

24. Cara mengeluarkan pertanyaan dan menjawab pertanyaan

25. Penerangan sendiri

26. Pemberitahu Usul

27. Cara-cara mengeluarkan pemberitahu

28. Mengubah isi-isi sesuatu usul

29. Menarik balik pemberitahu usul

30. Meminda usul-usul

31. Menyokong usul-usul dan pindaan-pindaan

32. Pindaan-pindaan usul hendaklah dengan surat

33. Cara membahaskan usul dan pindaan usul

34. Menarik balik usul-usul dan pindaan-pindaan

Peraturan-peraturan Berbahas[sunting | sunting sumber]

35. Masa dan cara bercakap

36. Isi-isi ucapan

37. Mengganggu

38. Had Perbahasan

39. Mendahului perbahasan

40. Menutup perbahasan

41. Adab Ahli-ahli yang tidak bercakap

42. Mesyuarat hendaklah diam bila Pengerusi bercakap

43. Keputusan Pengerusi adalah muktamad

44. Tertib dalam Mesyuarat

45. Memutuskan masalah-masalah

46. Undi dengan suara

47. Belahbahagian

48. Peraturan berkenaan dengan Rang Undang-undang

49. Rang Undang-undang daripada ahli yang bukan ahli Kerajaan

50. Rang Undang-undang Private dan Rang Undang-undang Campuran

51. Susunan isi Rang Undang-undang

52. Pihak-pihak yang dikenai oleh Rang Undang-undang

53. Bacaan kali yang kedua

54. Menyerahkan Rang Undang-undang kepada Jawatankuasa

55. Tugas-tugas Jawatankuasa yang menimbangkan Rang Undang-undang

56. Jawatankuasa sebuah-buah Majlis

57. Aturan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis yang menimbangkan Rang Undang-undang

58. Aturan dalam Jawatankuasa Pilihan yang menimbangkan Rang Undang-undang

59. Menyerahkan sekali lagi Rang Undang-undang yang telah dimaklumkan oleh Jawatankuasa sebuah-buah Majlis

60. Perbincangan atas Rang Undang-undang yang dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pilihan

61. Bacaan kali yang ketiga

62. Menarikbalik dan menangguhkan Rang Undang-undang

63. Rang Undang-undang yang mengandungi syarat-syarat yang hampir-hampir sama maksudnya

63A. (Rang Undang-undang akan mati: Dibatalkan)

63B. Rang Undang-undang tidak terluput

64. Melonggarkan syarat-syarat berkehendakkan Rang Undang-undang itu dicap

65. Anggaran-anggaran Perbelanjaan Tahunan

65A. Anggaran Pembangunan Tambahan

66. Peraturan Membahas Rang Undang-undang Perbekalan dan Menimbangkan Anggaran-anggaran Pembangunan Tahunan

66A. Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan

67. Peraturan Membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan dan Menimbangkan Anggaran-anggaran Pembangunan Tambahan

67A. (Setiausaha Parlimen boleh mewakili Menteri: Dibatalkan)

67B. Peraturan menimbangkan Anggaran-anggaran Pembangunan Tambahan tanpa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan

68. Kumpulan Wang Luar-jangka

68A. Mendahulukan Perbelanjaan

68B. Ketetapan untuk meluluskan perbelanjaan yang ditunjukkan dalam penyata sementara

69. Menghantar Rang Undang-undang Wang kepada Dewan Negara

70. Perutusan-perutusan kepada Dewan Negara

71. Perutusan-perutusan daripada Dewan Negara

72. Bacaan kali yang pertama Rang Undang-undang yang dibawa daripada Dewan Negara

73. Menimbangkan Pindaan-pindaan yang dibuat oleh Dewan Negara ke atas Rang Undang-undang dan lain-lainnya

74. Aturan menimbangkan pindaan Dewan Negara ke atas Rang Undang-undang, Pindaan-pindaan dan lain-lainnya

75. Aturan menimbangkan Rang Undang-undang dalam peringkat-peringkatnya kemudian

Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan[sunting | sunting sumber]

76. Jawatankuasa Pemilih

77. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

78. Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat

79. Jawatankuasa Dewan

80. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

80A. Kuasa Majlis untuk menghukum kerana menghina Majlis

81. Jawatankuasa Pilihan Khas

82. Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan

83. Aturan dalam Jawatankuasa Pilihan

84. Belahbahagian dalam Jawatankuasa Pilihan

85. Menyiarkan keterangan sebelum masanya

86. Penyata-penyata daripada Jawatankuasa Pilihan

87. Rundingan Bersama di antara Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dengan Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara

88. Aturan Jawatankuasa Pilihan Bersama dan Penyata-penyatanya

88A. Perlantikan mana-mana Jawatankuasa selain daripada Jawatankuasa Pilihan

89. Rang Undang-undang dan Pindaan-pindaan yang mengenai cukai, perbelanjaan dan sebagainya

90. Merentikan kuat kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat

91. Ahli-ahli yang tidak dapat hadir

92. Memakai Ahli sebagai Profesional

93. Orang-orang luar

94. Wakil-wakil akhbar

95. Ayat mengundang-undangkan Rang Undang-undang

95A. Mengeluarkan Rang Undang-undang atau Risalat yang diembargo sebelum tarikh yang dinyatakan adalah perbuatan menghina

96. Mengeluarkan Rang Undang-undang dan pembetulan-pembetulan oleh Setiausaha

97. Belanja Saksi-saksi

98. Tafsir

99. Petua-petua Tuan Yang di-Pertua

99A. Kegagalan mematuhi Peraturan-peraturan Mesyuarat tidak membatalkan perjalanan mesyuarat atau keputusan

100. Kuasa-kuasa dalam perkara-perkara lain

Doa[sunting | sunting sumber]

Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm.

Segala puji bagi Allah dibuka Majlis Dewan Rakyat, dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, kepadaNya terpulang segala puji-pujian, kepada Rasul-RasulNya selawat salam kehormatan, kepada sekalian orang yang taatkan Allah.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Pemerintah dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk negara Malaysia.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Rakyat, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negara Malaysia, bagi rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu hidayatMu dipohon menyuluh memandukan, pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran Allah, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan, bagi negara Malaysia, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Tuhan seru alam sekalian.

Fahrasat[sunting | sunting sumber]

(Angka-angka itu menunjukkan bilangan Peraturan Mesyuarat)

A[sunting | sunting sumber]

Ahli-Ahli
Apabila tiada dapat hadir, 91
Ditegur oleh Pengerusi, 42
Disebutkan nama oleh Pengerusi, 44(2), (3), (4)
Digantung kerja sebagai ahli, 44(5)
Faedah kewangan, 35(6), 47(5), 50(4)
Kedatangan dimasukkan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 9(4)
Kelakuan tiada senonoh, 44
Kerusi, menguntukkan bagi ahli-ahli, 2
Menengok rekod-rekod dan surat-surat yang dibentangkan dalam Majlis, 9(5)(Dibatalkan), (6)
Mengangkat sumpah, 1(c), 5(2),(3)
Memakai orang sebagai profesional, 92
Mengeluarkan rayuan, tanggungannya, 19(1)(a), 19(2)(c)
Mengundi dalam belahbahagi, dimasukkan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 9(4)
Penerangan sendiri, 25
Salinan ucapan—
Boleh dibetulkan, 10(3), (4)
Diberikan kepada ahli-ahli, 10(2)
Anggaran Belanja Pembangunan
Tahunan—
Menimbangkan Kepala-kepala dalam jawatankuasa, 67B(4), masa yang diuntukkan baginya, 67B(4),(6)(a),(b); Pengerusi hendaklah mencadangkan tiap-tiap Kepala, 67B(5); pindaan kepada Kepala-kepala, 67B(6),(7),(8); penyata, 67B(9); menerima cadangan yang dibawa, 67B(9)
Ketetapan hendaklah diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, 67B(1); had perbahasan, 67B(2); masa yang diuntukkan bagi usul hendak membawa kepada Jawatankuasa, 67B(3)
Penerangan hendak dibentangkan di Meja Mesyuarat, 67A (dibatalkan)
Tambahan—
Menimbangkan Kepala-kepala dalam Jawatankuasa, 67(7)(a); masa yang diuntukkan baginya, 67(7)(a); syarat-syarat Peraturan Mesyuarat 67B yang boleh dipakaikan, 67(6);
Ketetapan hendaklah diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, 67(3); had perbahasan, 67(5); masa yang diuntukkan bagi usul hendak membawa kepada Jawatankuasa, 67(3);
Penerangan hendaklah dibentangkan di atas Meja Mesyuarat, 67(4)
Anggaran Perbelanjaan, Tahunan
Dihantar kepada Jawatankuasa Perbekalan, 66(3)
Hendaklah dibentangkan di Meja sebelum mesyuarat, 65
Perbelanjaan yang dikehendaki hendaklah diterangkan satu-persatu, 66(1)
Tambahan, 67(1)—
Hal-halnya hendaklah diterangkan, 67(1)(a)-(d)
Hendaklah dibentangkan di atas Meja, 67(2)
Aturan Urusan Mesyuarat
Menghantar kepada ahli-ahli, 9(2)

B[sunting | sunting sumber]

Bahasa
Bahasa rasmi, 8
Bahasa biadab, 36(4)
Belahbahagi
Ahli-ahli yang meminta diadakan belahbahagi, 46(4)
Cara menjalankannya, 47(1),(2),(3)
Dimasukkan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 9(4), 47(1)
Kesilapan undi, 47(4)
Penghitung undi, melantik penghitung undi, 46(4)
Suara, bersetuju, 47(2)
Tidak sah jika tidak cukupbilang, 13(5)
Undi pemutus, 47(3)
Bentara Mesyuarat
Kewajipannya, 44(7),93(4)
Buku Mesyuarat
Boleh ditengok oleh ahli-ahli, 9(5)(Dibatalkan)
Hal-hal yang hendak dimasukkan, di dalamnya 9(5)(Dibatalkan)
Menyediakannya, 9(5)(Dibatalkan)

C[sunting | sunting sumber]

Cukup bilangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis
Aturan membilang ahli-ahli, 13(3),(4)
Dalam belahbahagi, 13(5)
Jika tidak cukupbilang, 13(3)
Tidak termasuk Pengerusi, 13(1)

D[sunting | sunting sumber]

Dewan Negara
Perutusan daripada Dewan Negara—
Apabila Majlis bersidang, 71
Diterima oleh Setiausaha, 71
Membacanya, 71
Menyampaikan kepada Tuan Yang di-Pertua, 71
Perutusan kepada Dewan Negara, 70(1),(2)
Dewan Negara Rang Undang-undang daripadanya
Bacaan Kali Yang Pertama, dimasukkan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 72(3)
Bacaan Kali Yang Kedua, pemberitahu, 72(2)
Dijaga oleh ahli, 72(2)
Dibentangkan di atas Meja, 72(1)
Menuliskan nama ahli, 72(3)
Perutusan berkenaan dengannya, 70(1)(b),70(2)

H[sunting | sunting sumber]

Had Perbahasan
Berkenaan dengan pindaan, 38(1),(3),(4)
Berkenaan dengan Rang Undang-undang, 38(1),55(1),61(1)
Berkenaan dengan usul, 38(1)
menangguhkan mesyuarat, 38(1),(2)
menangguhkan perbahasan, 38(5)
dalam Jawatankuasa, 38(5)
Perkara yang berkaitan, 38(1),(2)

J[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Pemilih (lihat juga Jawatankuasa Pilihan)
Ahli-ahlinya, 76(2)
Kuasanya, 76(2)
Melantiknya, 76(2)
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (lihat juga Jawatankuasa Pilihan)
Ahli-ahlinya, 80(1)
Aturan dalam mesyuarat, 80(2)
Kewajipannya, 80(1)
Kuasanya, 80(3)
Jawatankuasa sebuah-buah Majlis
Cukupbilang, 13(1),(4)
Pengerusinya, 7 (4)
Penyata rasmi mesyuarat, 10(1)
Waktunya direntikan perjalanan mesyuarat, 16(2)
Jawatankuasa Perbekalan
Pengerusinya, 7(4) (lihat juga Rang Undang-undang Perbekalan)
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
Ahli-ahlinya, 77(2)
Kewajipannya, 77(1)
Kuasa-kuasanya, 77(5)
Melantiknya, 77(1)
Menteri tidak boleh jadi ahli, 77(4)
Jawatankuasa Pilihan
Ahli-ahlinya—
Memilihnya, 82(1)
Melantiknya, 81(1),83(7)
Belahbahagi, 84
Cukupbilang, 83(3)
Kebenaran memaklumkan fikiran dan percakapan, 83(2)
Kebenaran memaklumkan butir-butir keterangan, 83(2)
Kebenaran hendak mengeluarkan penyata khas, 86(2)
Keterangan yang dikeluarkan kepadanya—
Menyiarkannya, 85
Menghantar kepada saksi, 83(10)
Yang tidak berkaitan, boleh enggan mendengar, 83(11)
Kuasa memanggil orang dan meminta keluarkan surat, 83(2)
Mesyuarat-mesyuaratnya—
Masa dan tempatnya, 83(5)
Semasa Majlis bersidang, 83(5A)
Peraturan yang dipakaikan kepada semua Jawatankuasa Pilihan, kecuali jika ada syarat lain dalam Peraturan Mesyuarat 76 sampai 80, 83(1)
Peringatan Perjalanan Mesyuarat, halnya hendaklah dituliskan, 83(12A)
Perjalanan mesyuarat, tidak boleh disebutkan dalam pertanyaan, 23(1)(e)
Penyatanya—
Dibentangkan di Meja Majlis, 86(3)
Membawa ke dalam mesyuarat, 86(3)
Mengecapnya, 86(3)
Menimbangkan, 83(12)
Penyata Khas. 86(2)
Saksi—
Memanggilnya, 83(9)
Yang berdegil, boleh enggan didengar cakapnya, 83(11)
Jawatankuasa Pilihan Khas
Menubuhkannya, 81(1)
Menggantikan ahli-ahli, 82(2)
Pengerusi—
Memilihnya, 81(2)
Undi pemutus, 84(4)
Persidangannya, 83(5), 83(5a)
Jawatankuasa Pilihan Bersama
Kuasa-kuasanya, 87(c)
Melantiknya, 87
Pengerusi dipilih atau dilantik, 88(1)
Penyatanya—
Dibawa ke dalam mesyuarat, 88 (2)
Syarat-syarat Peraturan Mesyuarat berkenaan dengannya, 88(2)
Peraturan mesyuaratnya, 88(1)
Usul-usul hendak menubuhkan, 87(a)
Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
Ahli-ahlinya, 78(1)
Kewajipannya, 78(1)
Melantiknya, 78(1)
Pindaan kepada Peraturan-peraturan Mesyuarat, aturannya, 78(2)
Jawatankuasa Dewan
Ahli-ahlinya, 79(1)
Kewajipan-kewajipannya, 79(1)
Peringatan mesyuarat dihantar kepada semua ahli Majlis, 79(2)

K[sunting | sunting sumber]

Keputusan atas Masalah
Pihak mana yang banyak ahli-ahli mengundi, 45
Keputusan Majlis
Dimasukkan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 9(4)
Kerusi-kerusi
Menguntukkannya, 2
Penerangan sendiri oleh ahli-ahli, 25
Masanya hendaklah dikeluarkan, 14(1)(l)
Penerangan yang disediakan terlebih dahulu hendaklah diberikan kepada Tuan Yang di-Pertua, 25
Kumpulan Wang Pendahuluan
Keterangan wang yang dikeluarkan daripadanya, dibawa oleh Menteri, 68
Keterangan diminta berkenaan dengan butir-butir perbelanjaan, 68

M[sunting | sunting sumber]

