Pergi ke kandungan

Nga Kor Ming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nga Kor Ming
倪可敏
Nga pada tahun 2023
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menyandang jawatan
13 Disember 2023
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(2022–2024)
Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
(sejak 2024)
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanAiman Athirah Sabu
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Kawasan pilihan rayaTeluk Intan
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 13 Disember 2023
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanAkmal Nasrullah Mohd Nasir
(2022–2023)
Aiman Athirah Sabu
(12–13 Disember 2023)
Didahului olehReezal Merican Naina Merican
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Digantikan olehSendiri
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Kawasan pilihan rayaTeluk Intan
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 13 Julai 2020
Berkhidmat with Mohd Rashid Hasnon
RajaSultan Muhammad V
(2018–2019)
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(2019–2020)
Perdana MenteriMahathir Mohamad
(2018–2020)
Muhyiddin Yassin
(2020)
SpeakerMohamad Ariff Md Yusof
Didahului olehIsmail Mohamed Said
Digantikan olehAzalina Othman Said
Kawasan pilihan rayaTeluk Intan
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
(Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam)
Dalam jawatan
28 Mac 2008 – 10 Februari 2009
RajaSultan Azlan Muhibbuddin Shah
Menteri BesarMohammad Nizar Jamaluddin
Didahului olehZambry Abdul Kadir
(Pendidikan)
Chang Ko Youn
(Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam)
Digantikan olehMohamad Zahir Abdul Khalid
(Pendidikan)
Mah Hang Soon
(Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam)
Zambry Abdul Kadir (Perumahan)
Kawasan pilihan rayaPantai Remis
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Teluk Intan
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehMah Siew Keong
(BNGERAKAN)
Majoriti11,179 (2018)
15,169 (2022)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Taiping
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehM. Kayveas
(BN–PPP)
Digantikan olehTeh Kok Lim
(PHDAP)
Majoriti11,298 (2008)
11,745 (2013)
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Kepayang
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehKo Chung Sen
(PH–DAP)
Majoriti9,491 (2022)
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehLoke Chee Yan
(PR–DAP)
Digantikan olehKo Chung Sen
(PH–DAP)
Majoriti4,604 (2013)
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Aulong
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 19 November 2022
Didahului olehLeow Thye Yih
(PH–DAP)
Digantikan olehTeh Kok Lim
(PH–DAP)
Majoriti12,064 (2018)
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Pantai Remis
Dalam jawatan
29 November 1999 – 5 Mei 2013
Didahului olehWong Chong Sang
(BN–MCA)
Digantikan olehWong May Ing
(PR–DAP)
Majoriti2,447 (1999)
2,303 (2004)
5,706 (2008)
Timbalan Pengerusi Kebangsaan
Parti Tindakan Demokratik
Menyandang jawatan
16 Mac 2025
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Pengerusi KebangsaanGobind Singh Deo
Didahului olehGobind Singh Deo
Naib Pengerusi Kebangsaan
Parti Tindakan Demokratik
Dalam jawatan
20 Mac 2022 – 16 Mac 2025
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Pengerusi KebangsaanLim Guan Eng
Ketua Parlimen ke-3 dari
Parti Tindakan Demokratik
Dalam jawatan
20 Mac 2022 – 23 Jun 2025
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Pengerusi KebangsaanLim Guan Eng
(2022–2025)
Gobind Singh Deo
(since 16 Mac 2025)
Didahului olehAnthony Loke Siew Fook
Digantikan olehChong Chieng Jen
Timbalan Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik
Dalam jawatan
12 November 2017 – 20 Mac 2022
Setiausaha AgungLim Guan Eng
Pengerusi KebangsaanTan Kok Wai
Didahului olehNgeh Koo Ham
Digantikan olehLiew Chin Tong
Maklumat peribadi
Lahir
David Nga Kor Ming

(1972-11-11) 11 November 1972 (umur 53)
Kelantan Kota Bharu, Kelantan, Malaysia Malaysia
KerakyatanMalaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
(sejak 1999)
Gabungan politik
lain
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganWong Seow Ching
PertalianNgeh Koo Ham (sepupu)
Anak3
KediamanPerak Ayer Tawar, Perak, Malaysia Malaysia
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam
Laman webLaman rasmi Nga Kor Ming
Nga Kor Ming di Facebook
Nga Kor Ming
Bahasa Cina倪可敏

Yang Berhormat Tuan David Nga Kor Ming (lahir 11 November 1972) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Ahli Parlimen Teluk Intan dan ADUN Kepayang.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Nga Kor Ming dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.[1][2] Keluarganya berasal daripada keturunan Fuzhou (ibunya berasal dari Kelantan) dan menetap di Ayer Tawar selepas berhijrah ke Tanah Melayu. Beliau dan keluarganya beragama Kristian dan merupakan penganut Gereja Methodist, di mana beliau telah dibaptiskan dengan nama David oleh mendiang Rev. Koh Gie Bing. Isterinya juga berasal dari Ayer Tawar, dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Pendidikan dan kerjaya profesional

[sunting | sunting sumber]

Nga Kor Ming memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya. Sebelum pelantikannya ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, beliau bekerja sebagai peguam di Ayer Tawar dan juga di Ipoh, Perak.

Pada tahun 2007, beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada Sepuluh Belia Luar Biasa Malaysia oleh Junior Chamber International (JCI) dan Kementerian Belia dan Sukan dalam kategori 'Politik dan Kerajaan'. Anugerah ini dianggap luar biasa kerana jarang diberikan kepada ahli politik pembangkang.[3]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Nga memulakan kerjaya pilihan rayanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bagi kawasan Pantai Remis selama tiga penggal berturut-turut sejak 1999, 2004 dan 2008. Beliau kemudiannya dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Taiping, Perak selepas menewaskan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas dengan majoriti 11,298 undi dalam Pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac 2008. Pada tahun 2008, dengan pembentukan kerajaan negeri Perak oleh gabungan DAP, PKR dan PAS (dikenali sebagai Pakatan Rakyat – PR), Nga telah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dengan portfolio Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam. Sebelum itu, Perak telah diperintah secara berterusan oleh Barisan Nasional (BN) (atau pendahulunya Perikatan) sejak kemerdekaan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) pada tahun 1957. Dalam Pilihan raya umum 2013, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping dan turut memenangi kerusi DUN Perak bagi kawasan Kepayang. Dalam pilihan raya umum 2018, beliau memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan menewaskan penyandang, Mah Siew Keong dari BN, serta memenangi kerusi DUN Perak bagi kawasan Aulong secara serentak.

Kontroversi dan isu

[sunting | sunting sumber]

Kenyataan Berbaur Perkauman

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Nga Kor Ming telah menggunakan istilah "hitam metalik" untuk menggambarkan Menteri Besar Perak ketika itu, Zambry Abdul Kadir, semasa ceramah politik di Kamunting. Nga Kor Ming kemudian memohon maaf atas kenyataannya yang dianggap berunsur perkauman terhadap masyarakat India, apabila merujuk Zambry sebagai seorang "orang hitam metalik". Ia jelas merujuk kepada warna kulit Dr. Zambry yang berketurunan India, sebagaimana dilihat dalam beberapa ucapan beliau yang dirakam dan dimuat naik ke YouTube, walaupun beliau kemudian menafikan perkara tersebut.

Permohonan maaf tersebut diterima oleh Pengerusi Kebangsaan DAP ketika itu, Karpal Singh. Walau bagaimanapun, dipercayai tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap Nga, meskipun DAP dikenali sebagai parti berbilang kaum dan para pemimpinnya tidak pernah dikenali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap mana-mana kaum sehinggalah insiden kenyataan Nga Kor Ming ini.

