Pergi ke kandungan

Cyberjaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cyberjaya
Bandaraya
Map
Peta interaktif bagi Cyberjaya
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Penubuhan17 Mei 1997
Keluasan
  Jumlah
3.2 km2 (1.2 batu persegi)
Penduduk
 (2015)
  Jumlah
88,300
Zon waktuWPM
Poskod
63000
Kod panggilan+60-83, +60-86, +60-88
Tapak sesawanghttp://www.cyberjayamalaysia.com.my/
Lokasi Cyberjaya di Peta Google

Cyberjaya (Jawi: سايبرجاي) merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandaraya yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

Upacara perasmian telah diadakan pada 17 Mei 1997 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya dan merupakan hasil buah fikiran Mahathir.[1]

Cyberjaya merupakan satu daripada bandar siber MSC Malaysia yang diharap dapat memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara syarikat multinasional yang beroperasi di Cyberjaya ialah BMW, HSBC, DHL Express, Shell, Nokia, Ericsson dan Motorola.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Jalan dan lebuh raya

[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan Awam

[sunting | sunting sumber]

Laluan Rel dan Keretapi

[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat laluan bas perantara MRT di Cyberjaya yang dikendalikan oleh RapidKL:

  • T504   - dari stesen Cyberjaya Utara ke Cyber 11
  • T505   - dari stesen Cyberjaya Utara ke Taman Pinggiran Cyber
  • T506   - dari stesen Cyberjaya City Centre ke Cyber 10
  • T507   - dari stesen Cyberjaya City Centre ke Cyberjaya Transport Terminal

RapidKL juga menyediakan perkhidmatan demand-responsive transit (DRT) yang dikenali sebagai Rapid On-Demand bermula Jun 2025. Perkhidmatan ini disediakan untuk melengkapi sistem bas perantara yang sedia ada sebagai salah satu langkah penyelesaian kepada isu akses first-and-last mile.[2]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Cyberjaya menempatkan beberapa institusi pendidikan.

Institusi Pengajian Tinggi

[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Sekolah Swasta

[sunting | sunting sumber]
  • ELC International School
  • King Henry VIII College
  • Abedeen Academy
  • Soleh School Cyberjaya
  • Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch
  • Korean School of Malaysia
  • Falih Junior International Academy

Pasar Raya

[sunting | sunting sumber]

Walaupun bermula dengan konsep yang baik, pengkritik mengatakan bandar Cyberjaya tidak banyak berubah sejak ia mula dibuka pada tahun 1997. Visi asal Cyberjaya untuk menjadi bandar pintar yang moden dan unik dikatakan gagal kerana bandarnya yang masih kelihatan kosong tanpa perancangan yang baik, kereta yang diletakkan bersepah-sepah dan penguatkuasaan yang lemah.[3]

Mahathir menggesa agar memberikan status Penduduk Tetap kepada pekerja asing yang layak selain mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mereka. Orang asing digalakkan tinggal di sini dalam satu persekitaran yang diwujudkan untuk mereka. Antaranya mewujudkan kelab, tempat untuk beristirahat, kawasan sukan, lebih banyak rumah dan berjalan kaki sahaja ke pejabat.[4]

Tarikan pelancong

[sunting | sunting sumber]

Taman Tasik Cyberjaya merupakan sebuah taman rekreasi utama di Cyberjaya, yang menjadi tumpuan penduduk setempat mahupun pelancong untuk melakukan aktiviti riadah dan rekreasi bersama keluarga. Taman ini turut dikunjungi oleh pengunjung luar kawasan Cyberjaya seperti Putrajaya, Kajang, Banting serta Dengkil.[5]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. "The Story of a Global Tech Hub". Cyberjaya. Dicapai pada 7 June 2021.
  2. "Kajang, Putrajaya get five new on-demand service zones". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-18. Dicapai pada 2026-02-17.
  3. Cyberjaya no longer a dream city The Star Online, 8 Oktober 2008
  4. Pembangunan Cyberjaya Tidak Memuaskan, Mahathir
  5. "Tasik Cyberjaya tumpuan riadah". Harian Metro. New Straits Times Press. 16 Februari 2004. Dicapai pada 18 Mei 2025 melalui KLiK.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]