Majlis Menangguhkan Majlis menurut Peraturan Mesyuarat 18
Usul kerananya—
Lucut cadangan pada masa diganggu, 18(3)
Masanya mencadangkan, 18(3)
Masa dan caranya meminta izin mencadangkan, 18(1),14(1)(h)
Menghadkan berapa usul dalam satu persidangan, 18(5)
Pemberitahu bersurat berkenaan dengan perkara yang hendak dibincangkan, 18(2)
Urusan yang ditangguhkan, dimulakan lepas pukul 5.30 petang, 18(4)
Menangguhkan Majlis
Dengan tidak dikemukakan, 17(5),18(4)
Dengan tidak ditentukan hari mesyuarat akan datang, 11(2)
Hingga hari lain, 12(2)
Hingga hari esok, 12(2)
Jika berbangkit huru-hara besar, 44(8)
Kerana tidak cukupbilang, 13(3)
Usul menangguhkan Majlis—
Dicadangkan oleh ahli Kerajaan, 16(3)
Masanya mengeluarkan usul, 12(2), 16(1),(3)
Masalah dikemukakan, 17(5)
Menghadkan bilangan ahli yang boleh bercakap dan lamanya dibenarkan tiap-tiap seseorang itu boleh bercakap, 17(2),(3)
Pemberitahu hendak menangguhkan mesyuarat, 17(2)
Perkara-perkara yang boleh dikeluarkan, 17(1)
Masalah
Memutuskannya, 45
Masalah daripada Pengerusi
Cara mencadangkan, 33(4)
Cadangan, berkenaan dengan usul, 33(1)
Keputusan dimasyhurkan oleh Pengerusi, 46(3)
Mengemukakan, 33(2),(3)
Pindaan kepadanya, 30(4),33(3),57(5)
Yang telah dikemukakan semua sekali—
Apabila telah dipungut undi, 46(2)
Tiada siapa boleh bercakap lagi lepas itu, 46(1)
Mesyuarat
Mula-mula lepas Pilihanraya—
Aturan Urusan Mesyuarat, 1
Mengaturkan kerusi ahli-ahli, 2(1)
Pemasyhuran, membacakannya, 1
Pemberitahu, 9(1)

O[sunting | sunting sumber]

Orang-orang luar
Apabila ada ahli memberitahu mengatakan ada orang luar, 93(2)
Kewajipan Pengerusi, 93(2)
Bentara Majlis, kewajipannya berkenaan dengan orang luar, 93(4)
Membenarkan hadir menyaksikan mesyuarat, 93(1)

P[sunting | sunting sumber]

Pemberitahu
Aturan Urusan Mesyuarat, 9(2)
Berkenaan dengan perkara yang hendak dikeluarkan apabila ditangguhkan mesyuarat, 17(2)
Berkenaan dengan pindaan kepada Rang Undang-undang, 57(2)
Berkenaan dengan mesyuarat-mesyuarat dan penggal-penggal mesyuarat, 9(1),11(2),(3)
Berkenaan dengan usul—
Cara mengeluarkannya, 27(1)
Dimasukkan dalam Buku Mesyuarat, 9(5) (dibatalkan)
Mengubah susunan cakap, 28
Mengecap dan menghantar kepada ahli-ahli, 27(4),(6)
Melonggarkan syarat mengecap, 26(1)(a)-(s)
Menarikbalik, 29
Mesti dikeluarkan, 26
Tandatangan, 27(2)
Tempohnya, 27(3)
Yang tidak betul atau tidak menurut peraturan, 27(5)
Penggal baharu, 9(1)
Pertanyaan kepada Menteri, 22(1),(2)
Pemasyhuran Memanggil Parlimen
Dibaca oleh Setiausaha, 1
Memberitahu ahli-ahli, 9(1)
Pengerusi
Cukupbilangan tidak termasuk pengerusi, 13(1)
Keputusannya muktamad berkenaan dengan peraturan, 43
Makna “Pengerusi”, 7(5)
Peraturan Mesyuarat
Aturan berkenaan dengan pindaan, 78(2)
Merentikan kuat kuasa, 90
Pindaan hendak meminda Peraturan Mesyuarat, 78(2)
Tafsir, 98
Peraturan-peraturan Berbahas
Bahasa biadab dan pernyataan seksis, 36(4)
Bercakap lebih daripada sekali, 35(3),(4)
Berulang-ulang menyebutkan perkara yang telah disebutkan, 44(1)
Cakap Pengerusi hendaklah didengar dengan diam, 42
Faedah kewangan diri sendiri, 35(6)
Hal tiada kena-mengena, 44(1)
Masa dan cara bercakap, 35(1)
Masalah baru, bercakap sekali lagi, 35(5)
Mendahului perbahasan, 39
Mendatangkan sangkaan jahat, 36(6)
Mengganggu, 37
Mengeluarkan masalah-masalah yang telah diputuskan, 36(3)
Menyebutkan perkara-perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah, 36(2)
Menyebutkan nama ahli, 36(5)
Menyebutkan nama anu-anu, 36(7),(8),(9)
Percakapan hendaklah diarahkan kepada Pengerusi, 35(1)
Perkara-perkara Peraturan, keputusan Pengerusi, 43
Perkara-perkara yang berkaitan, 36(1),38(1),(2)
Perkataan-perkataan derhaka, menghasut kuasa Kerajaan dan lain-lain perkataan yang harus membangkitkan perasaan bersakit-sakit hati dan bermusuh-musuhan, 36(10)
Kenyataan yang mengelirukan Dewan, 36(12)
Perbahasan
Masalah yang belum diputuskan, 40(2)
Menutupnya—
Bila masanya boleh dicadangkan ditutup, 40(1)
Dikehendaki sebilangan ramai ahli yang bersetuju, 40(3)
Masalah atas usul, hendak diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau di bahas dengan serta-merta, 40(1)
Perdana Menteri
Masa Majlis dalam tangguhan, boleh meminta diadakan mesyuarat dahulu daripada hari yang ditetapkan, 11(3)
Menetapkan urusan mesyuarat, 11(3)
Persidangan dan Penggal-penggal Majlis
Maknanya, 98
Masa dan tempatnya, 11(1),(2)
Pemberitahu, 11(2)
Persidangan
Aturan Urusan Mesyuarat, dihantar kepada ahli-ahli, 9(2)
Ditangguhkan apabila habis mesyuarat, 16(1)
Masanya mengganggu persidangan, 16(2)
Menempohkan persidangan—
Jika berlaku kacau-bilau besar, 44(8)
Pada bila-bila masa oleh Pengerusi, 12(3)
Pukul berapa dimulakan, 12(1)
Urusan Kerajaan didahulukan daripada semua urusan yang lain-lain, 15(1)
Yang di-Pertua boleh melantik seorang ahli jadi Pengerusi sementara, 7(3)
Perutusan
Daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam Aturan Urusan Mesyuarat, 14(1)(d)
Kepada Dewan Negara, 70(1)
Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri
Boleh dikeluarkan oleh siapa-siapa ahli lain, 24(2)
Cara mengeluarkan dan menjawabnya, 24(1),(2)
Dalam kuasa Tuan Yang di-Pertua, 23(2),24(3)
Jawapan bertulis daripada Menteri, 24(2),(6)
Masanya yang diuntukkan, 24(5)
Masanya mengeluarkan pertanyaan, 14(1)(g)
Menangguhkan, 24(2)
Menarikbalik pertanyaan, 24(2)
Menteri boleh enggan menjawab, 23(4)
Pemberitahu, 22(1),(2)—
Dimasukkan dalam Buku Mesyuarat, 9(5)(dibatalkan)
Peraturan berkenaan dengan gaya dan isi pertanyaan, 23(1)(a)-(s)
Perkara-perkara yang boleh dikeluarkan, 21(1)
Pertanyaan tambahan, 24(3)
Tidak boleh dijadikan helah hendak berbahas, 24(4)
Tujuan sebenarnya sesuatu pertanyaan itu, 21(3)
Untuk dijawab lisan—
Dihadkan banyaknya, 22(3)
Jawapan bertulis, 22(3)
Menandakannya, 22(3)
Yang dihadapkan kepada ahli-ahli selain daripada Menteri, 21(2)
Yang tidak dibenarkan—
Sebab-sebabnya hendaklah diberitahu kepada ahli yang bertanya, 23(3)

R[sunting | sunting sumber]

