Perbincangan:Melissa (kumpulan muzik)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Kumpulan Melissa)

Penyalahgunaan penyuntingan.[sunting sumber]

Terdapat beberapa rekod penyuntingan yang menyalahi peraturan Wikipedia oleh penyunting tanpa kata nama dan suntingan maklumat tambahan berupa perkataan jelik terhadap individu kumpulan dalam laman subjek ini.

Setakat ini, hanya beberapa sumber mengenai kumpulan Melissa yang diperolehi dari laman web berita dan laman web rasmi Melissa sebagai sumber primer, dan video temuramah dari ahli kumpulan melalui laman Youtube rasmi - Melissa TV.

Perbincangan ini dibuka untuk para pentadbir kanan Wikipedia Bahasa Melayu memberi pandangan dan keputusan mengenai isu di atas, dan juga sumber yang sesuai samada untuk penyuntingan semula bagi mengekalkan Wikipedia sebagai sumber neutral bagi sesuatu topik dan subjek.

Sebarang cadangan dan pandangan daripada pengguna berdaftar juga sangat dialu-alukan. Rharun (bincang) 19:06, 16 Jun 2023 (UTC)[balas]