Perbadanan Mozilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mozilla Corporation
Jenis Persendirian
Ditubuhkan Mountain View, California (2005)
Ibu pejabat Mountain View, CA, AS
Perancang utama Mitchell Baker, Presiden
Produk Mozilla Firefox
Mozilla Thunderbird
lagi...
Pekerja 60+
Laman web mozilla.com
Pejabat di Mountain View yang dikongsi Yayasan Mozilla dan Perbadanan Mozilla

Perbadanan Mozilla (Mozilla Corporation) merupakan subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Mozilla yang mengkoordinasikan dan mengintegrasikan pembangunan aplikasi yang berkaitan dengan Internet seperti pelayar web Mozilla Firefox dan pelanggan e-mel Mozilla Thunderbird oleh masyarakat sumber terbuka sejagat. Hanya beberapa daripada mereka yang diambil bekerja oleh perbadanan itu sendiri. Perbadanan itu juga mengagih-agihkan dan mempromosikan produk-produk ini. Tidak seperti Yayasan Mozilla yang bukan bertujuan untung, Perbadanan Mozilla merupakan entiti bercukai. Bertentangan dengan kebanyakan organisasi komersil, Perbadanan Mozilla tidak dimotivasikan oleh kehendak terhadap keuntungan, melaburkan kembali semua keuntungan ke dalam projek Mozilla. Perbadanan Mozilla menyasarkan untuk bekerja terhadap kebajikan awam Yayasan Mozilla iaitu "mengekalkan pilihan dan inovasi di dalam Internet."

Seperti yang diterangkan dalam rencana MozillaZine: "Yayasan Mozilla akan mengawal aktiviti-aktiviti Perbadanan Mozilla dan akan mengekalkan 100 peratus pemilikan subsidiari baru ini. Keuntungan yang diperolehi oleh Perbadanan Mozilla akan dilaburkan kembali ke dalam projek Mozilla. Tidak akan wujud pemilik saham, tiada pilihan saham akan dikeluarkan dan tiada dividen akan dibayar. Perbadanan Mozilla tidak akan diniagakan di pasaran saham dan adalah mustahil untuk mana-mana syarikat mengambil alih atau membeli kepentingan dalam subsidiari ini. Yayasan Mozilla akan terus memiliki tanda dagangan Mozilla dan hak intelektual lain yang akan dilesenkan kepada Perbadanan Mozilla. Yayasan juga akan terus mengawal simpanan kod sumber dan siapa yang boleh melihatnya"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]