Perbincangan:Kata seru

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesilapan dalam artikel KATA SERU[sunting sumber]

Assalamualaikum

Dalam siri Kata Seru yang termuat di dalam Wikipedia ini terdapat dua kata yang tidak sewajarnya berada dalam kelompok kata seru lebih lebih lagi bila maksud yang dipaparkan juga adalah salah dan tidak bertepatan dengan maksud sebenar.

Dua perkataan tersebut adalah:

1) Ya Allah 2) Masya Allah

Walaupun dua perkataan ini sering digunakan oleh orang Islam di Malaysia, namun tindakan meletakkan dua perkataaan ini akan menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang baru mempelajari Bahasa Melayu atau mempelajari cara berbicara di Malaysia.

Ya Allah dalam bahasa Melayu adalah 'Oh Allah' manakala Masya Allah diterjemahkan sebagai 'Sesungguhnya Allah mengkehendaki'. Adalah wajar bagi mereka memahami bahawa ALLAH itu sendiri adalah tuhan yang satu, yang istilahnya diguna pakai oleh orang islam tidak kira dimana sahaja (malahan turut dipakai oleh orang bukan islam).

Justeru, adalah tidak wajar dua perkataan diatas diletakan sebagai kata seru seperti perkataan-perkataan lazim yang lain sedangkan kedudukanya lebih tinggi dari keadaan yang sebenar.

Saya berharap dua perkataan itu dapat di padamkan dari siri kata seru untuk mengelakkan isu sensitif selain menghindarkan sebarang kekeliruan.

Sekian,terima Kasih



Baiklah, ia telah pun dilakukan seperti yang anda kehendaki. – Alistair 阿力斯特伊儿 03:05, 13 Julai 2006 (UTC)[balas]