Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
SWCorp
Intisari agensi
Dibentuk1 Jun 2008; 15 tahun yang lalu (2008-06-01)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabatBangunan Ibu Pejabat SWCorp, Blok J, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Agensi
  • Hee Loy Sian, Pengerusi
  • Ahmad Husaini Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Mohd Azhar Abd Hamid, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Laman sesawang
www.swcorp.gov.my

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2008 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673).[1][2] Ia mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.[1] Peranan Perbadanan ialah untuk memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih cekap, bersepadu di samping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna dari segi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.[1][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c SWCorp: Latar belakang Diarkibkan 2019-09-06 di Wayback Machine SWCorp. Dicapai pada 6 September 2016.
  2. ^ Malaysia: Toward A Sustainable Waste Management Global Recycling (8 September 2017). Dicapai pada 10 September 2017.
  3. ^ Green ways to manage waste The Star Online (9 September 2018). Dicapai pada 10 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]