Rang Undang-undang
Berkenaan dengan cukai perbelanjaan dan sebagainya, 89(1)
Bacaan Kali Yang Kedua—
Menolak Rang Undang-undang, 53(4)
Pemberitahu, 48,53(1)
Perbahasan, 53(3)
Usul mencadangkan bacaan kali yang kedua, 53(3)
Bacaan Kali Yang Ketiga— 57(14),60(2);
Membetulkan kesilapan sebelum dikemukakan, 61(2);
Usul, pindaan dan had perbahasan, 61(1);
Diluluskan oleh Dewan Rakyat, dihantar kepada Dewan Negara, 70(1),(2)
Fasal-fasal dibahagikan kepada fasal-fasal diberi nombor, 51(1)(a)
Gaya Rang Undang-undang, 51(1)(a)-(d)
Isi-isinya, jangan keluar daripada tujuan kepalanya, 51(1 (c)
Jawatankuasa sebuah-buah Majlis—
Asas Rang Undang-undang tidak boleh dibahaskan dalam Jawatankuasa, 55(1)
Aturan dalam Jawatankuasa, 57
Fasal-fasal menangguhkannya, 57(6)
Fasal-fasal baru menimbangkannya, 57(7),(8)
Pindaan kepadanya, 57(8)
Masalah-masalah dicadangkan, 57(8)
Jadual-jadual, menimbangkannya, 57(9)
Kalimah mengundang-undangkan, tidak dikehendaki dikemukakan, 57(12)
Kepala Rang Undang-undang, pindaan kepadanya, 55(2), 57(12); Tidak boleh dikemukakan, 57(12)
Memaklumkan sebanyak mana telah dijalankan urusan, usul kerana itu, 56
Menamatkan perjalanan mesyuarat, 57(13),(14)
Usul memaklumkan kepada Majlis, masalah atasnya hendaklah diputuskan dengan tidak dibenarkan dipinda atau dibahas, 57(13)
Pendahuluan menimbangkannya, 57(11);
Pindaan kepadanya, 57(11)
Pindaan dalam Jawatankuasa, 55(2); tidak dibenarkan 57(3),(4); cara mencadangkan masalah, 57(5); menarikbalik, 57(10) (dibatalkan)
Jawatankuasa Pilihan—
Peraturan dalam Jawatankuasa Pilihan, 58
Pindaan dalam Jawatankuasa Pilihan, 58(2)
Kalimah mengundang-undangkan, 95
Kepala fasal-fasal yang ada di tepi muka surat, 51(1)(b)
Kewangan, surat akuan hendaklah ditandatangani oleh Tuan Yang di-Pertua, 69
Menghantar kepada Jawatankuasa, 54—
Usul kerana itu, 54(2); masalah dikemukakan serta-merta dan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, 54(2)
Mengeluarkan dalam Warta Kerajaan setelah disetujukan oleh S.P.B., 96(1)
Masalah berkenaan dengannya, bagi bacaan kali yang kedua bagi apa-apa Rang Undang-undang lain yang mengandungi syarat-syarat yang sama maksudnya, tiada boleh dicadangkan dalam penggal itu juga, 63
Membahagikan kepada ahli-ahli, 51(3),53(2)
Membetulkan kesalahan nahu dan sebagainya, 96(2)
Menghantar balik kepada Jawatankuasa, 59(1),(2),(3)
Menghantar balik Rang Undang-undang yang dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pilihan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, 60(3),(4)
Menarikbalik, 62
Menepati Peraturan-Peraturan Mesyuarat, 51(1)(d),51(2)
Penerangan ringkas, 51(3)
Penyata Jawatankuasa Pilihan—
Ditimbangkan oleh Majlis, 60
Pindaan-pindaan kepadanya, mengenai cukai, perbelanjaan dan sebagainya, 89(1)
Pihak yang dikenai olehnya, 52
Pindaan Dewan Negara—
Apabila tidak disetujukan, apa aturannya, 75
Jawatankuasa bagi merangkakan sebab-sebab tidak bersetujudengan pindaan Dewan Negara, 74(4); Cukupbilang, 74(4); Penyatanya, 74(4); dimasukkan dalam Undi dan Perjalanan Mesyuarat 74(4)
Memasukkan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 73(2)
Menimbangkannya, 73(1); pemberitahu 73(1)
Mengecapkan, 73(2); dimasukkan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 73(2)
Pindaan kepada pindaan Dewan Negara, 74(1),(3); pemberitahu, 74(1)(a)
Usul hendak membahagi-bahagikan pindaan, 74(1); pemberitahu, 74(1)(a)
Daripada Ahli-ahli Private—
Bacaan Kali Yang Pertama, 49(3)
Bacaan Kali Yang Kedua, 49(5)
Mengecap dan menghantar kepada ahli-ahli, 49(4)
Menghantar kepada Menteri, 49(4)
Penyata berkenaan dengannya, 49(4)
Permintaan hendak mengeluarkan, 49(1); gayanya, 49(2); tujuan-tujuan dan perkara-perkara besar 49(1); menghantar kepada Setiausaha, 49(2)
Salinannya dihantar kepada Setiausaha, 49(3)
Daripada Kerajaan—
Bacaan Kali Yang Pertama, 48
Membawa ke dalam mesyuarat, 48; masanya, 14(1)(m)
Mengecapnya, 48; dilonggarkan syarat berkehendak dicap, 64
Private dan campuran (hybrid)—
Belanja memajukannya, 50(8)
Bacaan Kali Yang Pertama, 50(1)
Diiklankan, 50(1)
Hak-hak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan lain-lainnya, 50(2)
Jawatankuasa, dihantar kepada, 50(3); faedah kewangan bagi diri ahli-ahli, 50(4)(a); pemasyhuran ahli-ahli 50(4); keterangan, 50(5); dimaklumkan kepada Majlis, 50(6); memasukkan fasal-fasal baru, 50(7); pindaan-pindaan dalam Jawatankuasa, 50(6)
Mengecap dan menghantar kepada ahli-ahli, 50(1)
Rayuan, 50(3)
Salinannya dihantar kepada Setiausaha, 50(1)
Rang Undang-undang Mendahulukan Perbelanjaan
Had perbahasan dalam bacaan kali yang kedua, 68A(1)
Jawatankuasa—
Pindaan-pindaan hendaklah dicadangkan hanya oleh Menteri, 68A(2); masalah hendaklah dikemukakan dengan serta-merta bagi diputuskan, 68A(3); masalah-masalah atas Fasal atau Jadual hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dibahas, 68A(3)
Maklumkan, 68A(4)—
Bacaan kali yang ketiga, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, 68A(4)
Rang Undang-undang, Perbekalan
Bacaan Kali Yang Pertama dan Kedua—
Pada hari dibawa itu juga, 48
Perbahasan ditangguhkan 66(2); berapa hari ditetapkan, 66(2); hadnya, 66(2)
Bacaan Kali Yang Ketiga—
Usul mencadang dibacakan kali yang ketiga, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, 66(18)
Diserahkan kepada Jawatankuasa, 66(3)
Jawatankuasa Perbekalan—
Berapa hari diuntukkan perbahasan, 66(4)
Jadual-jadual menimbangkannya, 66(5),(6); didahulukan sebelum fasal-fasal, 66(7); pindaan, pemberitahu, 66(9); meminda anggaran belanja, 66(9)
Membawa ke dalam mesyuarat, 66(1)
Memaklumkan kepada Majlis, 66(17)
Perbahasan, 66(12)
Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan, 66A
Rang Undang-undang, Perbekalan Tambahan
Bacaan-bacaan Kali Yang Kedua, had perbahasan, 67(3)
Bacaan Kali Yang Ketiga, 67(10)—
Usul mencadang dibacakan kali yang ketiga, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, 67(11)
Diserahkan kepada Jawatankuasa, 67(3)
Jawatankuasa Perbekalan—
Berapa hari ditetapkan mesyuarat, 67(5); had perbahasan, 67(5); aturan dalam Jawatankuasa, 67(4)
Memaklumkan kepada Majlis, 67(6)
Rayuan-rayuan
Ahli-ahli tiada boleh membawa rayuan sendiri, 19(2)(c)
Bahasanya hendaklah beradab, 19(1)(a),19(2)(e)
Berkenaan dengan Rang Undang-undang, 50(3),52
Doa, 19(2)(a)
Dihantar kepada Jawatankuasa Pilihan, 19(4)(d) – (dibatalkan)
Meminta pemberian, sanggupan atau perbelanjaan daripada wang Kerajaan, dan sebagainya, 19(1)(b)
Memperkenankan dan disahkan oleh Tuan Yang di-Pertua, 19(2)(d)
Membawa ke dalam mesyuarat, 19(1)(a)—
Aturannya, 19(3),(4)
Masanya, 14(1)(f)
Menyebutkan perbahasan dan sebagainya, 19(2)(b)
Tandatangan, 19(2)(a),(d)
Usul mencadang hendak dibacakan, 19(4)(a)—
Tiada boleh dibahas, 19(4)(b)
Tiada puas hati dengan Rang Undang-undang Private dan Rang Undang-undang Campuran, 50(3)
Rekod dan Surat-surat
Boleh ditengok, 9(6)
Menyimpannya, 9(6)
Risalat-risalat Mesyuarat
Boleh ditengok oleh ahli-ahli, 9(6)
Diperintahkan terbentang di atas Meja, 20(2)
Dibawa ke dalam mesyuarat, hendaklah dituliskan dalam Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 20(3)
Disifatkan telah dibawa ke dalam mesyuarat, 20(2)
Menyimpannya, 9(6)
Siapa yang membawa ke dalam mesyuarat, 20(1); dalam bentuk atau apa-apa rupa cara, 20(1)