Skandal Tempahan Pakaian (Tailorgate)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Nga Kor Ming telah menyaman seorang penulis blog yang dikenali sebagai sekupangdua, yang nama sebenarnya ialah Ahmad Sofian Yahya, di Mahkamah Tinggi Ipoh. Tindakan undang-undang itu bertujuan menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan perintah injunksi bagi menghalang penyiaran lanjut kenyataan fitnah terhadapnya.[4]

Isu ini berpunca daripada pendedahan bahawa syarikat milik isteri Nga sebelum ini telah dianugerahkan kontrak untuk menyiapkan sut rasmi (lounge suit) bagi ahli majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semasa Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri Perak.

DAP Perak menegaskan bahawa kontrak tempahan tersebut diberikan oleh lembaga tender MBI melalui kaedah tender terbuka. Ia turut dinyatakan bahawa Nga tidak campur tangan dalam jawatankuasa yang menyelia proses tender terbuka itu. Kontrak tersebut melibatkan penyediaan 24 sut lounge kepada ahli majlis MBI pada harga RM650 sepasang, dengan jumlah keseluruhan RM14,400.00.

Syarikat milik isteri Nga, Ethan and Elton, yang membida pada harga RM650 sepasang, telah dianugerahkan kontrak tersebut pada tahun 2008. Tender terbuka itu melibatkan empat lagi syarikat tukang jahit lain, dan walaupun Ethan and Elton menawarkan harga tertinggi (RM650), mereka tetap diberikan kontrak tersebut. Tawaran terendah adalah daripada Goodman Tailor yang membida pada harga RM450 sepasang.[5]

Namun begitu, Jawatankuasa Disiplin DAP telah membersihkan Nga daripada sebarang salah guna kuasa dalam penganugerahan kontrak tersebut kepada syarikat milik isterinya.[6]

Kontroversi Ucapan

[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2018, tindakan Nga Kor Ming yang memperlekehkan Mahathir Mohamad dengan menyentuh isu mengenai usia lanjut dan kematian beliau telah dianggap sebagai biadab, tidak sopan, melampau dan menjijikkan. Tindakan tersebut juga dilihat bertentangan dengan adab dan norma masyarakat Malaysia.[7]

Bangunan Sekolah Dinamakan Sempena Namanya

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, penamaan sebuah bangunan tiga tingkat baharu di SJK (C) Sin Min, sebuah sekolah rendah Cina di Simpang, Perak, sempena nama Nga telah mencetuskan kontroversi.[8] Pemasangan huruf Cina cetakan 3D bertulis "Bangunan Nga Kor Ming" pada blok baharu tersebut — sebagai penghormatan kepada Nga kerana membantu mendapatkan geran kerajaan sebanyak RM220,000 untuk sekolah itu — telah dipersoalkan dan dikecam oleh sesetengah pihak.[9] Nga menolak kritikan terhadap isu tersebut dan menjelaskan bahawa keputusan untuk menggunakan namanya dibuat oleh lembaga pengurusan sekolah, dan beliau tidak pernah meminta atau mengarahkan agar namanya digunakan.[10]

Kritikan terhadap Buruh Malaysia di Singapura

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Oktober 2022 di Johor, Nga Kor Ming mencetuskan satu lagi kontroversi apabila beliau secara terbuka menyatakan bahawa rakyat Malaysia akan terpaksa bangun awal pagi untuk bekerja di Singapura dan pulang lewat malam sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya. Beliau turut menyatakan bahawa jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum, rakyat Singapura pula yang akan berduyun-duyun datang ke Malaysia sebagai pekerja asing, bukan sebaliknya.[11][12]

