Perbincangan:Glosari pengkomputeran

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya ada sedikit teguran. Kalau istilah perkakasan digunakan sebagai terjemahan untuk "hardware", bagaimana pula dengan "tools"? Contohnya, "software tools", "desktop tools" dan sebagainya.

Bukankah istilah peralatan lebih sesuai digunakan untuk "hardware"? Saya sering melihat istilah bahasa inggeris "computer hardware" diterjemahkan sebagai peralatan komputer dan pada pendapat saya, penggunakan istilah tersebut telah cukup terbukti dan meluas. Lebih-lebih lagi memandangkan penggunaan istilah peranti sudah digunakan sebagai terjemahan untuk "device" secara berleluasa, saya fikir penggunaan peralatan untuk "hardware" tidak mungkin lagi akan dikelirukan dengan "device".

Selain itu, saya juga amat setuju sekiranya istilah penyerlahan sintaks digunakan sebagai terjemahan untuk "syntax highlighting" menggantikan istilah "penonjolan sintaks". Ini kerana istilah penonjolan memberi implikasi bahawa sesuatu itu kelihatan menonjol atau timbul daripada sesuatu permukaan dan mungkin lebih sesuai untuk menterjemahkan istilah bahasa Inggeris seperti "embossed" dalam bidang senireka grafik, atau bentuk tulisan "bold" sebagai contoh. Lihat juga Perbincangan:Notepad++.

Alidrus (bincang) 10:04, 1 Mei 2010 (UTC)[balas]


Saya dah tengok dah carian di laman web DBP. Memang ternyata istilah hardware dan tools dah terbalik terjemahannya dalam Bahasa Malaysia. Nampak sangat orang di DBP ni kurang celik teknologi. Walaubagaimanapun, kalau dah dianggap betul oleh pihak yang bertanggungjawab, kita sebagai orang awam boleh buat apa lagi? Walaupun dah bertahun-tahun pengalaman dengan sains komputer, pengaturcaraan, teknologi canggih dll, cakap kita tidak akan digunapakai. Apa boleh buat. Terima sajalah.

Alidrus (bincang) 09:36, 3 Mei 2010 (UTC)[balas]

Terima kasih di atas keperihatinan anda. Yosri (bincang) 10:06, 3 Mei 2010 (UTC)[balas]
Saya faham sangat tentang dasar Wikipedia, tak galakkan masukan maklumat yang tidak mempunyai sumber bercetak. Memandangkan keadaan ini, saya pun daftarkan diri di laman web Laman Pantau Tegur Bahasa DBP dan telah menghantar beberapa teguran ke pihak DBP. Saya sarankan orang lain juga berbuat demikian (terutama yang dah bertahun-tahun berkecimpung dalam bidang teknologi maklumat) sekiranya kurang setuju atau kurang puas hati dengan kamus istilah komputer DBP. Anda mampu mengubahnya! Alidrus (bincang) 18:27, 3 Mei 2010 (UTC)[balas]
Syabas atas usaha anda. ...Aurora... (b) 15:03, 4 Mei 2010 (UTC)[balas]