Perbincangan:Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Assalamu'alaikum.

Saya ingin mengusulkan bantahan terhadap permohonan pemadaman laman yang saya cipta, iaitu Koperasi Sumber Terbuka Selangor Berhad.

Untuk pengetahuan Tuan, koperasi ini telah berdaftar secara rasmi, dan mempunyai Anggota Lembaga Koperasi yang telah dilantik dalam mesyuarat.

Tujuan memasukkan artikel ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu adalah untuk mendokumentasikan maklumat berkenaan koperasi ini secara teratur dan bersistematik. Oleh kerana organisasi masih baharu, ia memudahkan urusan dokumentasi dijalankan. Saya berharap agar bantahan saya mendapat perhatian pihak Tuan dan segala tindakan didahului dengan terima kasih.

--MakLaN (bincang) 11:00, 30 Julai 2012 (UTC)[balas]

Sila baca Wikipedia:Kelayakan. Pertubuhan baharu sangat sukar memenuhi syarat ini. Wikipedia bukan tempat memperkenalkan yg tak terkenal. ...Aurora... (b) 15:19, 30 Julai 2012 (UTC)[balas]
Apa yang saya faham, sekiranya sesuatu rencana itu dimasukkan ke dalam Wikipedia, ianya perlu mempunyai sumber rujukan yang boleh dipercayai bukan?
Sekiranya saya memasukkan sumber rujukan untuk rencana ini, adakah ianya memenuhi kriteria untuk diterbitkan? Ini termasuk liputan dari blog (atau portal), yang mana ianya merupakan pihak ketiga yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan subjek yang dimasukkan.
Tambahan pula, rencana akan dikemas kini dari masa ke semasa, walaupun tidak sekerap mungkin.
Terima kasih.
--MakLaN (bincang) 15:41, 30 Julai 2012 (UTC)[balas]
"Sesebuah topik dianggap sebagai layak jika ia menerima liputan meluas dalam sumber rujukan yang meyakinkan dan bebas dari subjek itu". Penerangannya anda boleh baca sendiri. Rujukan macam mana yg layak, boleh baca Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai. ...Aurora... (b) 15:00, 31 Julai 2012 (UTC)[balas]
Saya sudah menambah beberapa pautan rujukan. Akan dikemas kini dari masa ke semasa.
--MakLaN (bincang) 17:03, 1 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Rujukan yg diberikan lemah2 belaka. Saya cadangkan anda tunggu sehingga koperasi ini terkenal dahulu. Saya masih tak nampak kepentingannya. ...Aurora... (b) 15:28, 2 Ogos 2012 (UTC)[balas]