John Pembaptis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

John Pembaptis (atau Yohanes Pembaptis) adalah seorang pengkhutbah dan pertapa Yahudi abad pertama, dan dianggap sebagai nabi oleh empat agama: Kristian, Islam (sebagai Nabi Yahya a.s.), Mandaeisme dan Bahai. Dalam Kristian, beliau yang bertanggungjawab membaptis Jesus di Sungai Jordan. Tujuan baptis adalah dengan membasuh muka, mandi dan menyelam di Sungai Jordan, semua dosa dan noda dapat dihapuskan. Hari pembalasan dan kerajaan syurga sudah hampir tiba. (Matthew 11:11)

Anehnya mengapa Jesus perlu dibaptiskan oleh orang lain sebelumpun mengembang dan menyebar agama Kristian. Gereja Kristian menyatakan, tujuan Jesus dibaptis bukan kerana Jesus ada dosa dan noda. Tetapi sebagai menyerupai orang-orang yang berdosa.

Wasiat Baru[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Gospel Luke memperkenalkan John sebagai anak Zacharias dan Elisabeth yang "sebelumnya tidak beranak, kerana Elisabeth mandul, dan kedua-dua mereka sudah berusia lanjut" (Luke 1:17) Kelahirannya, namanya serta kenabiannya telah disampaikan oleh malaikat Gabriel kepada Zacharias, semasa Zacharias melakukan tugasnya sebagai paderi di kuil Baitulmuqaddis.

Luke menulis bahawa John dilahirkan enam bulan sebelum Jesus, dan Zacharias begitu terkejut atas kelahiran John sehingga menjadi bisu. Zacharias hanya dapat bercakap lagi, selepas upacara berkhatan John.

Menurut Luke, Jesus dan John merupakan saudara mara, kerana ibu mereka, Mary dan Elisabeth merupakan sepupu. (Luke 1:36) Namun, cendekiawan lain meragui pengakuan ini.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

John merupakan orang yang mengakui Jesus sebagai Masih, dan atas desakan Jesus, telah membaptiskan Jesus di Sungai Jordan.

Di Sungai Jordan, upacara baptis diadakan dan ramai orang setuju dibaptis setelah diberitahu tujuannya untuk bertaubat. "Bertaubatlah, kerajaan Tuhan telah hampir tiba". Jesus yang kebetulan berada di situ setuju untuk dibaptiskan tetapi John Pembaptis enggan melakukannya kerana Jesus tidak berdosa. Tetapi Jesus beriya-iya mendesak, sehingga John akur. (Matthew 3:13-15)

Kematian[sunting | sunting sumber]

Tujuh bulan selepas pembaptisan Jesus, John dipenjarakan atas perintah Herod Antipas. Herod bertindak sedemikian kerana penolakan John terhadap perkahwinan Herod dengan Herodias, iaitu isteri abang Herod, Philip.

Menurut Matthew, anak perempuan Herodias, Salome berjaya mengkagumkan Herod dengan persembahan tarian sehingga Herod berjanji akan melakukan apa-apa sahaja untuk Salome. Salome meminta kepala John dipancung, dan permintaannya turut dilaksanakan oleh Herod.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]