S[sunting | sunting sumber]

Saksi,
Belanjanya, 97
Setiausaha
Kewajipannya berkenaan dengan Rang Undang-undang, 51
Kewajipannya berkenaan memilih Tuan Yang di-Pertua, 4(3)-(7)
Membacakan Pemasyhuran, 1
Menetapkan kerusi bagi Mesyuarat Pertama, 2
Menghantar salinan pemberitahu mesyuarat dan penggal-penggal mesyuarat, 9(1)
Menghantar Aturan Urusan Mesyuarat, 9(2)
Menjalankan Sumpah, 5(1)
Menjaga kerja menyediakan salinan ucapan, 10(1)
Menyimpan Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 9(3)
Menyediakan Buku Mesyuarat, 9(5) (dibatalkan)
Tertanggung menjaga rekod dan surat-surat, 9(6)
Sokongan Kerajaan
Rayuan-rayuan berkehendakkan sokongan Kerajaan, 19(1)(b)
Usul berkehendakkan sokongan Kerajaan, 26(2)
Sumpah
Caranya, 1(b),(c),5(1)
Dijalankan oleh Setiausaha, 5(1)
Ikrar, ganti sumpah, 5(4)
Masanya ahli-ahli baru, mengangkat sumpah, 14(1)(c)
Mengangkat sumpah—
Ahli-ahli, 1(c),5(2)
Pada masa Majlis dalam tangguhan, 5(3)
Tuan Yang di-Pertua, 1(b)

T[sunting | sunting sumber]

Tertib dalam Majlis
Ahli digantung kerja sebagai ahli, 44(5),(6)
Bentara Mesyuarat, kewajipannya, 44(2),(6)
Jika berbangkit kacau-kacau besar, kuasa Pengerusi, 44(6)
Kelakuan ahli-ahli, 41(a)-(f)
Kelakuan tiada senonoh, 44(1),(2)
Mengeluarkan ahli-ahli, 44(2),(7)
Menyebutkan nama ahli, 44(2),(3),(4)
Pengerusi hendaklah didengar cakapnya dengan diam, 42
Perkara-perkara peraturan, keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad, 43,99
Perkara-perkara tiada berkaitan, berulang-ulang menyebutkannya, 44(1)
Usul menggantung daripada jadi ahli, 44(3)
Tuan Yang di-Pertua tertanggung menjaga peraturan, 43
Timbalan Yang di-Pertua
Memilihnya, 6—
Aturan memilihnya, 6(2)
Tuan Yang di-Pertua
Apabila tiada hadir, 7
Boleh menempohkan mesyuarat pada bila-bila masa, 12(3)
Cukupbilang tidak termasuk Tuan Yang di-Pertua, 13(1)
Dalam masa tangguhan, boleh memanggil mesyuarat dahulu daripada hari yang ditetapkan bagi mesyuarat, 11(3)
Jadi Pengerusi Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, 7(4)
Keputusannya berkenaan dengan peraturan mesyuarat, mentafsirkan maksud Peraturan Mesyuarat dan apa-apa perkara kelaziman, 43,99
Kuasa-kuasanya yang tinggal lagi, 100
Melantik ahli jadi Pengerusi sementara, 7(3)
Memerintahkan bagaimana hendak dicap Penyata Rasmi, 10(2)
Memilihnya, 1(a),3—
Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua, 4
Usul mencadangkan ahli dipilih jadi Pengerusi, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dibahas, 4(2)
Menetapkan hari mesyuarat, jika Majlis ditangguhkan dengan tidak ditetapkan hari mesyuarat, 11(2)
Menetapkan hak ahli-ahli hendak bercakap bila dikeluarkan usul menangguhkan mesyuarat, 17(2)
Menguntukkan kerusi kepada ahli-ahli, 2(2),(3)
Menyain Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat, 9(4)
Menyain rayuan-rayuan, 19(2)(d)
Mengetuakan mesyuarat sebagai Pengerusi, 7(1)
Menyebutkan nama ahli, 44(2),(3)
Mengangkat sumpah, 1(b)
Pemasyhuran, masanya mengeluarkan, 14(1)(e)
Termasuk lain-lain ahli yang jadi Pengerusi kecuali jika disebutkan terang-terang iaitu tidak termasuk Tuan Yang di-Pertua, 7(5)
Tertanggung menjaga tertib dalam mesyuarat, 43
Undi pemutus, 45(1)