Susulan kenyataan tersebut, beliau tampil membuat penjelasan bahawa beliau tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dengan ucapannya. Nga mendakwa bahawa pihak pembangkang telah memutarbelitkan kenyataannya dan menegaskan bahawa maksud sebenar beliau adalah Malaysia perlu mengekalkan hubungan dua hala yang saling menguntungkan dengan Singapura.[13]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[14][15][16][17]
Tahun Kerusi Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
1999 N32 Pantai Remis Nga Kor Ming (DAP) 9,896 55.86% Wong Chong Sang (MCA) 7,449 42.05% 17,716 2,447 64.09%
2004 N37 Pantai Remis Nga Kor Ming (DAP) 9,703 55.02% Wong Chong Sang (MCA) 7,400 41.96% 17,635 2,303 66.18%
2008 Nga Kor Ming (DAP) 12,188 61.83% Ooi Jing Ting (MCA) 7,112 36.08% 19,712 5.076 70.37%
2013 N29 Kepayang Nga Kor Ming (DAP) 10,948 62.32% Chang Kok Aun (MCA) 6.344 36,12% 17,566 4,604 79.50%
2018 N18 Aulong Nga Kor Ming (DAP) 18,123 56.40% Soo Kay Ping (Gerakan) 6,059 18.90% 24,182 12,064 75.24%
2022 N29 Kepayang Nga Kor Ming (DAP) 11,977 72.60% Richard Ng (Gerakan) 2,486 15.67% 16,498 9,491 65.49%
Lim Huey Shan (MCA) 2,035 12.33%
Parlimen Malaysia[14][15][16][17]
Tahun Kerusi Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2008 P60 Taiping Nga Kor Ming (DAP) 28,098 59.63% M. Kayveas (PPP) 16,800 35.65% 47,123 11,298 71.52%
2013 Nga Kor Ming (DAP) 37,275 58.32% Tan Lian Hoe (Gerakan) 25,530 39.94% 63,913 11,745 81.80%
2018 P76 Teluk Intan Nga Kor Ming (DAP) 29,170 54.57% Mah Siew Keong (Gerakan) 17,991 34.13% 54,601 11,179 82.10%
Ahmad Ramadzan Ahmad Daud (PAS) 6,494 12.10%
2022 Nga Kor Ming (DAP) 33,133 51.61% Zainol Fadzi Paharudin (BERSATU) 17,964 27.98% 64,194 15,169 73.60%
Murugiah Thopasamy (MIC) 12,304 19.17%
Ahmad Khusyairi Mohamad Tanusi (PEJUANG) 793 1.24%
  •  Malaysia :
    • Penerima Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
  1. ^ 倪可敏:心痛发展严重落后.-“重振火箭收服丹州”
  2. ^ Tan Sze Ming (6 Dis 2012). "Malaysian Representatives alpha : Nga Kor Ming". #MyMP UndiMsia! Sinar Project. Dicapai pada 15 November 2017.
  3. ^ "Nga kor Ming - About". www.ngakorming.com. Dicapai pada 30 Mac 2014.
  4. ^ "Nga filed RM10 million Libel suit against pro-umno's Blogger at Ipoh High Court". Nga Kor Ming's Blog. Dicapai pada 3 Januari 2012.
  5. ^ "Tailored for Abuse of Power". Stop The Lies. Dicapai pada 21 Disember 2011.
  6. ^ "DAP clear Nga of 'lounge-suit' corruption accusations". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2012. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  7. ^ "Rude, uncouth, disgusting: Nga slammed for Dr M 'death' remarks". 2018-05-08.
  8. ^ Manjit Kaur (22 May 2019). "Taiping folk baffled over decision". The Star. Dicapai pada 14 Julai 2019.
  9. ^ Kong See Hoh (22 Mei 2019). "Chinese primary school's name raises controversy". The Sun Daily. Dicapai pada 14 Julai 2019.
  10. ^ "Nga dismisses criticism over new school block named after him". Malaysiakini. 29 Mei 2019. Dicapai pada 14 Julai 2019.
  11. ^ "Nga: Harapan can mend economy, S'poreans will come to M'sia for work". Malaysia Kini. Dicapai pada 5 Nov 2022.
  12. ^ Daud, Sulaiman (2022-11-01). "'No offence', says M'sian politician who claimed S'poreans would find jobs in M'sia if opposition wins election". Mothership. Dicapai pada 5 Nov 2022.
  13. ^ "Nga clarifies statement, says no intention to offend Singaporeans". Malaysia Kini. Dicapai pada 5 Nov 2022.
  14. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  15. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the Pilihan raya 2004.
  16. ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Melayu). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ a b "Malaysia General Election 2018". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 11 May 2018. Results for Pilihan raya 2018.