Perbincangan:John Pembaptis

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nama: John atau Yohanes?[sunting sumber]

Saya telah alihkan ke "Yohanes", tetapi Yk alih balik ke "John" dan kata tak perlu ikut Bahasa Indonesia. Sebenarnya saya bukannya ikut Bahasa Indonesia, tetapi sememangnya Bahasa Melayu. Memang terdapat Kitab Bahasa Melayu yg diterbit, atau pernah diterbit, jadi saya pun ikut itu. Kitab Bahasa Melayu memang guna "Yohanes Pembaptis", tapi saya sendiri lebih suka panggil "Yahya Pembaptis" atau "Yahaya Pembaptis". Sila hormatilah agama kami! --Edmund The King of The Woods! 16:11, 2 November 2007 (UTC)[balas]

Kami menghormati agama anda. Kami turut menghormati nama sebab nama asalnya ialah John. Saya tahu. Saya turut membaca Bible walaupun bukan kitab saya. Kitab Melayu mengikut terjemahan Indonesia kerana dapat dilihat penggunaan "Y" menggantikan "J" bagi perkataan mereka. Sebab itu, bagi rencana Kristian, kami lebih mengikut nama asal yang digunakan sebab nama itu adalah yang dijadikan sebutan seperti Yesus dll, kita sebut Jesus, jadi, gunakanlah "J", bukan "Y". Polar 16:30, 2 November 2007 (UTC)[balas]
Kan kita mengguna nama Jesus bukan Yesus dalam Wikipedia bahasa Melayu? Kenapa pula bagi John kita perlu ikut nama bahasa lain?
Sebenarnya nama John mempunyai banyak versi dalam pelbagai bahasa. (Contoh: B.Sepanyol: Juan, B. Itali: Giovanni) Kitab Bible bahasa Indonesia (dikenali sebagai Alkitab) menggunakan nama Yohanes kerana bahasa itu tidak mempunyai versi nama sendiri, oleh itu, penterjemah memilih untuk mnggunakan nama bahasa asal kitab yang diterjemah oleh mereka, iaitu bahasa Yunani purba atau bahasa Ibrani. Sebab itulah nama Jesus Christ dipanggil "Yesus Kristos". Nama-nama lain dalam Bible, seperti Kitab Psalms dipanggil "Mazmur" dalam bahasa Indonesia, tengok [1].
Untuk maklumat anda, Edmund, kitab Bible bahasa Melayu adalah diharamkan di Malaysia, tengok [2]. Saya juga rasa bahawa kitab Bible bahasa Melayu yang anda rujuk itu merupakan salinan kitab bahasa Indonesia. Oleh itu, tiada kitab Bible bahasa Melayu piawai yang diterjemah oleh pakar bahasa Melayu dan diiktiraf sebagai kitab bahasa Melayu di Malaysia.
Dalam bahasa Melayu, kita menerima pengaruh daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab, "Jesus Christ" disebut "يسوع المسيح " (Yesu' Al-Masih) dan "John" disebut "يحيى" (Yahya), mahukah anda gunakan sebutan-sebutan itu? Saya lebih senang dengan nama bahasa Inggeris. -Yk 09:52, 3 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak-banyak atas maklumat anda. Tapi bilakah diharamkan? --Edmund The King of The Woods! 10:05, 3 November 2007 (UTC)[balas]

Menurut laman ini [3], kitab bahasa Melayu dan bahasa Indonesia boleh diterjemahkan dengan izin Kementerian Dalam Negeri. Maaf kerana memberi maklumat yang salah. -Yk Yk Yk 10:15, 3 November 2007 (UTC)[balas]

Tak apa dan terima kasih. Adakah peraturan atau undang-undang ini sudah wujud sejak thn 1957? Kalau begitu nampaknya semua Bible Bahasa Melayu yg saya nampak adalah legal. --Edmund The King of The Woods! 11:17, 4 November 2007 (UTC)[balas]