U[sunting | sunting sumber]

Ucapan, salinannya
Membetulkan kesilapan, 10(4)
Mengeluarkannya, 10(2),(3)
Menyediakan jadi buku, 10(1)
Salinan dihantar kepada ahli-ahli, 10(2)
Urusan Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat, 1,14
Memulakan balik urusan mesyuarat, setelah selesai usul menangguhkan mesyuarat menurut Peraturan 18,18(4)
Menangguhkan mesyuarat apabila habis urusan mesyuarat, 16
Urusan Kerajaan—
Ditetapkan oleh Perdana Menteri apabila majlis dipanggil dalam tangguhan, 11(3)
Peraturannya sebagaimana yang baik pandangan Kerajaan, 15(2)
Peraturan berkenaan dengan urusan Ahli Private, 15(1)
Urusan yang tertentu, bebas daripada diganggu, 12(1)
Usul kerana ini, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, 12(1)
Usul berkenaan dengan susunannya, masa mencadangkan, 14(1)(n)
Yang ditetapkan bagi hari mesyuarat kemudian dimasukkan dalam Buku Mesyuarat, 9(5) (dibatalkan)
Undi, membuang
Kerana menentukan boleh bercakap apabila ditangguhkan mesyuarat, 17(2)
Memilih Tuan Yang di-Pertua, 4(3)-(7)
Undi, mengundi
Ahli-ahli yang tiada hadir, 45(2)
Faedah kewangan ahli, 47(5)
Memungut suara, 46(3)
Usul Membatalkan Undi, 47(5)
Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat
Boleh ditengok oleh ahli-ahli, 9(6)
Dihantar kepada ahli-ahli, 9(3)
Daftar belah bahagi, 47(1)
Disimpan oleh Setiausaha, 9(3)
Ditandatangan oleh Tuan Yang di-Pertua, 9(4)
Hal-hal yang hendak dituliskan di dalamnya, 9(4),20(3)
Kesilapan, 9(4)
Menyimpannya, 9(6)
Pemberitahu-pemberitahu usul ditarikbalik, 29(2)
Penyata Jawatankuasa berkenaan dengan pindaan-pindaan Dewan Negara, 74(4)
Pindaan Dewan Negara—
Penyata Jawatankuasa, 74(4)
Perintah mengecapnya, 73(2)
Usul
Hendak diambil perkara lain dengan tidak mengikut susunan—
Boleh dikeluarkan dengan tidak berkehendakkan pemberitahu, 14(2)
Hendaklah diambil dahulu daripada urusan-urusan lain, 14(2)
Menangguhkan mesyuarat apabila habis urusan—
Ahli-ahli Kerajaan mencadangkan, 16(3)
Kerana merundingkan perkara kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan, 18
Masa mengeluarkannya, 16(1)
Perbahasan atasnya, 17(1)
Menyokongnya, 31(1)—
Dalam Jawatankuasa, 31(2)
Menarikbalik, 34(1),(2)
Pindaan kepadanya—
Dibebaskan urusan tertentu daripada diganggu—
Boleh dicadangkan oleh Menteri pada bila-bila masa, 12(1)
Diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, 12(1)
Hendaklah dengan surat, 32
Masanya mencadangkan, 33(3)
Mengeluarkan perkara yang hanya boleh dikeluarkan dengan usul, 30(3)
Menyokongnya, 31(1)
Menarik balik, 34(1),(2)
Meminda Peraturan Mesyuarat, 78(2)
Menangguhkan mesyuarat kepada hari bulan lain—
Dicadangkan oleh Menteri, 12(1)
Masanya hendak dicadangkan, 12(2)
Meminta pemberian, sanggupan atau perbelanjaan wang Kerajaan dan sebagainya, 26(2)
Perbahasan berkenaan dengan pindaan, 33(1)
Pindaan kepada pindaan, berkaitan, 30(2); pindaan baru 33(4)(d); masanya mencadangkan, 33(5)(a)
Yang ditarikbalik boleh dicadangkan semula, 34(1)
Usul Ahli-ahli Private
Susunannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat, 15

W[sunting | sunting sumber]

Wakil Akhbar
Kebenaran hendak hadir dalam mesyuarat Majlis, 94

Pautan luar[sunting | sunting sumber]