Perbadanan Kemajuan Multimedia
(Dilencongkan dari Perbadanan Pembangunan Multimedia)
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Bahasa Inggeris: Malaysia Digital Economy Corporation, singkatan: MDEC) ialah sebuah agensi milik kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia.
MDEC ditugaskan:
- menarik pelabur ICT antarabangsa untuk mendirikan perniagaan di MSC Malaysia, sambil menyediakan bantuan teknikal dan pentadbiran
- menjalinkan hubungan antara syarikat MSC tempatan
- menarik bakat profesional ICT untuk bekerja di MSC Malaysia
- menghubungkan operasi perniagaan baru dengan pekerja bermutu (melalui KWX)
- menguruskan prasarana digital di kawasan MSC Malaysia (melalui MSC Technology Centre Diarkibkan 2007-07-09 di Wayback Machine) dan keselamantan (melalui Trustgate)
- menggalakkan pelaburan di perniagaan MSC Malaysia (melalui MSCVC)
- menasihati kerajaan mengenai perkembangan undang-undang berkenaan teknologi
- menyelenggara perkhidmatan perdagangan dan perumahan MSC Malaysia
- membantu negara lain dalam Inisiatif ICT Kebangsaan melalui MSC Technology Centre
Lembaga pengarah MDEC merangkumi pelabur teknologi tersohor di Asia Tenggara, dan juga Ketua-ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |